Nak cuba resepi biskut arab?

Biskut arab termasuk biskut dengan penyediaan paling simple namun ia sedap dan meletop dalam mulut. Biskut ini sentiasa masuk dalam senarai biskut yang disediakan pada hari raya.

Namun tidak hanya hari raya hari-hari biasa juga sesuai untuk menyediakan biskut arab. Rasanya yang meletop membuat kanak-kanak sangat tertarik dengan biskut ini.

Resepi yang dikongsikan oleh Zalina Yahaya di Facebook ini boleh dapatkan 192 biji biskut arab. Kalau anda rasa terlalu banyak boleh buat setengah adunan sahaja. Resepi ini mendapat perkongsian dan like sangat ramai.

Untuk mendapatkan rasa biskut arab yang asli padu, gebu dan meletop, sila ikut resepi yang ditulis di bawah ini tanpa tertinggal satu kata pun serta bahan yang digunakan juga kena ikut. Kerana apabila anda tukar kepada bahan brand lain contoh guna buttercup, minyak sapi timbang atau apa sahaja terserah pada anda. Tapi rasa confirm tidak sama! Sila cuba.

Resepi Biskut Arab

biskut arab

Imej via Facebook

Bahan-bahan

Bahan A :

  • 380 gm minyak sapi QBB. *
  • 125 gm Planta.*
  • 70 gm gula aising/castor.*
  • 1150 gm tepung gandum .
    ( 1 kilo dan 150 gm. Biasa guna bluekey)

Cara Membuat :

1. Satukan semua bahan bertanda *, Kacau sebati. Kacau dengan senduk kayu saja. Tak payah guna mixer. Kita mahu kacau sampai sebati saja bukan sampai kembang gebu. Minyak sapi tak perlu dicairkan. Ceduk dari tin, terus guna.

2. Selepas sebati masukkan tepung sedikit-sedikit.

3. Lepas semua tepung dah masuk, buat bulat-bulat. Kalau mahu sama besar guna sudu sukat. Sukat dulu baru buat bulat-bulat. Guna sukatan 1/2 sudu besar.

4. Kemudian sudah siap bulat-bulat. Bakar pada suhu 160’C selama 30 minit. Tapi kena ikut oven masing-masing. Jangan garing sangat. Tengok bahagian bawah kalau sudah coklat sedikit boleh angkat.

5. Sejukkan dahulu baru golek atas gula castor atau gula aising.

biskut arab

Imej via Google

Tips Biskut Sedap :

Untuk rasa yang lebih asli dan cair di mulut. Sila jemur tepung anda di bawah panas matahari. Atau kalau malas (confirm hampa malas) masukkan dalam oven sekejap. Panaskan tepung pada suhu 160’C selama 10 minit. Lepas itu biar tepung sejuk dulu.

Resepi Menarik Lain

Terimakasih kerana mengunjungi laman web kami. Selain resepi biskut arab, kami juga menulis resepi lain yang menarik dan lengkap serta mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.