Pasti antara kita ada yang sangat menggemari makanan yang berasal dari Korea ini bukan? Selalu lihat di dalam drama bersiri Korea yang sering anda layan sahaja?

Pada kali ini, kita akan berkongsi resepi kimchi yang sangat mudah untuk disediakan dan pastinya lazat dan menarik.

Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat resepi kimchi yang telah dikongsikan oleh Siti Zanariah Khalit di laman Facebook miliknya. Jom kita tengok!

Resepi Kimchi

Resepi Kimchi

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 biji sederhana kobis panjang
  • 1 biji lobak merah – dipotong mancis
  • 2 pokok daun bawang – potong 1 inci
  • 1 inci halia – hiris panjang
  • 3 ulas bawang putih – dicincang
  • 2 sudu besar serbuk cili baba’s (boleh tambah kalau suka pedas)
  • 3 sudu besar cili flake
  • 4 sudu besar sos ikan (jangan banyak sebab kobis dah masin)

Bahan kisar :

  • ½ biji bawang holland
  • 1 biji buah pear

P/s: Kisar halus dengan sedikit air mineral.

Bahan paste :

  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu besar tepung pulut
  • 1½ sudu besar gula pasir

P/s: Campur bahan paste kemudian masak atas api perlahan hingga jadi pekat. Tutup api, biarkan sejuk.

Cara penyediaannya:

  1. Bersihkan kobis kemudian tos. Selepas itu potong mengikut saiz yang diingini.
  2. Ambil anggaran 2 sudu besar garam. Gaul rata pada kobis. Biarkan selama 1 jam 30 minit. Gaul setiap 30 minit supaya garam cukup rata.
  3. Selepas 1 jam 30 minit cuci bersih kobis dan perah airnya. Jangan perah sehingga hancur.
  4. Bahan paste disatukan bersama serbuk cili, cili flake dan sos ikan.
  5. Masukkan bahan kisar dan gaul rata.
  6. Akhir sekali, masukkan semua jenis sayur. Gaul rata. Kemudian, simpan dalam balang. Saya simpan setengah hari pada suhu bilik. Kemudian baru masukkan dalam peti ais.
  7. Dalam 3 hingga 4 hari sudah sedia dinikmati.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .