Bergema takbir menandakan Hari Raya Aidil Adha, dan sudah semestinya ramai diantara kita yang membuat Korban. Ramai juga diantara kita yang mendapat daging korban. Alhamdulillah untuk segala nikmat. Pada hari raya yang mulia ini, sudah menjadi tradisi orang Melayu untuk membuat rendang daging. Memandangkan hari raya ini sudah pastinya menjadi hari dimana kita sekeluarga kumpul beramai – ramai, mestilah kita akan menghidangkan juadah yang lazat untuk kaum kerabat kita bukan?

Disini kami sediakan resepi rendang daging khas untuk Aidil Adha yang mulia ini. Resepi ini amat mudah untuk diikuti dan sekiranya anda masih lagi mahu belajar memasak, anda juga boleh mengujakan mak mertua anda dengan juadah yang anda masak ini.

Tanpa membuang masa lagi, jom kita tengok resepi rendang daging ini. Resepi ini dikongsikan oleh Norsiah Zakaria dan telah mendapat perkongsian sebanyak lebih daripada 1 ribu!

Resepi Rendang Daging

rendang daging

image via Facebook

Bahan – bahan:

• 2 kg daging
• 6 biji bawang sederhana besar
• 8 ulas bawang putih
• Sebesar 2 jari halia
• Sebesar 2 jari kunyit hidup
• Sedikit lengkuas
• 6 batang serai
• Cili kering yang telah dikisar lebih kurang 2 senduk
• Santan kotak 500ml
• Kerisik

Cara – cara memasak:

1. Bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan kunyit hidup dikisar.
2. Kemudian, masukkan dalam kuali bersama dengan cili kering yang juga telah dikisar terlebih dahulu.
3. Seterusnya, masukkan daging. Kacau supaya bahan yang telah dikisar telah rata bersama dengan daging.
4. Masukkan santan dan teruskan untuk kacau. (Nota: Apabila masak rendang, api hendaklah sederhana dan jangan kuat.)
5. Apabila sudah hampir hendak kering, masukkan kerisik dan daun kunyit yang telah dihiris, bersama dengan daun limau purut dan asam keping.
6. Akhir sekali, jangan lupa masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula mengikut citarasa anda. Kalau guna resepi Opah, Opah gunakan gula melaka dan sedikit gula pasir.
7. Siap!

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Selain daripada resepi rendang daging ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi – resepi ini juga ya!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.