Ada yang rindu atau teringin untuk makan prosperity burger tetapi tidak tahu resepi prosperity burger yang viral kesedapannya? Resepi di bawah memang perlu anda cuba!

Jika disebut Prosperity Burger, pasti ramai yang terbayang McDonald. Mana tidaknya, keenakan Prosperity Burger di sini memang sukar digambarkan dan menjadi rebutan penggemar McDonald. Namun sayangnya, Prosperity Burger sangat terhad dan hanya muncul sekali setahun pada promosi tertentu.

Nak lebih puas, buatlah prosperity burger sendiri di rumah. Kelihatan rumit, namun tidaklah serumit yang anda bayangkan. Ikuti resepi yang dikongsikan oleh Zaleha Yusof di Facebook, pasti menjadi. Resepinya juga sangat mudah untuk diikuti. Jom senaraikan bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi daging

Bahan-bahan:

  • 300 gram daging kisar
  • Sebiji telor yang bersaiz c
  • 2 sudu besar breadcrumbs
  • Sedikit garam
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk perasa
  • 1 sudu besar sos bbq
  • 2-3 renjis kicap burger seasoning Maggie
  • ¾ biji bawang holand (dadu)
  • 1 sudu besar butter (untuk tumis bawang)

Cara-caranya:

1. Basuh dan tos daging kisar (tos atau tapis dengan lama).

2. Apabila air daging sudah kering, baru mula campur dan gaul bersama telor, breadcrumbs, garam, serbuk lada hitam, serbuk perasa, sos bbq dan seasoning Maggie.

3. Tumis dengan garing bawang holland yang telah didadu dalam butter yang cair. Tumis dengan api yang perlahan sampai bawang keperangan. Selepas itu, curah bawang dengan butternya sekali ke dalam adunan daging.

4. Gaul rata bahan tersebut lalu masukkan ke dalam peti ais sekejap untuk daging likat.

5. Kepal-kepal ikut bentuk daging prosperity kemudian grilled di atas pan yang sudah diletakkan butter cair. Grilled dengan api perlahan untuk masak sekata. Terbalikkan menggunakan sudip yang sesuai untuk elakkan patty kita pecah.

Resepi Sos Blackpaper

Bahan-bahannya:

  • Satu sudu besar lada hitam biji (ditumbuk atau dikisar kasar)
  • Bawang holand (dipotong dadu)
  • 3 sudu besar butter
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Air secukupnya
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Kicap manis
  • Sos blackpaper

Cara-caranya:

1. Cairkan butter kemudian masukkan tepung gandum. Gaulkan dengan pantas agar tidak berketul dan pastikan masak tepungnya.

2. Masukkan bawang holland yang telah dipotong dadu lalu goreng sebentar sehingga wangi dan masukkan lada hitam.

3. Masukkan air secukupnya. Agak-agak sahaja airnya dan jangan bagi cair sangat.

4. Masukkan sos tiram, sos lada hitam dan kicap manis. Didihkan sambil sentiasa dikacau.

5. Siap untuk dihidangkan.

Cara membuat prosperity burger:

1.Celupkan daging ke dalam kuah blackpaper.

2. Potong roti panjang dan letakkan daging yang telah dicelup pada roti tersebut.

3. Letakkan potongan atau hirisan bawang holland di atas daging.

4. Siap untuk dimakan.

Resepi Prosperity Burger di atas memang mudah untuk dibuat. Tengok sahaja pada gambar sudah membuatkan terliur untuk setiap mata yang memandangnya. Sudah cuba pasti anda ketagih untuk membuatnya lagi. Apa tunggu lagi? Jom cari bahan-bahannya.

Nak cuba lebih banyak resepi? Kami juga ada menulis pelbagai resepi menarik dan mudah untuk anda cuba. Antaranya adalah:

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.