Kuih Lapis merupakan makanan tradisional orang Melayu. Ianya amat lazat kerana kombinasi rasa lemak dan manis. Kuih Lapis boleh dijadikan hidangan minum petang, diminum bersama dengan teh, satu kombinasi yang amat menyelerakan.

Selalunya, kuih lapis dibeli di gerai diwaktu petang. Akan tetapi kini, anda boleh menyediakan Kuih Lapis hasil buatan air tangan anda! Kami telahpun sediakan resepi buat anda. Jadi apa lagi? Jom cuba!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Hannura Hairudin dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook!

Resepi Kuih Lapis

resepi-kuih-lapis

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 sudu teh garam
  • Pewarna

Cara – cara penyediaan:

  1. Masukkan bahan-bahan diatas ke dalam mangkuk dan godak sehingga sebati.
  2. Tapiskan dan bahagikan kepada 7 bahagian dan warnakan mengikut citarasa anda.
  3. Lapik loyang dengan plastik kemudian sapu minyak masak.
  4. Kukus setiap lapis 5 minit menggunakan api sederhana kuat.
  5. Lapisan yang terakhir kukus selama 15 minit.

P/s: Saya guna loyang 10″ bergantung pada sukatan cawan yang anda gunakan dan cawan yang saya gunakan 1 cawan = 400ml.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.