Langkau ke kandungan
Saji.my
Menu

Resepi Murtabak Daging Cheese (Kombinasi Menarik!)

Resepi ini merupakan salah satu resepi yang amat popular terutamanya ketika bulan Ramadan. Murtabak merupakan satu lagi menu yang sangat wajib dihidang…

Dikemas kini 30 Mei 2020oleh Nur Dini Abd Aziz
Murtabak Daging Cheese yang telah siap dimasak di atas pinggan.

Resepi ini merupakan salah satu resepi yang amat popular terutamanya ketika bulan Ramadan. Murtabak merupakan satu lagi menu yang sangat wajib dihidang untuk jamuan berbuka puasa. Lazimnya iya banyak ditemui di bazar Ramadan. Ianya juga boleh didapati di pasar malam ataupun di pesta makanan. Rasanya lazat kerana mempunyai rasa pedas dan manis daripada kentang dan daging. Digabungkan pula bersama kari ataupun sirap bawang, pastinya ia menjadi lebih lazat.

Kali ini, kami bawakan resepi inovasi ini khas buat anda. Murtabak kali ini ditambahkan dengan cheese, kombinasi yang amat terbaik! Jadi, anda boleh menyediakan resepi ini sendiri menggunakan air tangan anda. Rasanya pastilah lebih lazat dan lebih terjamin kebersihannya.

Anda juga boleh buat dalam kuantiti yang banyak dengan kos yang lebih murah. Resepi ini telah mendapat banyak share dan like di Facebook itu sudah tentu rasanya sedap dan bolehlah anda cuba sendiri untuk hidangan keluarga anda.

Resepi ini dikongsikan oleh Nor Azliza Mohamed di Facebook beliau, Mari kita lihat resepi ini!

Resepi Murtabak Daging Cheese

Murtabak daging cheese yang telah siap dimasak

image via Facebook

Bahan - bahan:

  • Kulit popia secukupnya
  • Kepingan keju secukupnya
  • 2-3 biji telur

Bahan inti:

  • 1/2 kg daging kisar
  • 3-4 biji bawang holland (potong dadu)
  • 6-7 ulas bawang putih (cincang)
  • 2 sb rempah kari daging
  • 2 biji potato (potong dadu dan goreng)
  • 1/2 inci halia (mayang)
  • 2 kiub pati ayam / daging
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Black pepper / white pepper
  • Minyak masak secukupnya

Cara - cara memasak:

Cara memasak inti:

  1. Sangai daging sehingga kering airnya.
  2. Masukkan halia.
  3. Masukkan sedikit minyak, bawang putih, 1/3 bawang holland tadi dan rempah kari. Jika terlalu kering, masukkan sedikit minyak.
  4. masukkan secawan air supaya bahan-bahan basah dan menggelegak.
  5. Apabila air kering, masukkan 1/3 lagi bawang holland.
  6. Perasakan dengan garam, gula, black pepper dan white pepper.
  7. Masukkan kentang yang telah digoreng dan dilecek halus.
  8. Gaul kesemuanya sehingga sebati.
  9. Masukkan air sehingga sebati elok dan gaul mesra.
  10. Masak dan kacau sehingga air kering dalam 45 untuk pastikan daging betul-betul masak..
  11. Campurkan telur dan bawang holland dan ambil sedikit-sedikit campuran daging tadi, kacau-kacau dan cedukkan dalam satu sudu besar penuh, letakkan atas kulit popia yang sudah siap dialas cheese.
  12. Masak sehingga kulit popia kekuningan.
  13. Siap.

Proses menggoreng murtabak daging cheese di dalam kuali

image via Facebook

Resepi - resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!