Magnum, salah satu jenama aiskrim yang digemari ramai kerana rasanya yang amat manis dan lazat. Akan tetapi, sekiranya hendak dibeli banyak mahal juga. Lebih mudah sekiranya kita dapat membuatnya sendiri kan?

Jangan risau jangan gusar! Kali ini kami bawakan kepada anda resepi aiskrim magnum strawberry yang amat lazat. Ianya juga mudah untuk disediakan. Nak tahu bagaimana? Jom kita tengok!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Noor Farhana Ana dan telah mendapat banyak komen positif serta perkongsian di media sosial.

Resepi Aiskrim Magnum Strawberry

resepi-aiskrim-magnum-strawberry

image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A (Aiskrim Vanilla):

  • Susu cair 1 tin
  • Susu pekat 1/2 cawan
  • Ovalette 1 sudu
  • Esen vanilla
  • Tepung jagung 1 sudu

Bahan B (Topping):

  • Coklat masakan strawberry (double boil )

Cara – cara penyediaan:

  1. Blendkan semua bahan A.
  2. Kemudian, masukkan toping coklat strawberry dan ratakan.
  3. Kemudian, masukkan aiskrim vanilla.
  4. Akhir sekali, simpulkan dan masukkan ke dalam freezer.

P/s: Blendkan dahulu aiskrim vanilla kemudian baru double boilkan coklat masakan untuk mengelakkan dari coklat menjadi beku.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

 

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.