Terdapat pelbagai resepi sayur sawi yang dapat anda cuba. Sayur sawi merupakan salah satu sayur yang kaya dengan vitamin, serat dan mineral. Antara vitamin yang terdapat di dalam sayur sawi ialah vitamin K dan vitamin A. Vitamin A merupakan vitamin yang membantu mencegah penyakit nyanyuk, diabetes dan tulang rapuh, Manakala vitamin A adalah vitamin yang baik untuk kesihatan mata.

Sawi juga mempunyai pelbagai jenis dan rupa. Contohnya terdapat sawi putih, sawi hijau, sawi bunga dan baby sawi. Sawi juga mempunyai rasa yang manis dan patih bergantung kepada jenis dan bentuk sawi tersebut. Terdapat pelbagai resepi untuk memasak sawi yang sedap. Jom tengok resepi yang dikongsi di bawah.

Sawi Putih Tumis

Imej via [facebook]

Menu simple dan sedap dimakan bersama nasi. Mereka yang bujang pasti suka dengan resepi simple sayur sawi tumis ini. Menggunakan bahan asas dan mudah untuk dimasak. Jom tengok resepi sayur sawi yang dikongsi oleh Chef Renata Moeloek di laman facebook miliknya.

Bahan-bahan:

  • 1 ikat sawi putih besar (potong dan pisahkan bahagian batang dan daun sawi)
  • 2 biji telur
  • 2 biji cili merah besar (hiris)
  • 8 biji cili padi (hiris)

Bahan Rempah:

  • 4 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 sudu teh kicap masin
  • Gula
  • Garam
  • Lada putih
  • Kiub ayam

Cara Penyediaan:

1)Tumis bawang putih hingga garing. Letakkan ke dalam pinggan.

2)Masukkan telur, kacau dan tunggu hingga agak kering.

3)Masukkan sedikit air, kicap masin, gula, garam, lada putih dan kiub ayam. Kacau rata.

4)Masukkan batang sawi terlebih dahulu, masak sehingga lembut dan masukkan daun sawi. Kacau rata.

5)Masukkan ke dalam mangkuk dan siap!

Sayur Sawi Goreng Belacan

Imej via [facebook]

Siapa yang tidak tahu dengan sawi goreng belacan ini. Masakan sayur menggunakan belacan sangat terkenal dalam kalangan suri rumah. Bukan sahaja menaikkan selera makan, malah rasanya yang sedap menjadikan sajian ini cukup terkenal. Resepi sayur sawi kali ini dikongsi oleh page Resep makan dan minuman.

Bahan-bahan:

  • 1 ikat sawi (potong sederhana panjang)
  • 1 biji bawang merah (tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ketuk)
  • 3 biji cili lada
  • 1/2 inci belacan (dibakar
  • 2 biji cili merah (belah tengah, jangan putus)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit air masak
  • Garam
  • Gula
  • Ajinomoto (secukup rasa)
  • 1/2 sudu kecil sos tiram

Cara Penyediaan:

1)Tumbuk bawang merah, belacan dan cili lada.

2)Ketuk bawang putih.

3)Sediakan kuali dan panaskan minyak.

4)Tumis bahan yang telah ditumbuk, bawang putih dan sos tiram sehingga naik bau.

5)Masukkan batang sawi dan kacau sebati.

6)Setelah batang sawi mulai layu, masukkan daun sawi dan lada yang telah dibelah tadi.

7)Masukkan sedikit air dan kacaukan sehingga sebati.

8)Masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.

9)Kacau dan biarkan mereneh seketika dan angkat.

10)Hidangkan ke dalam mangkuk dan siap! Selamat mencuba!

Sawi Tumis Telur

Imej via [youtube]

Sama seperti nama yang diberikan, cara penyediaannya sangat mudah dan menggunakan bahan asas. Resepi sayur ini juga pastinya menjadi kesukaan anak-anak anda. Jom tengok resepi yang dikongsi oleh Dapur Kak Elita di laman facebook.

Bahan-bahan:

  • Sayur sawi
  • 1 biji bawang merah (potong halus)
  • 2 ulas bawang putih (potong halus)
  • 1 biji cili merah (potong halus)
  • 2 biji telur
  • Isi ayam
  • Air secukupnya
  • Garam
  • Minyak

Cara Penyediaan:

1)Sediakan kuali dan panaskan minyak.

2)Tumis bawang dan cili sehingga garing.

3)Masukkan isi ayam dan tumis sehingga isi ayam masak.

4)Masukkan air dan kacau sebati.

5)Masukkan telur dan kacau sehingga telur masak.

6)Perasakan dengan garam, gula dan ajinamoto. Kacau sehingga sebati.

7)Hidangkan ke dalam mangkuk dan siap.

Sawi Masak Lemak Putih

Imej via [facebook]

Masyarakat di Malaysia sememangnya terkenal dengan masakan yang menggunakan santan. Disebabkan itu, bukan sahaja nasi dan lauk yang menggunakan santan, malah sayur juga dimasak dengan menggunakan santan. Jom cuba resepi sawi masak lemak yang pastinya menaikkan selera makan anda. Resepi ini dikongsi oleh Sharif Apen di laman facebook.

Bahan-bahan:

  • 2 jambak sawi putih (leraikan dan potong)
  • Sedikit lobak (potong batang mancis)
  • Udang kering (tumbuk kasar)
  • 2 Bawang kecil (dihiris)
  • 1 biji bawang putih (dihiris)
  • 3 biji cili merah (hiris kasar)
  • 1 biji tauhu lembut
  • 100ml santan kotak (separuh dari kotak 250ml)
  • 250ml air-con campur dgn santan
  • Garam secukup rasa.

Cara Penyediaan:

1)Sediakan periuk dan masukkan santan.

2)Campurkan semua bahan dalam periuk kecuali daun sawi dan cili padi.

3)Masak dengan menggunakan api kecil. Kacau rata.

4)Bila santan mendidih, masukkan daun sawi dan kacau sehingga sawi layu.

5)Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburkan cili padi.

6)Sedia untuk dihidang.

Sawi Jepun Masak Sos Tiram

Imej via [facebook]

Sayur pada asasnya sememangnya memiliki banyak khasiat yang baik untuk badan. Bagi anda yang ingin mengekalkan diet sihat, masakan sawi jepun sos tiram ini pastinya dapat membantu anda. Resepi sihat ini dikongsi oleh IYda Yusof II di laman facebook miliknya.

Bahan-bahan:

  • Sos tiram 3 sudu
  • Air setengah cawan
  • Sawi 1 ikat
  • 1 sudu minyak masak
  • Garam
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • Bawang goreng (tabur)

Cara Penyediaan:

1)Sediakan sawi yang telah dibersihkan dan toskan.

2)Sediakan kuali dan rebus air sehingga mendidih. Rebus sawi yang telah dicampurkan dengan 1 sudu minyak.

3)Rebus sehingga sawi separuh layu dan toskan.

3)Sediakan kuali dan panaskan minyak.

4)Masukkan bawang putih yang telah dihiris dan kacau sehingga kekuningan.

5)Masukkan sos tiram 3 sudu dan kacau rata.

6)Masukkan air setengah cawan, kacau dan biarkan mendidih.

7)Masukkan sayur sawi ke dalam pinggan dan tuang kuah yang telah disiapkan ke atas sawi.

8)Taburkan bawang goreng ke atas sawi dan siap untuk dihidangkan!

Resepi Sawi Bunga Goreng Ikan Masin

Imej via [facebook]

Bagi peminat ikan masin, resepi kali ini pastinya menarik perhatian anda. Resepi yang sama untuk sayur goreng kailan ikan masin, sawi juga sesuai digoreng dengan menggunakan ikan masin sebagai pengganti garam. Jom tengok resepi yang dikongsi oleh Adnil Sam di laman facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 ketul ikan tenggiri jeruk (dalam botol)
  • Sayur sawi bunga kuning (1 pack/secekak)
  • 1/2 biji bawang besar holland (hiris)
  • 3 ulas bawang putih – diketuk
  • 5 biji cili padi -diketuk
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Secubit garam (bergantung ye, kalau dah masin tak perlu letak garam)
  • Ajinamoto

Cara Penyediaan:

1)Panaskan kuali dan masukkan minyak ikan tenggiri jeruk yang terdapat di dalam bekas (guna minyak masak yang baru pun boleh).

2)Goreng ikan tenggiri jeruk hingga garing dan pecah-pecahkan isi ikan.

3)Tumis bawang holland, cili padi dan bawang putih. Gorengkan sehingga naik bau dan garing.

4)Setelah garing, masukkan ikan jeruk yang digoreng tadi dan kacau rata.

5)Masukkan sos tiram dan aji namoto. Kacau rata.

6)Masukkan sayur kailan dan gorengkan sehingga sayur sedikit layu.

7)Masukkan garam sekiranya kurang masin.

8)Hidangkan sayur ke dalam mangkuk dan siap!

Masak Lemak Kuning Sawi

Imej via [fb.watch]

Sayur sawi, sedap dimasak tumis dengan udang atau masak lemak putih. Sayur masak lemak sememangnya memberikan vibes kampung yang mengubat rindu anda kepada masakan kampung. Rasa santan yang manis dan berlemak menjadi pelengkap sawi. Resepi masak lemak kuning sawi ini dikongsi oleh Mori Said Kitchen di laman facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 pek baby sawi atau sawi Hongkong
  • 2 ketul tauhu
  • 3 ulas bawang putih di hiris
  • 3 biji bawang kecil di hiris
  • 1/2 kiub ikan bilis
  • 1 sudu kecil udang kering
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Santan kotak kecil
  • Sedikit garam

Cara Penyediaan:

1)Basuh baby sawi sehingga bersih dan toskan.

20Sediakan tauhu 2 keping. Gaulkan dengan kunyit.

3)Sediakan kuali dan panaskan minyak. Goreng tauhu yang telah digaul dengan kunyit sehingga garing.

4)Potongkan tauhu kepada 4 bahagian.

5)Sediakan periuk dan masukkan air.

6)Masukkan bawang merah, bawang putih, 1 sudu kecil udang kering dan sedikit kunyit. Kacau rata.

7)Masukkan kiub ikan bilis, santan dan tauhu yang telah digoreng. Kacau sehingga rata.

8)Masukkan baby sawi dan masak sehingga sayur lembut.

9)Masukkan sedikit garam dan kacau rata.

10)Hidangkan ke dalam mangkuk dan siap! Selamat mencuba.

Sayur Sawi Udang

Imej via [facebook]

Sayur sawi sememangnya sedap dimasak bersama udang segar. Rasa sawi yang rangup digabungkan dengan rasa udang yang manis. Sememangnya menjadi pelengkap nasi anda. Jom tengok resepi ringkas yang dikongsi oleh Dapur Tiyah di laman facebook.

Bahan-bahan:

  • Minyak
  • Sayur sawi (dipotong)
  • Cili merah (dipotong)
  • Bawang merah (kisar)
  • Bawang putih (kisar)
  • Garam
  • Sos tiram
  • Udang (cuci bersih)
  • Air masak

Cara Penyediaan:

1)Sediakan kuali dan panaskan minyak.

2)Masukkan 1 sudu besar bawang merah dan 1 sudu besar bawang putih yang telah dikisar. Kacau sehingga rata dan berubah warna kekuningan.

3)Masukkan udang yang telah dibersihkan dan kacau sehingga udang berubah kekuningan.

4)Masukkan sos tiram dan kacau rata.

5)Masukkan sayur sawi dan cili merah yang telah dipotong ke dalam kuali. Kacau sehingga rata.

6)Masukkan sedikit air dan perasakan dengan garam.

7)Sekiranya sayur sawi terlalu kering, tambahkan air. Kacau rata.

8)Hidangkan sayur ke dalam mangkuk dan siap!

Sawi Hijau Goreng Kicap

Imej via [facebook]

Resepi sayur sawi kali ini menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan sangat mudah untuk disediakan. Menggunakan kicap sebagai pelengkap rasa, resepi ini sememangnya sesuai bagi mereka yang bujang. Jom tengok resepi yang dikongsi oleh page Resepi Orang Kampung di laman facebook.

Bahan-bahan:

  • Sawi hijau
  • Ikan bilis (goreng)
  • Kicap lemak manis
  • Bawang besar (hiris)
  • Bawang putih (hiris)
  • Lada merah (hiris)
  • Garam

Cara Penyediaan:

1)Sediakan kuali dan panaskan minyak.

2)Masukkan bahan-bahan yang telah dihiris dan tumis hingga layu.

3)Masukkan kicap dan tambahkan air sikit supaya berkuah. Kacau sebati.

4)Masukkan garam dan masukkan sawi serta ikan bilis. Kacau sehingga sawi layu dan tutup api.

5)Masukkan sayur ke dalam mangkuk dan siap!

Kasam Sawi Pahit Goreng

Imej via [facebook]

Resepi sawi kali ini sangat berbeza dengan resepi sayur sawi yang biasa dimasak. Resepi sawi ini merupakan salah satu masakan Sarawak. Jom tengok cara penyediaan sayur sawi kasam ini. Resepi ini dikongsi oleh Bob Kelanang di laman facebook miliknya.

Bahan-bahan sawi kasam:

  • 3 ikat sayur sawi pahit – (kalau dapat pilih batang & daun yg besar2)
  • 2 senduk gula pasir (senduk nasi)
  • 1 senduk garam
  • Air masak secukupnya

Cara Penyediaan:

1)Basuh sawi sehingga bersih, toskan atau boleh dijemur sebentar.

2)Larutkan gula dan garam di dalam air masak tadi.

3)Susunkan sawi dalam bekas besar. Tuangkan air masak yang dilarut dengan garam dan gula tadi, tuang hingga menutupi sawi.

4)Tutup dan biarkan pada suhu bilik untuk 3 hingga 5 hari. (setiap pagi balikkan sawi, jika berbau masam, alihkan ke dalam bekas yang sesuai bersama sedikit air rendaman dan simpan di dalam peti sejuk).

Resepi Kasam Sawi Goreng

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 6 biji bawang merah (hiris)
  • Cili besar secukupnya (hiris)
  • 2 biji bawang besar (potong kecil)
  • Ikan bilis/udang kering/udang basah
  • Sedikit jus limau atau cuka makanan
  • Sedikit garam/gula/aji* (pilihan)
  • Sebiji telur
  • Kasam sawi secukupnya (dipotong dan tidak perlu dibasuh)

Cara Penyediaan:

1)Sediakan kuali dan panaskan sedikit minyak.

2)Pecahkan telur dan kacau rata.

3)Masukkan ikan bilis dan goreng sehingga naik bau.

4)Tumis bawang putih dan merah sehingga wangi. Masukkan bawang besar dan cili hidup. Kacau rata.

5)Masukkan udang kering atau udang basah. Gaul rata.

6)Masukkan kasam sawi yang telah dipotong dan gaul rata.

7)Masuk garam, ajinamoto dan gula secukupnya. Perahkan jus limau dan kacau rata. Tutup api.

8)Masukkan sayur ke dalam pinggan dan siap untuk dihidang.

Selain resepi belacan yang dikongsi di atas, anda juga dijemput untuk membaca artikel resepi menarik kami yang lain. Jangan lupa untuk tinggalkan komen dan share. Selamat mencuba!

Penulis: kiraasla

Writing makes me happy!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.