Oden, salah satu makanan segera yang amat digemari kita semua. Ianya tular dikalangan masyarakat kita dan jangan hairan, hidangan ini mampu mengenyangkan anda!

Cara pembuatan oden amatlah mudah. Kali ini kami bawakan resepi oden yang seakan – akan di Family Mart. Jadi, anda bolehlah sediakan sendiri oden dan hidangkan kepada keluarga! Jimat dan lebih terjamin kebersihannya.

Resepi ini dikongsikan oleh Azmiza Osman di laman Facebook milik beliau serta mendapat banyak perkongsian tau! Jom kita lihat!

Resepi Oden Style Family Mart

resepi-oden

image via Facebook

Bahan – bahan:

resepi-oden-bahan

image via Facebook

  • 1 paket perencah Tomyam Kung Adabi
  • 1 paket perencah Tomyam Biasa Adabi
  • 2 paket perencah Asam Pedas Adabi (nak bagi kuah pekat sikit)
  • 1 kiub pati ayam
  • Bahan oden (guna steamboat choice)
  • Sosej
  • Steamboat fish bean curd
  • Udang (terpulang)
  • Sayur brokoli & cendawan enoki
  • Garam (terpulang)
  • Limau nipis (terpulang)

Cara – cara penyediaan:

  1. Didihkan air dalam periuk.
  2. Masukkan kedua-dua perencah tomyam, asam pedas & kiub pati ayam tomyam ke dalam air mendidih.
  3. Boleh perasakan dengan garam dan perah limau nipis jika tak cukup rasa.
  4. Masukkan bahan-bahan steamboat yg telah dicucuk, udang dan sayur ke dalam kuah sehingga masak.
  5. Sedap dan boleh dihidangkan terus.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.