Jom kali ini kita cuba resepi puding trifle ini.

Tatkala tiba musim kemarau atau musim panas, kita akan selalu berasa kehausan dan kelaparan. Tekak mesti nak jugak merasa sesuatu untuk menghilangkan rasa haus dan panas. Jadi, selain minuman, dessert merupakan hidangan yang selalu dicari untuk dimakan sejuk-sejuk sebagai penyejuk badan.

Bagi penggemar makanan manis, hidangan dessert merupakan sesuatu yang sangat diidamkan. Lagi-lagi kalau tengok dessert yang menarik, kecur air liur dibuatnya bukan. Salah satu puding yang sangat menarik adalah puding triffle. Apa yang menarik tentang puding ini ialah ia mempunyai beberapa lapisan iaitu lapisan kek di bahagian paling bawah, diikuti dengan lapisan kastard, lapisan jelly dan lapisan hiasan whipping cream atau buah.

Walaupun puding ini terdapat banyak lapisan, namun untuk membuatnya tidaklah serumit yang kita sangkakan. Buat pertama kali, mungkin anda akan sedikit kekok. Tapi, percayalah penyediaan seterusnya akan menjadi sangat mudah dan cepat. Senang macam kacang aje rupanya!

Kami akan kongsikan satu resepi puding triffle yang diambil khas resepi dari saudari Aura Zaura di Facebook. Melihat gambar puding ini sahaja sudah membuatkan kita rasa terliur dan ingin mencubanya. Jadi, jom kita cuba resepi puding triffle yang sedap dan kebaboom ini.

Resepi Puding Trifle

puding triffle

Image Via Facebook

Bahan-bahan:

Kek Swiss roll
Fruit cocktail
Kristall jelly nona (Guna agar2 je kalau nak jimat)
1 tin susu cair
Tepung kastard
Whipping cream
Gula

bahan puding triffle

Image via Facebook

Cara Penyediaan:

Lapisan 1 :
• Potong Swiss roll dlm 1.5cm buh dlm bekas, siramkan dgn air fruit cocktail

Lapisan 2:
• Masak 1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula (sukati nak manis lebih ke tak)
• Bancuh 4 sudu tepung kastard dengan air dan masukkan ke dalam susu tadi. Kacau sampai berkilat dgn api perlahan
• Tuang adunan kastard ke atas kek tadi
• Campak-campakkan fruit cocktail dalam kastard, tunggu sampai agak-agak sejuk dan keras

Lapisan 3:
• Masakkan kristal jelly Nona (ikut resepi dia) atau agar2 (resepi sukati la gula n sirap, jangan terlalu keras, agar2 tu biar lembek skit baru sdp) jgn manis sangat sebab dah ada kek dan whipping cream yg manis
• Biarkan sejuk skit
• Tuang agar2 atas kastard dan biarkan sejuk

Lapisan 4 (Tambahan):
• Putar whipping cream sampai kental
• Piping je la atas agar2 td
• Untuk hiasan letak strawberry atau buah2 lain-lain. Buah strawberry tu dibubuh piping gel/jelly supaya berkilat
• Sebenarnya whipping cream kalau x mau bubuh pun x pe. Saje nak bagi cantik dan lebih sedap

Resepi Menarik Lain

Untuk resepi-resepi lain, anda boleh lihat lagi di ruangan resepi di blog ini yang mana terdapat sangat banyak resepi yang best untuk anda cuba. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE sekali ya!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.