Daging dan rakyat Melayu berpisah tiada. Di semua kedai makan mesti menyajikan masakan daging. Ada daging bakar, daging tumis, daging kari dan lain-lain. Daging menjadi favorit kerana ia cukup mengenyangkan dan dapat dimakan bersanding dengan apa jua.
Daging boleh dimakan bersama nasi putih, nasi minyak, nasi beriyani, bahkan dengan roti sekalipun. Daging pula paling banyak dicari untuk jadi menu utama di majlis-majlis kenduri kerana ia sejenis makanan istimewa yang tentu akan dihidang untuk majlis istimewa juga.
Masakan daging di restoran juga terkenal mahal, lebih baik bikin sendiri di rumah. Anda boleh adjust rasa, boleh buat resepi apa pun sesuai kreativity anda. Juga sangat berbaloi tentunya untuk keluarga anda.
Resepi-resepi yang kami kongsikan di bawah ini ialah resepi daging yang paling banyak dicari dan mendapat perkongsian yang sangat ramai. Anda patut cuba resepi-resepi ini. Tanpa buang masa, sila tengok resepi-resepi menarik yang kami sediakan untuk anda.
Teringin makan daging paprik ala restoran Thai? Sudah tak perlu pergi kedai. Anda boleh ciptakan sendiri daging paprik ala kedai Thai di rumah anda. Kami hadirkan ke hadapan anda resepi daging paprik daripada Murni Rahmat yang dikongsikan di Facebook seperti di bawah ini.
Bahan-bahan :
Setengah kilo daging-kalau liat rebus dulu
Sebiji bawang Holland-potong dadu
Sebiji bawang besar-dikisar
3 ulas bawang putih-dikisar
Cili kisar 1sudu
3 batang serai-potong kasar
Seinci halia
3 helai daun limau purut
Sedikit sos cili dan sos tomato
kicap manis
Kiub ayam/cukup rasa/perasa
Cara Menyediakan :
Tumis bahan yang dikisar sampai naik bau dan pecah minyak.
Masukkan serai, halia dan daun limau purut.
Masukkan daging dan tunggu sampai empuk.
Tambah sos cili, sos tomato dan kicap manis.
Reneh sekejap hingga semua bahan mesra.
Akhir sekali masukkan bawang holland, tomato dan daun saderi.
Daging pesamah sekilas macam kari, tapi bukan kari. Rasanya manis dan sedikit masam. Anda penasaran? Jom tengok resepi daging pesamah ala rumah kenduri yang dikongsikan oleh Mohd Nirmi di Facebook.
Bahan-bahan :
Daging 1 kg
Rempah daging 4 sudu besar
Rempah kurma 4 sudu besar
Santan 1 cawan
Kerisik 3 sb
Bawang Besar 1 biji
Halia 2cm
Buah Keras 2 biji
Gula merah 1 sudu besar
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
Mula-mula perapkan daging dengan rempah daging dan kurma selama 1 jam (kalau nak masak terus pun boleh).
Mesin bawang, halia, buah keras sekali.
Selepas perap daging 1 jam boleh letakkan atas api.
Masukan bahan yang dimesin tadi.
Kemudian letak santan dan kerisik.
Masak sehingga daging betul empuk.
Jangan lupa taruh minyak sedikit sebelum nak masak.
Apabila daging sudah empuk rempah ratus pun nampak sebati masukkan gula merah dan garam secukup rasa.
Kalau rempah nampak kering boleh tambah air sedikit.
Rendang bukan hanya makanan legend yang hanya boleh didapat pada masa raya, rendang pula boleh dimakan bila-bila. Ada dua versi masak rendang samada nak tumis atau tanpa tumis. Jom tengok resepi rendang tanpa tumis yang dikongsikan oleh Norsiah Zakaria di Facebook seperti tampak di bawah ini.
Bahan-bahan :
2 kg daging
6 biji bawang sederhana besar
8 ulas bawang putih
Sebesar 2 jari halia
Sebesar 2 jari kunyit hidup
Sedikit lengkuas
6 batang serai
Cili kering blend lebih kurang 2 senduk
Santan kotak 500 ml
Kerisik
Cara Memasak :
Blend bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai, kunyit hidup dan serai.
Masukkan dalam kuali bersama dengan cili kering blend.
Kemudian masukkan daging.
Kacau supaya bahan blend semua rata dengan daging.
Masukkan santan. Kacau lagi.
Masak rendang daging jangan guna api kuat, sederhana saja.
Bila sudah hampir nak kering masukkan kerisik dan daun kunyit hiris, daun limau purut, asam keping.
Jangn lupa garam, serbuk perasa dan sedikit gula. Boleh guna gula melaka dan sedikit gula pasir.
Teringin pula masak daging dendeng resepi Padang. Memang sedap sangat lauk ini. Krup krap garing dagingnya. Kena pula gaul dengan sambal kering. Orang Padang panggil ‘dendeng batokok’. Anda yang tengah mengidam dendeng mari tengok resepinya yang dikongsikan oleh Mazliza Ahmad di Facebook. Selamat menggamit selera.
Bahan-bahan :
*1/2 kg daging batang pinang (potong besar sebab nak rebus)
*1 camca makan ketumbar
*1/2 camca makan jintan manis
*1/2 camca makan jintan putih
*4 ulas bawang putih (ketuk dan cincang)
Cara Memasak :
Semua bahan bertanda * direbus bersama hingga daging empuk.
Selepas daging empuk, keluarkan dagingnya hiris nipis dan tumbuk pecah-pecah (jangan pulak sampai hancur lebur).
Panaskan minyak dan goreng daging hingga garing.
Bahan sambal :
3 biji lada masak
15 tangkai cili api
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
(Blend pecah-pecah semua bahan ini)
1 biji tomato hiris nipis
Garam dan perasa
Cara Memasak :
Tumis bahan blend sampai garing.
Masukkan garam dan perasa.
Masukkn tomato hiris dan masak hingga tomato sebati dengan sambal.
Resepi daging lada hitam yang dikongsikan oleh Mazliza Ahmad di Facebook ini sangat disukai ramai dan telah mendapat perkongsian sebanyak 6K. Sila cuba resepi ini dan hidangkan daging lada hitam terbaik anda.
Bahan-bahan :
1/2 kg daging (potong nipis dan basuh).
2-3 biji kentang (potong ikut suka).
*1 biji bawang besar.
*4 ulas bawang putih.
*1 inci halia.
*2 sudu makan lada hitam.
3 sudu makan sos tiram.
3 sudu makan cili sos
Kicap lemak manis (tuang ikut hitam mana yang kita suka).
Garam dan perasa.
1 sudu makan gula.
Cili masak/cili hijau, belah.
Cilipadi, 5-6 tangkai.
1 biji bawang besar, hiris bulat.
Cara Membuat :
Blend bahan bertanda*.
Masukkan bahan blend dalam daging.
Masukkan cili sos, sos tiram dan kicap.
Gaul rata daging dan bahan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis daging tadi.
Masukkan kentang.
Masukkan garam, perasa dan gula.
Masak hingga daging dan kentang empuk dan agak pekat (kalau daging belum empuk boleh tambahkan air).
Akhir sekali, Masukkan cili padi, cili belah dan bawang hiris.
Resepi-resepi di atas sangat sedap dan menarik kan? Selamat mencuba. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.