Buat penggemar seri muka dan durian, anda wajib mencuba resepi seri muka durian ini. Anda boleh pilih kualiti durian yang akan digunakan untuk memastikan hasilnya sedap.

Bolehlah anda sediakan sendiri seri muka durian di rumah tanpa perlu lagi mendapatkannya di pasar-pasar malam berdekatan. Pastinya anda akan menggemari resepi seri muka durian ini.

Ben Safwan telah kongsikan resepi seri muka durian ini menggunakan laman sosial Facebook miliknya dan telah mendapat banyak komen yang positif dan banyak perkongsian.

Resepi Seri Muka Durian

Resepi Seri Muka Durian

image via Facebook

Bahan – bahan:

Lapisan bawah seri muka:

  • 1 cawan beras pulut ( basuh dan rendam selama 1 jam 30 minit )
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu makan minyak masak
  • Secubit garam

Lapisan atas seri muka:

  • 1 cawan isi durian
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung beras
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 1/2 sudu makan minyak masak
  • 1 cawan gula
  • 1 biji telur ayam
  • Pewarna kuning lemon 2-3 titik jika mahu

P/s: Sukatan cawan 250ml.

Cara – cara memasak:

  1. Selepas direndam ,toskan. Masuk semua bahan lapisan bawah seri muka dalam loyang pengukus yang dilapik plastik tahan panas dan kukus sekitar 15-20 minit.
  2. Keluarkan,tekan rapat pulut dan cakar dengan garpu untuk bagi lekat elok lapisan atas nanti.Biarkan suam.
  3. Sambil kukus pulut,sediakan lapisan atas.
  4. Masukkan semua dalam periuk,kacau bagi sebati dulu semua tepung baru buka api. Kacau hingga mula naik buih pertama/memekat,tutup api.
  5. Tuang dalam pulut tadi, kukus 35 minit, buka tudung pengukus dan sambung kukus terbuka 10 minit bagi cantik lapisan atas.
  6. Sejukkan seri muka dan boleh potong dengan pisau plastik atau benang.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.