Mencari resepi menggunakan air fryer?

Air fryer atau penggoreng udara merupakan antara peralatan masak yang popular. Ianya juga boleh digunakan untuk memasak pelbagai jenis hidangan – dari kek ke lemang, semuanya boleh.

Bagi yang memiliki air fryer, masih mencari resepi menggunakannya? Jangan risau, berikut kami senaraikan 10 resepi menggunakan air fryer. Teruskan membaca!

#1 Kek Keju Hangus (Burnt Cheesecake)

resepi air fryer - burnt cheesecake
Imej via Facebook

Kek keju hangus merupakan sajian pencuci mulut yang gebu dan berkrim. Ianya juga boleh disediakan menggunakan penggoreng udara, sangat mudah. Resepi ini dikongsikan oleh Essye Normaliana Yusof.

Bahan-bahan:

  • 250 g krim keju
  • 3 biji telur
  • 3 sudu gula pasir
  • 2 sudu tepung gandum
  • 1 kotak kecil krim pemutar
  • 1 sudu esen vanila

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam pengisar dan kisar sedikit demi sedikit (dimulai dengan krim keju, gula, telur, krim pemutar, tepung gandum, esen vanilla.
  2. Bakar di dalam penggoreng udara selama 180°C pada 25 minit pertama.
  3. Kemudian, ubah suhu kepada 160°C pada 15 minit terakhir (jumlah masa ialah 40 minit).
  4. Sedia untuk dihidang.

#2 Cencaru Sumbat Sambal

cencaru sumbat sambal - resepi air fryer
Imej via Facebook

Untuk hidangan tengah hari, cencaru sumbat sambal merupakan hidangan yang sesuai untuk disediakan. Resepi ini dikongsikan oleh Munira Ali di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1½ biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 tangkai cili besar
  • 4 atau 5 tangkai cili api
  • Sedikit belacan
  • Serbuk perasa
  • Asam jawa
  • 1 sudu gula

Cara-cara:

  1. Kisar atau tumbuk kasar semua bahan kecuali ikan dan asma jawa. Masukkan sedikit air.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar sekejap.
  3. Sumbatkan bahan tumis ke dalam ikan.
  4. Semburkan sedikit minyak pada penggoreng udara supaya ikan tidak melekat.
  5. Masukkan ikan dan bakar pada suhu 180°C selama 15 minit.
  6. Terbalikkan dan bakar lagi selama 15 minit. Untuk lebih garing, boleh tambah masa kepada 5 minit.
  7. Sedia untuk dihidang.

#3 Kuih Bakar

resepi air fryer kuih bakar
Imej via Facebook

Kuih bakar juga merupakan antara resepi menggunakan air fryer yang mudah dan wajib dicuba. Tekstur kuih juga gebu dan aromanya memang harum. Resepi ini dikongsikan oleh Nor Muhamad Ilyas di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan air daun pandan
  • 2 cawan santan/1kotak kecil
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil pewarna hijau
  • 1 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Sedikit serbuk kulit kayu manis untuk aroma *optional

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan hingga sebati.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam penggoreng udara. Boleh bahagikan adunan kerana bahannya untuk 2 biji kuih bakar.
  3. Masukkan ke dalam penggoreng udara dan bakar pada suhu 170°C selama 45 minit.
  4. Sejukkan dahulu, kemudian potong kuih bakar.
  5. Sedia untuk dihidang.

#4 Ayam Bakar

ayam bakar resepi air fryer
Imej via Facebook

Bagi yang sedang berdiet, ini adalah resepi menggunakan air fryer yang wajib anda cuba – ayam bakar. Cara penyediaannya cukup mudah, memang rugi jika tak cuba. Resepi ini dikongsikan oleh Munira Ali di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Ayam

Bahan perapan:

  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos cili
  • 1 sudu rempah kari ayam
  • 4 sudu madu
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 sudu kicap
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk hancur)
  • Sedikit halia (ditumbuk hancur)
  • Serbuk perasa

Cara-cara:

  1. Kelar ayam sedikit dan tuangkan bahan perapan ke atasnya.
  2. Perap ayam dengan bahan perapan.
  3. Bakar menggunakan penggoreng udara hingga masak. Sambil bakar, balik-balikkan ayam supaya masak sekata.
  4. Sedia untuk dihidang.

#5 Lemang

lemang air fryer
Imej via Facebook

Bukan sahaja lauk harian dan pencuci mulut, malah lemang juga boleh disediakan dengan hanya menggunakan penggoreng udara. Resepi ini dikongsikan oleh Cik Gu Eyna di laman Facebook.

Peralatan:

  • 6 tin kosong (buang bahagian atas)
  • Daun pisang untuk membalut lemang

Bahan-bahan:

  • 18 sudu makan pulut (nisbah 3 sudu makan X 6 tin pulut)
  • Santan (beli yang RM 5)

Cara-cara:

  1. Potong tin ikut ketinggian penggoreng udara. Masukkan daun pisang.
  2. Rendam pulut selama ½ jam dengan air, kemudian toskan dan rendam pula dengan santan. Perasakan dengan sedikit garam.
  3. Di dalam setiap tin, masukkan anggaran 3 sudu makan pulut dan santan atas sedikit daripada permukaan pulut.
  4. Ulang langkah 1-3 mengikut jumlah lemang yang anda mahu.
  5. Masukkan ke dalam penggoreng udara dan kukus pada suhu 160°C pada 30 minit pertama.
  6. Kemudian, ubah suhu kepada 180°C pada 15 minit terakhir (jumlah masa ialah 45 minit). Kalau mahu lemang lebih garing, tambahkan masa.
  7. Setelah masa, hentakkan sedikit lemang dan keluarkan daripada botol atau tin.
  8. Sedia untuk dihidang.

#6 Bar Congo

congo bar air fryer
Imej via Facebook

Bar congo atau congo bars merupakan hidangan pencuci mulut yang boleh disediakan menggunakan penggoreng udara. Mudah, gebu dan semestinya sedap. Resepi ini dikongsikan oleh Nik Nur Amirah di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 150 g mentega
  • 250 g gula perang
  • ½ sudu teh esen vanila
  • 3 biji telur
  • 320g tepung (gandum/naik sendiri)
  • 2 sudu kecil serbuk penaik (kalau pakai tepung gandum)
  • 200g cip coklat atau bar coklat
  • 50 g kepingan badam

Bahan Hiasan:

  • Cip coklat
  • Kepingan badam

Cara-cara:

  1. Pukul gula dan mentega hingga sebati.
  2. Masukkan sebiji telur sebiji demi sebiji sambal pukul sebati.
  3. Kemudian, masukkan esen vanila dan secubit garam.
  4. Masukkan tepung yang sudah ditapis atau diayak.
  5. Seterusnya, masukkan serbuk penaik jika anda menggunakan tepung gandum.
  6. Tambahkan cip coklat dan bar coklat.
  7. Kacau sebati hingga coklat hancur.
  8. Alaskan loyang penggoreng udara dengan baking paper dan masukkan adunan.
  9. Taburlan cip coklat dan kepingan badam di atas adunan.
  10. Bakar pada suhu 150°c selama 45 minit.
  11. Sedia untuk dihidang.

#7 Vadai

vadai
Imej via Facebook

Vadai merupakan sajian tradisi India yang memang kena dengan citarasa ramai. Ianya juga boleh dibuat dengan menggunakan penggoreng udara, sangat menarik. Resepi ini dikongsikan oleh Nur Masri di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan / 250g kacang ulunthu
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 2 biji cili hijau
  • 1 biji bawang merah
  • Daun kari
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 2 biji cili kering
  • 1 sudu besar jintan manis
  • Daun kari
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Basuh dan rendam kacang ulunthu semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam.
  2. Toskan air dan kisar kacang ulunthu dengan sedikit air sehingga halus (pastikan air tidak terlalu banyak, dikhuatiri susah untuk dibentuk nanti).
  3. Bila kacang ulunthu halus masukkan jintan manis dan kisar sebentar
  4. Masukkan adunan yg dikisar ke dalam mangkuk.
  5. Masukkan tepung beras dan serbuk penaik.
  6.  Sejukkan adunan di dalam peti sejuk.
  7. Sementara itu, potong bawang merah, cili dan daun kari kecil-kecil.
  8. Gaul sebati dengan adunan ulunthu.
  9. Masukkan garam secukup rasa.
  10. Gunakan daun pisang atau sarung tangan plastic untuk membentuk vadai (menjadi bentuk donat).
  11. Masukkan adunan yang dibentuk ke dalam penggoreng udara dan masak.
  12. Sedia untuk dihidang.

#8 Ayam Pandan

ayam pandan air fryer
Imej via Facebook

Ayam pandan yang merupakan hidangan popular di restoran makanan Thai juga boleh dibuat sendiri menggunakan air fryer atau penggoreng udara. Resepi ini dikongsikan oleh Elaine Tan di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 500 g dada ayam (dipotong ketul) boleh dapat sekitar 25 ketul
  • 2 bungkus perencah bihun goreng Adabi
  • 2 sudu besar minyak
  • Daun pandan
  • Pencungkil gigi/pencucuk sate

Cara-cara:

  1. Perap ayam dengan perencah bihun goreng dengan minyak selama 3 jam.
  2. Potong daun pandan.
  3. Gulungkan ayam dengan daun pandan.
  4. Cucuk ayam dengan pencungkil gigi.
  5. Susun dalam penggoreng udara dan masak selama 20 minit pada suhu 180°C.
  6. Lepas 10 minit, terbalikkan ayam.
  7. Sedia untuk dihidang.

#9 Piza Roti Telur

piza roti telur air fryer
Imej via Facebook

Piza roti telur ini cukup sesuai disediakan untuk makan petang. Cara penyediaannya juga cukup ringkas, hanya menggunakan kertas cawan dan penggoreng udara sahaja. Resepi ini dikongsikan oleh Noriza Zainal Abidin di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur
  • 2 batang sosej
  • 3 keping roti (dipotong kiub)
  • 2 sudu besar mentega (dicairkan)
  • 2 sudu besar sos pasta
  • 5 sudu besar susu cair
  • 1 sudu besar mayonis
  • 2 keping keju cheddar (sekeping potong 4) atau mozarela
  • Sedikit oregano (hiasan atas keju)

Cara-cara:

  1. Campurkan bahan 1-7 dan masukkan ke dalam kertas cawan.
  2. Letakkan keju di atas adunan tadi dan taburkan sedikit oregano.
  3. Bakar pada suhu 160°C selama 10 minit atau sehingga masak.
  4. Sedia untuk dihidang.

#10 Sotong Bakar Thai

sotong bakar thai
Imej via Facebook

Sotong bakar Thai – nama hidangan yang pasti buat anda kecur air liur. Ianya juga merupakan hidangan yang boleh disediakan dengan penggoreng udara. Resepi ini dikongsikan oleh Alia Adila Hashim di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan perapan sotong:

  • 2 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar kicap manis cair
  • Sotong (dikelar tapi jangan terputus)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili

Bahan sos Thai:

  • 2 ulas bawang putih*
  • 7-8 tangkai cili padi*
  • Akar ketumbar*
  • 1-2 sudu kecil gula kabung Thai atau gula melaka
  • Sos ikan
  • 3-4 biji limau kasturi / nipis (diperah dan diambil jus sahaja)
  • Daun ketumbar (dicincang halus)
  • Sedikit ait suam
  • Garam *optional

Cara-cara:

  1. Campurkan bahan perapan sotong dan gaulkan pada sotong.
  2. Perap selama 15 minit.
  3. Bakar menggunakan penggoreng udara pada suhu 140°C untuk 15 minit pertama, kemudian bakar lagi pada suhu 180°C untuk 5 minit terakhir (untuk menggaringkan sotong).
  4. Untuk sos, tumbukkan bahan bertanda *.
  5. Campurkan bahan tersebut dengan air limau kasturi, sos ikan, bawang merah dan akar ketumbar.
  6. Jika kuah agak pekat, tambahkan sedikit air suam.
  7. Perasakan sos dan tuangkan ke atas sotong (atau cicah).
  8. Sedia untuk dihidang.

Resepi Menarik Lain

Selain koleksi resepi menggunakan air fryer, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.