Chicken chop merupakan makanan yang amat digemari oleh masyarakat kita tanpa mengira umur. Selalunya, chicken chop boleh terdapat di restoran – restoran dan ianya boleh jadi yang digril dan juga yang digoreng rangup.

Kali ini kami bawakan resepi chicken chop rangup yang buat anda makan tak ingat dunia! Rasanya rangup di luar dan juicy di dalam. Nyum! Pasti dapat membangkitkan selera yang merasainya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nanie Kamalsha dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Pasti lazat kan! Jom cuba.

Resepi Chicken Chop Rangup

resepi-chicken-chop

image via Facebook

Bahan – bahan:

Chicken chop:

  • Isi ayam (bahagian dada/peha)
  • Telur
  • Garam
  • Serbuk roti

Mashed potato:

  • 10 biji kentang
  • Susu segar (low milk/full cream)
  • Mentega
  • Gula
  • Garam

Sos blackpepper:

  • 1 biji bawang holland
  • Blackpepper (kasar)
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Kicap pekat
  • Tepung gandum

Cara – cara penyediaan:

Chicken chop:

  1. Potong isi ayam mengikut saiz yang anda kehendaki. Jika tebal potong nipis jika tidak ayam lambat masak.
  2. Pecahkan telur dan kacau asing bersama sedikit garam.
  3. Golekkan ayam rata di dalam telur yang telah dikacau.
  4. Kemudian, golekkan di dalam serbuk roti. Jangan terlalu tebal serbuk rotinya kerana nanti hasilnya menjadi keras dan muak nak makan.
  5. Akhir sekali, masukkan ke dalam minyak yang sudah panas dan goreng sehingga keperangan.

Mashed potato:

  1. Rebus kesemua kentang sehingga empuk.
  2. Keluarkan air dari periuk kemudian terus lecek.
  3. Sambil lecek letak mentega, gula dan garam. Pastikan buat ketika panas supaya rata.
  4. Lecek semua dan gaul, tuang susu segar. Jangan tuang terlalu banyak jika tidak ia akan menjadi lembik berair.
  5. Kacau rata dan siap.

Sos blackpepper:

  1. Potong dadu sebiji bawang holland.
  2. Panaskan mintak dan masukkan bawang holland.
  3. Masukkan blackpepper sebelum bawang menjadi layu. Blackpepper boleh letak mengikut kehendak anda.
  4. Kacau rata sehingga naik bau dalam seminit.
  5. Masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap pekat secukup rasa. Kacau rata.
  6. Masukkan tepung gandum. Kena buat cepat kerana tepung boleh menjadi berketul. Kacau guna whisk wire sambil tuang air. Air ikut banyak mana anda hendak buat sos dan tepung gandum pula mengikut kepekatan sos.
  7. Kacau sentiasa sehingga sos menjadi pekat, kemudian masukkan gula dan garam.
  8. Kacau sehingga mendidih.
  9. Siap.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.