Mencari resepi biskut cornflakes yang sedap?

Bijirin cornflakes adalah salah satu bijirin yang sangat digemari ramai. Ia merupakan empingan jagung yang sangat rangup yang sangat membantu membuka selera di waktu pagi untuk diambil sebagai sarapan. Bijirin enak ini sangat sesuai dimakan dengan susu segar yang menjadikan rasanya lebih sedap.

Dengan pelbagai idea kreatif inovasi dalam pengolahan resepi, bijirin cornflakes ini telah banyak diolah dan diguna dalam menjadikan sesuatu resepi dan menu itu menjadi menarik dan sedap. Bijirin cornflakes ini telah diolah untuk dibuat kek, biskut, coklat, puding dan sebagainya. Pendek kata, dengan pembelian sekotak bijirin cornflakes, kita dapat menghasilkan pelbagai jenis menu hidangan yang enak.

Pernah buat biskut cornflakes? Ha biskut cornflakes ni sangatlah mudah untuk dibuat. Biskut ini lazimnya dihidang pada hari-hari kebesaran dan keraian seperti hari raya dan kenduri kendara. Ramai yang gemarkan biskut ini dek kerana rasanya yang rangup dan tidak muak.

Kali ini kami akan kongsikan resepi biskut cornflakes yang sangat mudah dan rangup. Confirm menjadik! Perkongsian ini telah dimuatnaik oleh saudari Nur Kaseh di Facebook.

Resepi Biskut Cornflakes

Biskut Cornflakes

Image via Facebook

Bahan-bahan:

  • Tepung jagung 50gm
  • Tepung gandum 200gm
  • Gula aising 100gm
  • Esen vanilla 1 penutup
  • Butter 250gm
  • Cornflakes (diramas-ramas)

Cara Penyediaan:

  1. Satukan butter, gula aising dan esen vanilla
  2. Pukul manja2 bagi sebati.
  3. Kemudian masukan tepung gandum dan jagung
  4. Kacau lagi biar tepung sebati kemudian masuk cornflakes yang diramas2 td.
  5. Bakar suhu 160c selama 15-20 minit ikut oven masing2 ye.

Resepi Menarik Lain

Kami pasti anda akan berpuas hati dengan resepi biskut cornflakes yang kami kongsikan ini. Nak yang lagi best? Haa jemput tengok lagi semua resepi-resepi best dari kami buat anda semua. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.