Hai semua! Selamat pagi dan selamat memulakan minggu baru buat semua. After sahur tadi, korang terus tidur or tunggu solat Subuh dulu? Ha jangan lah terlepas pulak untuk menunaikan solat Subuh dah elok-elok bangun sahur awal pagi kan. Dan seeloknya, buat lah sesuatu yang bermanfaat selepas Subuh untuk mengelakkan korang tidur.

Tik tok tik tok dah nak habis dah bulan puasa kan. Yang mana belum siap lagi persiapan raya, minggu ni adalah minggu akhir untuk korang siapkan apa yang patut. Lagi-lagi minggu ni minggu bekerja. Kalut jugak tu. Ha lain kali, jangan buat benda last minute. Persiapan raya sepatutnya dah settle sebelum masuk bulan Ramadhan lagi. Barulah boleh beRamadhan dengan tenang.

Time puasa ni kalau korang pergi ke pasar raya, antara part yang paling mencabar adalah apabila melepasi gerai makanan. Lagi-lagi bau waffle ker popcorn ker kan. Haha. Biasanya bau waffle memang menusuk sehingga ke kalbu gittew. Sedap betul tapi harganya makin lama makin mahal kan?

Apa kata nanti korang try je sendiri buat kat rumah. Beli waffle maker banyak kat pasar raya atau di kedai-kedai elektrik. Then, bancuh sendiri dan bakar sendiri. Huii sedap tu. Meh saya kongsikan satu resepi waffle menusuk kalbu dari Hairul Nizam Ijam di Facebook.

Resepi Waffle (3 keping)

Waffle

Image via Facebook

Bahan-bahan:

  • 2 cawan gandum
  • 2 cawan air
  • 1/3 minyak
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 sudu baking powder
  • 2 sudu susu tepung
  • 2 sudu gula
  • Secubit garam

Cara Penyediaan:

  1. Satukan kesemua bahan-bahan di atas dan gaulkan sehingga sebati.
  2. Panaskan waffle maker dan masukkan adunan ke dalam waffle maker.
  3. Tunggu sehingga masak. SIAP!

Korang suka resepi ni? Haa ada banyak lagi tau resepi-resepi yang kami kongsikan dan baakl kongsikan buat korang semua. Jangan lupa untuk like dan share ya!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.