Bagi anda yang sememangnya pencinta makanan Arab, restoran Dima yang terletak di Melaka sesuai untuk anda kunjungi. Sebut sahaja mengenai restoran masakan arab, selain makanan, pasti servis restoran tersebut memberikan layanan yang ramah mesra membuatkan kita rasa nak datang lagi.

Jadi, bagi anda yang teringin nak mencuba suasana dan mungkin tidak pernah merasai masakan arab, mungkin anda boleh datang ke restoran Dima yang terletak di Melaka ini untuk memberikan pengalaman pertama yang bersejarah buat anda.

restoran dima
Imej via [facebook]

Juga Sesuai Untuk Mereka Yang Berdiet

Sekiranya anda tengah dalam fasa berdiet, mungkin masakan arab adalah pilihan yang tepat kerana ia menggunakan beras basmathi dalam penyediaan nasi arab tersebut.

Tahukah anda bahawa beras basmathi ini kurang kandungan glikemik dan karbohidrat berbanding dengan beras biasa? Tentunya anda tidak perlu risau dengan diet anda jika menikmati masakan arab di restoran Dima ini.

masakan arab melaka
Imej via [tripadvisor]

Menu Utama Restoran Dima

Hidangan masakan Arab di restoran Dima ini boleh dikatakan 100 peratus adalah resepi daripada Yemen. Yang paling popular di restoran Dima ini adalah Nasi Arab, ia dikatakan makanan arab Melaka paling terbaik di sekitar Melaka oleh para penggemar Nasi Arab.

Nasi Arab di restoran ini didatangkan dengan tiga jenis iaitu, Nasi Arab Mandi, Nasi Arab Zurbiyan dan Nasi Arab Kabsah. Ketiga-tiga jenis Nasi Arab ini pasti akan memberikan pengalaman yang menarik kepada mereka yang mencubanya.

masakan arab melaka
Imej via [dima]

Selain itu, restoran Dima juga turut menyediakan Nasi Madghot sekiranya anda mahukan sedikit kelainan. Resepi masakan mereka sememangnya akan memberikan cita rasa yang berbeza kerana menggunakan pelbagai jenis rempah ratus.

Masakan Arab Melaka ini pasti akan memukau kita semua kerana terlalu lazat. Bagi Nasi Arab atau Nasi Madghot disini, anda boleh memilih sama ada mahu berlaukkan ayam ataupun daging kambing.

masakan arab
Imej via [dima]

Menu Lain Yang Ada Di Restoran Dima

Seandainya anda datang bersama rakan ataupun keluarga yang tidak gemarkan Nasi Arab, jangan risau kerana di restoran Dima juga menyediakan menu lain yang juga tidak kurang hebatnya.

Bagi yang gemarkan sandwich, anda harus cuba Kebab Sandwich daripada restoran Dima ini. Ramai pelanggan yang mencuba Kebab Sandwich di Restoran Arab ini telah mengaku bahawa ianya antara kebab yang terbaik di Melaka.

Selain itu, mereka juga turut menyediakan kepak ayam gril yang pasti memukau citarasa bagi para penggemar kepak ayam. Bagi anda yang tidak gemarkan ayam, mereka turut menyediakan ikan gril dan juga rusuk kambing gril yang sangat sedap.

Jika bercakap mengenai cara masakan Arab, sudah tentulah resepi asli mereka daripada Yemen!

masakan arab
Imej via [dima]

Bagi makanan pencuci mulut pula, mereka menghidangkan Fata Tamr, Kunafa, Pisang Masoub, Areeka dan juga Krim Karamel yang pasti disukai oleh anda terutamanya yang mempunyai anak-anak kecil.

Selain itu, makanan berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran juga turut disediakan disini seperti Arabic Salad, Cheese Sahaweq, Laban dan juga Russian Salah.

masakan arab
Imej via [dima]

Sangat disarankan buat penggemar masakan Arab atau kepada anda yang baru ingin mencuba masakan Arab agar datang ke restoran Dima yang terletak di Melaka ini.

Kepakaran mereka dalam menyediakan masakan arab dan juga layanan mereka sangat terbaik dan memuaskan, tidak disangkal lagi. Jom nikmati masakan arab Melaka di Restoran Dima!

Lokasi: Bangunan Bowling, MITC, Ayer Keroh, Malacca City, Malaysia

Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad, 11am – 10pm / Jumaat, 2pm – 10pm

No. Telefon: 06 2311 558 (restoran)

Jom baca juga Atlantic Nyonya Restaurant, Port Makanan Chinese Halal, Pak Putra Tandoori Dan Naan dan Ayam Penyet Bambo Di Restoran Indorosso, Makanan Asli Indonesia.

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.