Adakah anda merancang perjalanan ke bandar bersejarah Melaka? Jika ya, anda pasti tidak mahu ketinggalan menikmati hidangan nyonya mereka seperti pongteh ayam, Nyonya laksa, pai tee, buah keluak dan banyak lagi.

 Kami cadangkan Atlantic Nyonya Restaurant yang terletak di tengah-tengah Melaka Raya. Restoran ini menawarkan kepada anda menu makanan halal, tak perlu risau. Ia juga menawarkan suasana menawan yang menggabungkan daya tarikan klasik dan moden yang terbaik.

nyonya restaurant
Imej via [google]

Keunikan Restoran Atlantic Nyonya

Bahagian dalamannya sangat indah dan menonjolkan kebudayaan cina. Di dinding terhias cantik dengan hiasan-hiasan tradisional dan kaligrafi cina. Meja kayunya juga dibekalkan dengan kerusi bermotifkan bunga yang indah.

makanan chinese halal
Imej via [google]

Menu Utama Di Atlantic Nyonya Restaurant

Atlantic Nyonya Restaurant menawarkan kepada anda chinese food berunsurkan masakan baba nyonya yang menyelerakan. Bagi menu yang berasaskan ayam, yang terkenal di sini adalah Ayam Rendang, Ayam Ponteh, Ayam Nyonya, Ayam Buah Keluak, Ayam Tempra dan sebagainya. Manakala Ayam Pandan pula sangat sesuai untuk kanak-kanak. Ayamnya well marinated dan berjus. Sangat lazat!

makanan chinese halal
Imej via [google]

Bagi menu berasaskan ikan pula semisal Ikan Tempra, Ikan Cili Garam, Ikan Acar Sayur, Ikan Nyonya dan macam-macam lagi. Ikannya segar dimasak panas-panas.

Selain ikan, terdapat juga menu seafood yang lain seperti Udang Lemak Panas, Udang Gerang Asam, Udang Kicap Manis, Sotong Goreng Kunyit, Kerang Sambal Petai dan pelbagai lagi.

makanan chinese halal
Imej via [google]

Menu Lain Di Atlantic Nyonya Restaurant

Sekiranya anda penggemar sayuran atau vegetarian, menu sayur-sayuran di sini tak kalah hebatnya juga. Antara menu sayur yang popular adalah Nyonya Zap Chai, Nyonya Acar Sayur, Kacang 4 Jenis, Salad Hijau Bawang, Ulam Bendi dan lain-lain.

Sayur-sayuran yang dimasak dengan bermacam variasi masakan pasti membuatkan orang yang tidak gemar sayur pun terliur melihatnya.

restoran chinese halal
Imej via [google]

Selain daripada itu, terdapat dua jenis sup masakan Chinese yang disajikan iaitu Itik Tim dan Hee Piow Sup. Seterusnya, menu berasaskan telur pula terdiri daripada pelbagai jenis pilihan masakan seperti Telur Cencalok, Telur Petai, Telur Bawang, Telur Caibu, Telur Udang dan sebagainya.

Siapa sangka dengan beberapa biji telur sahaja pun telah mampu menghasilkan pelbagai jenis hidangan. 

restoran chinese halal
Imej via [google]

Minuman, Dessert Dan Side Dishes Di Atlantic Nyonya Restaurant

Buat menghilangkan dahaga dan pemanis mulut, kami cadangkan kepada anda untuk mencuba Nyonya Chendol dan Cendol Durian. Fuhh, nikmatnya melegakan tekak yang kering. Makanan ringan seperti Sesame Ball, Pisang Goreng, Pai Tee, Satay Ayam, Fish Meat Otak dan Nyonya Kuih Set juga boleh dijadikan makanan ringan sampingan.

restoran chinese halal
Imej via [google]

Jika anda suka makan makanan chinese, datanglah ke sini. Bukan sahaja dapat menikmati kelazatan makanan, tetapi juga dapat melihat pelbagai jenis masakan Chinese yang halal.

Lokasi: 100, Jln Merdeka, Taman Merdeka Jaya, 75000 Melaka

Waktu Operasi: 11.30 am – 9.30 pm
No Telefon: 016-8555789

Jom baca juga Pak Putra Tandoori dan Naan, Soru Station dan restoran Indorassa.

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.