Tahukah anda, laksa penang merupakan satu satunya hidangan Malaysia yang tersenarai dalam 50 makanan tersedap di dunia? Sekiranya anda mencarikan sesuatu yag mudah dan lazat, sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu, sudah pastinya laksa penang merupakan salah satu pilihan yang terbaik. Anda juga boleh menyediakan laksa penang ini kepada keluarga anda.

Laksa penang adalah makanan yang dibawa oleh masyarakat Cina Peranakan. Ianya amat popular di Pulau Pinang dimana tempat ianya berasal dan juga amat terkenal di sekitar Malaysia dan Singapura. Cara pembuatan laksa penang mudah dan sekiranya anda mengikut langkah – langkah yang sedia ada, pastinya anda akan menghasilkan juadah yang amat lazat.

Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat resepi laksa penang yang dibawakan oleh Radiah Yusof!

Resepi Laksa Penang

laksa penang

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ikan selayang @ sardin
  • Asam keping
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili giling
  • Cili padi
  • Belacan
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Garam dan gula secukup rasa

    laksa penang

    image via Facebook

Cara – cara memasak:

  1. Rebus telur. Jika hendak cepat, gunakanlah noxxa Hp 1.
  2. Ikan pun direbus meggunakan noxxa Hp 3. Air rebusan ikan jangan buang. Saya rebus tanpa letak garam dan asam. Tapi kalau anda nak letak asam dan garam pun boleh juga.
  3. Kisarkan isi ikan saja. Boleh guna food processor. Kemudian blend tulang ikan. Tulang dan isi kisar asing asing ye.
  4. Isi yang dikisar boleh masukkan terus dalam periuk. Yang blend tulang ikan tu, pastikan anda tapis terlebih dahulu. Jangan tuang sekali dengan tulang.
  5. Kemudian, bawang putih, bawang merah, cilipadi, belacan dikisarkan bersama.
  6. Didihkan air, masukkan cili giling, asam keping, daun kesum, bunga kantan.
  7. Masukkan sekali air rebusan ikan, isi ikan, dan air tulang yg ditapis tadi.
  8. Lepas didih tu, masukkan garam gula secukup rasa.
  9. Laksa tu terpulang nak beli yang siap boleh makan atau yang instant tu kena rebus sampai lembut dulu ye.
  10. Boleh hidangkan bersama ulaman. Potong cili, bawang besar, nenas salad, dan buah limau kasturi. Jangan lupa untuk hidangkan bersama telur rebus skali.
    laksa penang

    image via Facebook

     

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi laksa penang. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda ya!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.