Zaman sekarang ni, salah satu bisnes yang meningkat naik adalah menjual roti sandwich. Bermacam-macam inovasi telah dibuat untuk melariskan roti sandwich seperti memvariasikan rasa sandwich dan mencantikkan pembungkusan sandwich untuk jualan. Jadi, bila orang tengok, mesti orang akan rasa nak membeli untuk mencubanya.

Jika sebelum ini, roti sandwich ini hanya disediakan untuk makan di rumah lagi-lagi jika waktu kehabisan stok makanan untuk memasak. Jadi, roti sandwich menjadi alternative penyelamat dek kerana senang dan mudah disediakan. Namun, berbeza hari ini, juadah roti sandwich ini menjadi pelengkap kepada majlis-majlis keraian seperti sambutan hari lahir, majlis kesyukuran dan rumah terbuka.

Oleh itu, tidak hairanlah jika bisnes menjual roti sandwich ini mendapat sambutan orang ramai. Selain pembungkusan yang menarik, variasi rasanya juga tidak menghampakan. Semakin tinggi persaingan bisnes, semakin sedap keunikan rasa yang dihasilkan oleh para penjual. Masing-masing ingin melariskan bisnes roti sandwich yang dijual.

Bercakap tentang roti sandwich, hari ini kami akan paparkan resepi roti sandwich sardine yang telah diolah oleh saudara Wan Luqman atau dikenali dengan Uncle Luq SohoSandwich di Facebook. Beliau merupakan salah seorang pengusaha bisnes roti sandwich yang best! Jadi, tentulah perkongsian ini sangat special dan anda harus mencubanya!

Resepi Sandwich Sardin

sandwich sardin

Image via Facebook

Bahan-bahan:

Cili kisar
Bawang merah
Bawang putih
Satu tin sardin kecil
Serbuk pati ayam
Sekeping cheddar cheese
Sebiji telur
Gula dan garam
Lada hitam
Sedikit kicap
Mayonis

Cara Penyediaan:

1) Tumis cili kisar bersama dengan bawang merah dan bawang putih.
2) Bila dah garing, masukkan sardin dalam tin. Selepas itu masukkan sesudu kecil serbuk pati ayam, gula, garam, lada hitam dan sedikit kicap
3) Campurkan sekeping cheddar cheese
4) Masukkan sebiji telur untuk menambah kekenyangan perut. Jangan kacau hingga terlalu hancur.
5) Campurkan mayonis untuk rasa berlemak sikit
6) Dah siap, sejukkan dahulu sebelum disapu pada roti.
7) Boleh hiaskan roti sandwich bersama dengan salad, timun dan tomato.

Selain resepi ini, terdapat banyak lagi resepi lain yang menarik buat rujukan anda. Dijemput untuk melihat kesemuanya dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.