Mee Goreng Daging merupakan juadah kegemaran rakyat Malaysia untuk makan pagi, ataupun makan malam. Tidak mengira umur, semua lapisan masyarakat Malaysia amat sukakan mee goreng daging. Sekiranya anda ingin mencari resepi untuk menyediakan juadah, resepi ini khas buat anda.

Resepi Mee Goreng Daging ini juga amat sesuai bagi yang amatur kerana cara pembuatannya amat mudah. Jadi, buat anda yang baru berjinak – jinak dalam dunia masakan, marilah mencuba resepi ini.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Ben Safwan di laman Facebook milik beliau dan mendapat banyak likes serta perkongsian! Pasti sedap!

Resepi Mee Goreng Daging

Resepi Mee Goreng Daging

image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan Kisar:

  • 1 1/2 sudu makan cili kisar
  • 1 1/2  biji bawang merah saiz bola pingpong *
  • 2 ulas bawang putih saiz kecil *

Bahan Lain:

  • 450-500 mee kuning ( tos bersih dulu buang bau kapur )
  • 200-300 gram daging
  • 1 1/2 sudu makan sos tomato
  • 2 1/2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan kicap pekat

P/s: Bahan di atas yang bertanda * dikisar 90% halus.

Cara penyediaannya:

  1. Sayur pilihan sama ada sawi, taugeh,kucai.
  2. Hirisan daun bawang,hirisan cili merah,bawang goreng,limau nipis.
  3. Tumis bahan kisar biar kuning masak elok, baru tambah cili kisar. Masak hingga pecah minyak. Tambahkan daging. Masak je daging dan masukkan sos-sos yang diperlukan.
  4. Masukkan udang dan tomato. Akhir sekali, masuk mee, sayur dan balik-balikkan hingga mee terpalit elok.
  5. Tabur daun bawang/sup, bawang goreng, cili.
  6. Siap.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .