Banyak jenis cucur. Ada cucur manis, cucur ikan, cucur sayur, dan lain-lain. Hari ini pula kami akan berkongsi resepi cucur jagung. Pernahkan anda membuat cucur jagung?

Sesuai namanya cucur jagung, maka anda harus menyediakan jagung sebagai bahan asasnya. Anda boleh menggunakan jagung tin. Di mana jagung ini akan di gaul bersama adunan tepung. Lagi banyak letak jagung lagi sedap rasanya.

Menyediakan cucur jagung sangat mudah. Tidak memakan masa dan cepat siap. Dengan mengikuti resepi cucur jagung yang dikongsikan oleh Cik Puan Anith Syazana‎ di Facebook, anda boleh dapatkan cucur jagung yang sedap tak terkata.

Kanak-kanak konfirm akan suka cucur jagung ini. Rasanya tidak pedas dan cucur jagung ini crunchy diluar tapi lembut di dalam. Sila cuba resepi ini.

Resepi Cucur Jagung

cucur jagung

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung beras (cap 3 gajah)
  • 2 cawan terpung gandum (cap Faizah)
  • 3 cawan air panas menggelegak
  • 1 tin jagung dalam tin (bukan yang jenis cream jangan salah beli)
  • 1 sk baking soda
  • 4 sb gula
  • Secubit garam
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat :

1. Satukan semua bahan kering (tepung gandum, tepung beras, baking soda, gula dan garam).

2. Masukkan jagung dalam tin (jagung sahaja, air buang) dan kacau rata. Kalau letak lebih jagung lagi sedap.

3. Masukkan air panas dan gaul hingga rata. Masuk air panas sedikit demi sedikit. Boleh dikurangkan kalau nampak adunan lembik. Agak-agak boleh di uli bulat kira ok.

cucur jagung

Imej via Facebook

3. Ambil minyak masak dan sapukan pada tangan. Scope sebesar mana yang anda suka dan bulatkan menggunakan tangan. Goreng dengan api sederhana.

4. Siap

cucur jagung

Imej via Facebook

Selamat mencuba.

Note :

  • Sila guna cawan yang sama untuk sukatan.
  • Minyak mesti betul-betul panas.
  • Pastikan semua doh tenggelam dalam minyak bila menggoreng (jangan kedekut minyak)

Resepi Menarik Lain

Selain resepi cucur jagung, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar di salah satu universiti di Malaysia. Tinggal di Sungai Buloh.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.