Cream puff mulanya diperkenalkan pada tahun 1540 dimana ianya merupakan juadah yang dihidangkan kepada keluarga diraja Perancis. Ianya kemudian membuat debut dan diperkenalkan semua di British pada sekitar tahun 1880. Namun kini, cream puff boleh didapati di mana mana kedai pastri dan juga cafe. Sebenarnya, cream puff merupakan satu hidangan yang mudah untuk disediakan kerana bahan bahannya ringkas tetapi cara pembuatannya memerlukan skil dan latihan yang banyak.

Jangan risau, disini kami sertakan resepi yang mudah untuk anda gunakan dan sudah pasti menjanjikan hasil yang enak, lazat serta mudah untuk sesiapa sahaja mengikutinya. Resepi ini telah dikongsikan oleh Noraida Durani dan telah mendapat banyak perkongsian di laman Facebook.

Resepi Cream Puff

Cream Puff

Image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan bahan untuk membuat puff:

Bahan A:

  • 160 gram mentega
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 300 ml air
  • 160 gram tepung gandum

Bahan B:

  • 4 biji telur gred A

Bahan bahan untuk creamy custard:

Bahan A:

  • 2 biji telur (gred A)
  • 6 sudu besar gula
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 1/2 cawan susu segar/cair

Bahan B:

  • 1 cawan whipping cream (dipukul kental)

Cara – cara memasak:

Cara – cara memasak puff:

  1. Didihkan air, masukkan semua bahan kecuali tepung gandum, biarkan mentega, gula dan garam sampai cair.
  2. Masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati dan tutup api. Sejukkan adunan.
  3. Masukkan telur ke dalam adunan dan putar rata dan sebati (gunakan mixer).
  4. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
  5. Gunakan nozzle 854.
  6. Alas tray dengan baking paper.
  7. Paipkan adunan.
  8. Spraykan adunan yang dah dipaipkan tadi dengan air untuk membantu puff naik.
    Cream Puff

    Image via Facebook

    Nota: Jangan keluarkan puff sebelum puff betul betul masak kerana ianya akan turun dan penyek.

Cara – cara memasak creamy custard:

  1. Masakkan secara double boil.
  2. Campurkan semua bahan A ke dalam bekas yang diletakkan air yang telah menggelegak. Kacau sehingga pekat kemudian sejukkan.
  3. Pukul bahan B sehingga pekat dan mencecah tahap ‘stiff peak’.
  4. Campurkan dengan bahan A menggunakan teknik kaup balik.

Penyediaan sepenuhnya:

  1. Guntingkan puff dan paipkan inti kastad anda.
  2. Taburkan gula aising atau serbuk dekorasi sebagai hiasan.
  3. Siap dan boleh dihidangkan kepada keluarga anda.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selaun daripada resepi cream puff ini, terdapat pelbagai lagi resepi pencuci mulut yang anda sekeluarga boleh cuba. jangan lupa untuk menekan butang share dan kongsikan bersama rakan – rakan anda!

  1. Resepi Pavlova
  2. Resepi Biskut Cornflakes
  3. Resepi Kek Pandan Kukus

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.