Tahukah anda, selain dibuat minum bersama susu, Milo juga boleh dijadikan sebagai bahan utama kek. Rasa kek yang menggunakan Milo biasanya sangat sedap dan lazat seperti yang kita ketahui.

Artikel ini akan kongsikan resepi kek mila yang mendapat perkongsian ramai patut anda cuba. Resepi kek Milo ini mudah sahaja. Tidak memakan masa dan tidak leceh. Bahan-bahan untuk membuat kek Milo juga sangat simple dan senang didapat. Tidak perlu pakai sodium bikarbonat, marjerin dan bahan lain-lain yang leceh.

Resepi kek milo yang kami kongsikan di bawah ini sangat simple dan sesuai untuk anda para wanita yang sibuk dan tidak ada masa yang cukup untuk memasak. Walaupun resepi ini simple tapi rasanya sedap sangat! Membuat ingin makan dan makan lagi. Confirm anak-anak anda dan keluarga anda akan sangat menyukai kek Milo.

Baiklah, sekarang masanya kami mengongsikan resepi kek Milo yang viral ini. Resepi yang dikongsikan oleh Sara Vee di Facebook ini telah mendapat perkongsian ramai daripada netizen. Sekarang masanya anda pula membuat kek viral ini. Jemput baca resepi di bawah ini.

Resepi Kek Milo (Viral dan Sedap Sangat)

resepi kek milo

Imej via Facebook

Bahan-Bahan

  • 4 biji telur.
  • 2 cawan milo.
  • 2 sb susu pekat.
  • Pukul (mixer) 3 minit semuanya.

Cara Membuat Kek Milo

  1. Masukkan ke dalam loyang.
  2. Bakar selama 45 minit pada suhu 180’C.
resepi kek milo

Imej via Facebook

Maka jadilah seperti gambar. Selepas itu tidak payah guna tepung memang wow lah!
Chewwy gowwy brownies milo. Sedap!

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Kek Milo viral dan sedap, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar di salah satu universiti di Malaysia. Tinggal di Sungai Buloh.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.