Kek bukan sahaja di buat sempena ingin menyambut sambutan seperti hari jadi, ulang tahun dan sebagainya. Ia juga boleh dibuat secara saja-saja atau untuk minum petang.

Secara kesimpulannya, ia boleh dibuat pada bila-bila masa tak kira apa jua situasi.Tidak perlu majlis atau sebab formal untuk membuatnya.

Moist butter cake adalah sejenis kek yang sangat sedap dan senang di buat. Sesiapa sahaja yang minat ‘baking’, tentu ingin mencuba resepi yang ingin dikongsikan ini. Kek ini sangat lembut, wangi dan yang paling penting sedap. Sesiapa yang membuat kek ini tentu tak menyesal.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Rosmaliza Omar di Facebook dan telah mendapat perkongsian yang ramai. Mari kita cuba resepi ini!

Resepi Moist Butter Cake Old School

Resepi Moist Butter Cake

Image via Facebook

Bahan-bahan:

  • 1 buku butter
  • 1 1/4 cawan gula
  • 5 biji telur B
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan fresh milk1 sudu (k) vanilla essen

Cara-cara:

  • Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 170c.
  • Pukul mentega dan gula sampai putih dan fluffy. Masukkan telur satu persatu. Pukul hingga sebati kemudian masukkan esen. Masukkan tepung selang seli dgn susu
  • Kaup balik guna spatula.
  • Jangan kacau lama takut overmix, nanti kek tak menjadi moist malahan keras.
  • Kemudian masukkan dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dialas dengan baking paper.
  • Bakar suhu 170 selama 45 minit atau ikut kesesuaian oven masing2 dengan menggunakan api atas bawah.
  • Terbalikkan kek atas redai kek dan biarkan sekejap kemudian terbalikkan semula kepada kedudukan asal.

Siap!

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Moist Butter Cake, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Nur Aisyah Ibrahim

Nur Aisyah Ibrahim

Merupakan pelajar di UPM dan meminati bidang penulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.