Teringin memasak tom yam namun bimbang mengikuti resepi yang mana satu? Maka sebaiknya anda mengikuti resepi tom yam power yang mencecah 12 ribu perkongsian di Facebook oleh Miya Aira‎ ini. Confirm tom yam yang anda buat bercita rasa ala kedai Thai.

Tom yam ialah sejenis sup yang berasal daripada Thailand. Untuk memasak tom yam kena pastikan rasanya pedas, masam dan pekat. Tom yam berisikan ayam yang dipotong kecil-kecil dikombinasikan bersama rempah seperti serai, daun limau purut, halia dan cili.

Petua rahsia yang jarang diketahui ramai dalam memasak tom yam akan didedahkan dalam resepi ini. Rahsia itu ada pada bahan-bahan yang digunakan. Antara bahan rahsia itu ialah akar ketumbar dan lengkuas. Daun ketumbar juga merupakan bahan penyedap rahsia alami tom yam. Jangan silap membezakan daun ketumbar dengan daun sup ya.

Rahsia lain untuk menaikkan rasa tom yam ialah pes tom yam. Pes tom yam perdagangan dihasilkan dengan melumatkan kesemua bahan herba dan digoreng dalam minyak. Pes itu kemudian dibotolkan. Rasa tom yam dengan pes mungkin berbeza dengan yang menggunakan bahan herba segar.

Sila cuba resepi rahsia tom yam sedap ini. Seperti tampak dalam gambar hidangan tom yam yang sangat menggiurkan.

Resepi Tom Yam

resepi tomyam

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

Bahan A :

  • Ayam, potong kecil-kecil. Mahu tambah seafood macam udang dan sotong lagi sedap.
  • Sebiji bawang besar (hiris), mahu lagi sedap guna bawang holland.
  • 4 ulas bawang putih (ketuk).
  • 2 batang serai (ketuk dan hiris menyerong).
  • 6 helai daun limau purut (buang urat tengah untuk elakkan pahit, petua saya).
  • Lengkuas (hiris).
  • Cili padi (ketuk).
  • Akar ketumbar. (Rahsia sedapkan tomyam)
  • Sayur (bunga kobis, putik jagung, carrot, tomato, cendawan).

Bahan B :

Inilah bahan-bahan rahsia.

  • Pes tom yam botol kecil.
  • Pes cili thai.
  • Susu cair sejat.
  • Daun ketumbar (hiris). Jangan tertukar daun ketumbar dengan daun sup ya.
bahan tomyam

Imej via Facebook

Cara Memasak :

1. Masukkan 2 liter air atau lebih sedikit.
2. Kemudian masukkan akar ketumbar yang telah dicuci bersih.
3. Bila air mendidih, masukkan ayam terlebih dahulu. Rebus hingga ayam bertukar warna menjadi putih.
4. Setelah itu, masukkan semua bahan hiris dan bahan ketuk tadi. Kacau sebati.
5. Masukkan satu botol pes tom yam. Kalau guna pes botol besar anggaran dalam 5-6 sudu besar.
6. Masukkan 4 sudu kecil pes chili thai. Kacau sebati.
7. Lepas itu, masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
8. Masukkan sayur.
9. Masak hingga sayur empuk.
10. Bila sudah mendidih, masukkan sedikit susu cair sejat dalam 4 sudu besar. Kacau sebati. Terus tutup api.
11. Akhir sekali tabur daun ketumbar. Tidak perlu perah asam limau kerana pes sudah secukup rasa masam dia.

tomyam

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi tom yam sedap, kami juga menulis resepi sedap lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya!

Penulis: Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.