Jika selalunya masak ayam atau ikan, hari ini masak udang pula. Pada perkongsian ini kami hadirkan resepi udang simple iaitu resepi udang goreng tepung oat yang super rangup dan garing.
Resepi yang kami kongsikan sangat spesial kerana menggunakan oat. Nampak cantik, sedap dan menyelerakan. Sedap dimakan bila-bila masa. Dimakan sebagai camilan mahupun makan dengan nasi juga boleh. Tentunya resepi ini sangat mudah untuk diikuti.
Cara membuat udang goreng tepung oat sangat simple, sekelip mata sudah boleh siap. Bahan-bahannya tidak leceh. Anda patut mencuba resepi udang goreng tepung oat yang dikongsikan oleh Yuss Aisya di Facebook ini. Jikalau anda beli di kedai satu pinggan udang goreng tepung mencapai RM 10, mahal kan. Maka, lebih berbaloi jika anda buat sendiri di rumah.
Udang goreng tepung boleh dimakan sebagai camilan dicicah dengan sos mahupun sebagai lauk makan bersama nasi. Rasanya yang tidak pedas, garing dan sedap sangat disukai kanak-kanak. Anda yang ingin buat untuk jualan juga boleh pakai resepi ini. Sila cuba.
Selain resepi udang goreng tepung, kami juga menulis resepi menarik lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.