Pudding Goyang merupakan hidangan pencuci mulut yang kini menjadi sangat popular. Teksturnya lembut dan cair di mulut. Ianya juga dipadankan dengan rasa karamel yang pahit manis, memberikan gabungan rasa yang amat lazat dan confirm tak cukup satu!

Tahukah anda, pudding goyang ini tidaklah sukar untuk dilakukan. Malahan, sesiapa juga boleh menyediakan pudding goyang ini. Bahan – bahannya juga mudah untuk didapati jadi tidaklah menjadi masalah untuk anda mencarinya di pasaraya!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Liana Norziatul dan telah mendapat banyak beratus shares di Facebook!

Resepi Pudding Goyang

puding goyang

image via WartaBatavia

Bahan – bahan:

Bahan blender:

  • 3 roti sosej (buang kerak-kerak warna coklat, ambil yang putih sahaja)
  • Susu pekat (suku tin, jika mahu manis boleh letak lebih)
  • Susu cair (setengah tin)
  • 2 biji telur gred A
  • Esen vanilla (satu penutup)
  • 2 cawan air

Bahan lain:

  • 5 sudu gula

Cara – cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan blend di dalam satu blender dan blend tetapi jangan sampai terlalu berbuih. Jika terlalu berbuih boleh kaup buang buih tersebut.
  2. Masak 5 sudu gula tadi di atas api perlahan untuk dijadikan karamel. Gaul sentiasa supaya tidak hangit dan pahit.
  3. Apabila sudah siap gula karamel. Letak nipis sahaja dalam setiap bekas.
  4. Tunggu sehingga gula tadi sejuk sedikit.
  5. Kemudian, letak bahan yang diblend tadi ke dalam setiap bekas dan kukus selama 25 minit.
  6. Untuk kuah ambil lebihan susu cair tadi. Tambahkan air panas tetapi jangan sehingga terlalu cair dan tambah satu penutup esen vanila.
  7. Siap dan boleh hidangkan sejuk-sejuk.

P/s: Resepi ini untuk tiga bekas sahaja.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.