Mencari resepi lempeng untuk dicuba?

Lempeng merupakan hidangan yang cukup sesuai dinikmati baik semasa sarapan mahupun makan petang. Ianya juga enak dinikmati begitu sahaja dan cara penyediannya cukup mudah.

Ingin mencari kelainan untuk membuatnya? Untuk itu, berikut kami senaraikan 10 resepi lempeng yang berbagai buat anda. Teruskan membaca!

#1 Lempeng Kelapa

Lempeng kelapa atau lebih dikenali dengan nama pek nga di negeri Utara ini cukup sedap dan resepinya juga mudah. Resepi ini dikongsikan oleh Hajah Zainab bt Mawan di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan nasi
  • 2½ cawan air
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan kelapa muda
  • Secubit garam
  • Sedikit minyak masak

Cara-cara:

  1. Kisarkan nasi bersama air dan masukkan dalam mangkuk.
  2. Masukkan tepung gandum.
  3. Masukkan kelapa muda, garam dan minyak masak.
  4. Gorengkan menggunakan acuan di atas kuali hingga masak.
  5. Sedia untuk dihidang.

#2 Lempeng Kembung

Imej via Facebook

Lempeng kembung ini dikenali dengan nama jewer jewer oleh masyarakat Jawa. Ianya cukup enak dinikmati bersama sambal bilis. Resepi ini dikongsikan oleh Juriah Saian di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 4 cawan tepung gandum
  • Garam
  • ½  cawan minyak panas
  • Air

Cara-cara:

  1. Tuangkan minyak panas.
  2. Gaulkan dengan senduk. Setelah sejuk, boleh sebatikan dengan tangan supaya tepung dan minyak bergaul rata.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit.
  4. Gaul dan uli sehingga doh kelihatan seperti kulit karipap.
  5. Uli sampai licin dan bersih permukaan besen.
  6. Bagikan kepada bebola kecil..
  7. Masa bentukkan bulat, buat seperti isi inti pau. Biar ada udara terperangkap di dalam.
  8. Tutup dengan plastik dan biarkan kejap.
  9. Dalam 10 minit, gelek hingga leper.
  10. Panaskan minyak. Setelah panas, menggunakan api sederhana, gorengkan lempeng dan biarkan kembung.
  11. Cukup kembung, boleh terbalikkan.
  12.  Angkat setelah keperangan.
  13. Sedia untuk dihidang.

#3 Lempeng Oat

Imej via Facebook

Nama lempeng ini agak popular akhir-akhir ini. Ianya dikatakan cukup sedap dinikmati begitu sahaja. Malah, hidangan ini juga menyihatkan jadi cubalah resepinya. Resepi ini dikongsikan oleh Nurul Wahida Rosli di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 4 sudu kecil oat + nestum
  • 1 sudu gula perang
  • 1 biji telur
  • ½ cawan susu
  • Tepung gandum

Cara-cara:

  1. Bancuhkan semua bahan kecuali tepung dan kacau rata.
  2. Masukkan 1 sudu tepung gandum dan laraskan kuantitinya mengikut tekstur yang diinginkan.
  3. Jika bancuhan cair, tambahkan oat. Jika pekat, tambahkan air atau susu.
  4. Gorengkan dan sedia untuk dihidang.

#4 Lempeng Pisang

Imej via Facebook

Satu lagi resepi lempeng yang sedap dan menyihatkan yang wajib anda cuba ialah lempeng pisang. Bahannya dan resepinya cukup ringkas, rugi jika anda tak cuba. Resepi ini dikongsikan oleh Noriza Awang Hamat di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 8 biji pisang (masak)
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin (dicairkan terlebih dahulu)
  • ½ cawan kelapa parut
  • 1 biji telur
  • 3 sudu besar gula perang
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara:

  1. Lenyekkan pisang.
  2. Masukkan semua bahan dan kacau hingga sebati.
  3. Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak.
  4. Gorengkan.
  5. Sedia untuk dihidang.

#5 Mille Crepe Cake

resepi lempeng
Imej via Facebook

Mille Crepe Cake ini merupakan kek yang terdiri daripada beberapa kepingan krep atau lempeng. Resepi hidangan ini agak mudah, jadi cubalah sendiri di rumah. Resepi ini dikongsikan oleh Hurun’lin Malik di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan krep:

  • 1½  cawan tepung kek
  • 3 cawan susu segar
  • 6 biji telur
  • ¼ cawan gula
  • Sedikit esen vanila

Bahan inti:

Jika suka rasa light:

  • 200 g krim putar
  • ½ botol mentega kacang

Jika suka rasa rich:

  • 1 botol mentega kacang (500 g)
  • 3 cawan susu segar

Cara-cara:

  1. Untuk krep, masukkan semua bahan dan kacau sebati sehingga tepung tak berketul.
  2. Sapukan mentega pada kuali dan letak adunan, Gelekkan kuali hingga lapisan adunan menjadi nipis.
  3. Tunggu sehingga masak dan terbalikkan supaya masak pada bahagian yang sebelah lagi.
  4. Alihkan krep dan susun di atas pinggan.
  5. Untuk inti, pukul krim putar dan kacau sebati dengan mentega kacang.
  6. Jika menggunakan susu, kacau sebati bersama mentega kacang.
  7. Tunggu krep sejuk dan boleh sapu nipis inti satu persatu pada setiap helaian krep,
  8. Susun lapis demi lapis sehingga siap.
  9. Masukkan di dalam peti ais selama 1-2 jam sebelum dipotong.
  10. Sedia untuk dihidang.

#6 Lempeng Biasa

resepi lempeng
Imej via Facebook

Kesuntukan masa namun masih ingin menikmati lempeng? Tidak mengapa, cualah resepi lempeng biasa ini. Bahannya ringkas dan cara penyediannya juga mudah. Resepi ini dikongsikan oleh Suzana Othman di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 500 ml air
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil serbuk penaik

Cara-cara:

  1. Masukkan telur, minyak masak, garam, gula dan sedikit air dalam pengisar.
  2. Kisar hingga telur kembang.
  3. Kemudian, masukkan tepung dan serbuk penaiik berselang seli dengan air. Kisar hingga tepung sebati.
  4. Tuang adunan dalam bekas dan biarkan selama 1 jam supaya serbuk penaik bertindak balas untuk dapatkan lempeng yang lembut dan gebu.
  5. Gorengkan dan angkat.
  6. Sedia untuk dihidang.

#7 Lempeng Nasi

resepi lempeng
Imej via Facebook

Ini juga merupakan salah satu resepi lempeng yang cukup mudah untuk disediakan – lempeng nasi. Resepi ini dikongsikan oleh Zura Zul di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan nasi
  • 1½ cawan tepung gandum
  • 3 cawan air
  • 1 ketul kiub pati ayam/kiub pati ikan bilis
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  1. Kisarkan nasi dgn 1 cawan air hingga hancur dan halus,
  2. Tambahkan 2 cawan air ke dalam pengisat tadi.
  3. Masukkan tepung, kiub pati ayam/ikan bilis & sedikit garam.
  4. Kisar sebati. Jika adunan kurang pekat, tambah kansedikit lagi tepung
  5. Panaskan kuali non-stick dan sapu sedikit minyak.
  6. Tuang sesenduk adunan dan biar masak seketika hingga bahagian bawah agak garing kekuningan.
  7. Terbalikkan dan tunggu sampai masak.
  8. Angkat dan ulang setiap langkah sehingga adunan habis.
  9. Sedia untuk dihidang.

#8 Lempeng Basah

Imej via Facebook

Lempeng basah merupakan lempengg yang berasal dari negeri Perak. Tak perlu susah-susah ke Perak, kerana anda juga boleh mencuba resepinya sendiri di rumah. Resepi ini dikongsikan oleh Nonie Khairul di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Tepung pulut
  • Tepung gandum

Bahan kuah:

  • Santan
  • 1 sudu tepung gandum
  • Secubit garam
  • Gula kasar

Cara-cara:

  1. Bulat-bulatkan adunan tepung gandum dan tepung pulut.
  2. Tekan di tengah supaya ada libang dan picit di kelilingnya sehingga ada 5 penjuru.
  3. Untuk kuah, campurkan semua bahan kuah dan tapiskan.
  4. Tuangkan ke atas adunan tadi .
  5. Kukus selama 10-15 minit.
  6. Sedia untuk dihidang.

#9 Lempeng Daun Bawang

resepi lempeng
Imej via Facebook

Lempeng daun bawang atau pajeon ini merupakan lempeng Korea. Jika anda ingin mencuba kelainan untuk resepi lempeng, anda wajib cuba resepi ini. Resepi ini dikongsikan oleh Ida Adlina Salleh di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • ¾ cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 biji telur, dipukul (1/2 masuk adunan, 1/2 untuk curah atas pancake sewaktu dimasak)
  • ¾ cawan air ais (mengikut kepekatan)
  • Daun bawang (dihiris panjang-panjang)

Bahan sos:

  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu kecil cuka beras
  • ½ sudu teh gula
  • ½ sudu teh minyak bijan
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • Sedikit serbuk cili
  • Sedikit bijan (disangai)
  • Lada hitam

Cara-cara:

  1. Masukkan tepung.
  2. Masukkan lada hitam dan gaul sebati.
  3. Masukkan bawang putih, telur separuh biji dan air. kacau sebati.
  4. Masukkan daun bawang dan gaul rata.
  5. Tuangkan adunan ke dalam kuali.
  6. Masukkan separuh adunan telur tadi dan gorengkan.
  7. Untuk sos, campurkan semua bahan sos dan kacau sebati..
  8. Sedia untuk dihidang.

#10 Lempeng Sagu

Imej via Facebook

Lempeng ini cukup terkenal pada zaman dahulu. Zaman sekarang pun ianya cukup menjadi rebutan, jadi cuba sahaja resepi yang mudah ini. Resepi ini dikongsikan oleh Junaidah Osman di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Sagu biji (direndam sekejap)
  • Kelapa parut muda
  • Gula pasir
  • Sedikit garam
  • Sedikit air

Cara-cara:

  1. Gaul sagu biji, kelapa dan garam. Kalau adunan kering, basahkan sedikit.
  2. Letak atas kuali. leperkan macam lempeng tetapi pastikan jangan nipis sangat dan tabur gula pasir diatasnya.
  3. Bila dah masak, lipat 2 dalam pinggan.
  4. Sedia untuk dihidang.

Resepi Menarik Lain

Selain koleksi resepi lempeng, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.