Pernahkah anda tahu perbezaan antara sosej, hot dog dan frankfurter? Selama ni main belasah je kan semua benda tapi sebenarnya ketiga-tiga ini mempunyai sedikit perbezaan. Ha meh nak bagitahu sedikit info berkenaan dengan ketiga-tiga jenis ni supaya ilmu tu lebih padat gitu.

Sosej ni adalah makanan yang diperbuat daripada daging kisar (ayam, lembu, kambing dan sebagainya) yang apabila dihidangkan, ia hanya dihidangkan sebatang begitu sahaja atau dipotong-potong tanpa dikepit dengan roti ban belah dua. Perbezaan jelas antara sosej dan hot dog ialah hot dog dihidang dan dimakan bersama dengan roti ban dan diletak sos sekali.

Macam mana pula frankfurter? Haa frankfurter ni sebenarnya sejenis sosej yang berasal daripada Kota Frankfurt, Jerman di mana daging prosesnya hanya menggunakan daging babi. Tapi, kalau tengok kat Malaysia ni ada je yang menggunakan nama frankfurter. Frankfurter ayam, frankfurter daging dan sebagainya lah. Yang penting kita sebagai pengguna perlu bijak dan berusaha mencari makanan yang halal dan selamat.

Baiklah hari ni kami akan kongsikan satu resepi iaitu roti sosej. Resepi yang sangat mudah ini sangat sesuai disediakan samada untuk dihidang segera atau dibuat sejukbeku. Pastinya anak-anak anda akan gemarkan roti sosej ini. Jika inginkan alternative yang lebih sihat, tukarlah kepada homemade sosej dan juga roti bergandum penuh agar nutrient akan dimaksimakan buat anda sekeluarga. Resepi roti sosej ini dikongsikan oleh saudari Mazitah Ahmad Nur Solehah di Facebook. Selamat mencuba ya!

Resepi Roti Sosej

Roti Sosej

Image via Facebook

Bahan-bahan:

  • Sosej
  • Roti
  • Serbuk roti
  • Telur

Cara Penyediaan:

  1. Sosej direbus sekejap dan toskan.
  2. Roti digelek bagi nipis kemudian gunting tepi untuk kelihatan cantik 😍 😍
  3. Ambil roti letak sosej dan gulung
  4. Lekatkan hujung roti dengan telur supaya tidak terbuka
  5. Kemudian celup roti yg siap digulung tadi dengan telor sekali lagi dan terus salut dengan serbuk roti sehingga rata kesemuanya.
  6. Goreng macam biasa…toskan minyak dan siap untuk dihidangkan dengan sos pencicah!! 😃 😃 👍 👍

Selain resepi roti sosej ini, kami juga ada memaparkan resepi-resepi lain yang boleh dibuat rujukan oleh anda. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE resepi-resepi kami yang best ni tau!

Tinggalkan Komen!

report this ad

Langgan Info Kami

Berkaitan

.