Oreo Cheesecake Blueberry Topping, sebuah hidangan pencuci mulur yang pastinya memberikan variasi rasa dalam satu masa. Anda akan dapat merasai rasa lemak daripada keju, manis daripada biskut Oreo serta rasa blueberry yang masam manis.

Cara membuat pencuci mulut ini tidaklah sukar seperti yang disangkakan. Ikut sahaja langkah yang diberi, pasti anda dapat menghasilkan sebuah kek yang amat lazat dan disukai ramai.

Resepi ini dikongsikan oleh Noj Nojj dan telah mendapat banyak perkongsian serta komen positif di media sosial. Let’s check it out!

Resepi Oreo Cheesecake Blueberry Topping

Resepi Oreo Cheesecake Blueberry Topping

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 500 gram cream cheese
  •  130 gram gula icing
  •  150 ml whipping cream
  •  2 biji telur
  •  1 sudu kecil esen vanila
  •  2 pack oreo (buang krim, kisar halus)
  •  1 sudu besar majerin/butter

Cara penyediaannya:

  1. Gaul rata oreo dan mejerin. Tekankan dalam loyang. Bakar pada suhu 160C selama lebih kurang 8 minit. Kemudian, sejukkan.
  2. Mix cream cheese (suhu bilik) bersama gula icing sehingga sebati.
  3. Masukkan telur satu per satu dan masukkan esen vanilla.
  4. Kemudian, masukkan whipping cream. Mix sekejap sahaja jangan terlalu lama.
  5. Tuang adunan dalam loyang yang ada biskut oreo tadi.
  6. Bakar pada suhu 150C menggunakan api bawah sahaja secara waterbath selama 40 minit.
  7. Selepas sudah siap bakar, renggangkan sedikit pintu oven dan biarkan kek sejuk sedikit di dalam oven.
  8. Seterusnya, keluarkan kek dari oven. Keluarkan dari waterbath dan biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti.
  9. Siap dan boleh letakkan topping yang anda suka.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.