Adakah anda mencari resepi menggunakan roti yang senang untuk dibuat?

Pada hujung minggu, kebanyakan bahan masakan sudah habis di pasar raya. Yang tinggal hanya roti dan beberapa barangan lain sahaja. Macam mana ni?

Jangan panik, kerana ada banyak hidangan yang menggunakan roti sebagai bahan utamanya. Berikut kami senaraikan resepi menggunakan roti buat anda.

#1 Puding Roti Kukus dan Sos Kastard

resepi roti

Imej via Facebook

Tak sahlah senarai ini jika kami tak masukkan puding roti sos kastard. Puding roti yang lembut serta sos yang manis memang boleh memikat hati sesiapa sahaja! Resepi ini dikongsikan oleh Nurul Shafira di laman Facebook.

Bahan-bahan puding roti:

  • 10 keping roti (dipotong empat segi )
  • 1 tin susu cair
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 5 sudu besar gula
  • Buah campur kering (direndam bersama air panas) (optional)

Bahan-bahan sos kastard:

  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 4 1/2 sudu besar gula

Cara-cara:

  1. Untuk bahan puding roti, kisarkan semua bahan kecuali roti.
  2. Sapu mentega pada loyang dan pada setiap kepingan roti.
  3. Susunkan roti di dalam loyang dan curahkan bahan kisar tadi. Tekan roti supaya bahan kisar meresap.
  4. Taburkan buah kering dan kukus selama 20 minit.
  5.  Untuk sos kastard, campur tepung kastard bersama air dan kacau rata.
  6. Campurkan semua bahan sos dan masak atas api perlahan.
  7.  Kacau sehingga mendapat tekstur sos yang pekat.

#2 Roti Inti Coklat dan Peanut

resepi menggunakan roti

Imej via Facebook

Mungkin anda jarang mendengar namanya, namun tidak salah untuk mencuba. Hidangan ini sangat sesuai dinikmati semasa makan petang atau disediakan semasa jamuan. Resepi ini dikongsikan oleh Zuria Kamarazaman di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Roti
  • Minyak
  • Inti – Bar coklat / peanut butter
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Letakkan inti pada roti dan bahagikan kepada empat penjuru. Untuk acuan besar, boleh letak inti di tengah-tengah roti.
  2. Ambil sekeping lagi roti, letak di atas roti yang dah diletakkan inti tadi.
  3. Anggarkan tempat untuk menekap roti. Untuk acuan kecil, tekap tengah pada setiap empat bahagian. Untuk acuan besar, tekap betul-betul di tengah roti.
  4. Tekan dengan kuat supaya roti tercantum atas dan bawah.
  5. Jika roti terbuka, sapukan sedikit air pada bahagian tepi roti untuk melekatkan roti.
  6. Goreng menggunakan minyak yang panas. Goreng sekitar 7-8 saat pada setiap belah.
  7. Setelah roti bertukar perang, ianya sedia untuk dihidangkan.

#3 Wanpaku Sandwich

resepi menggunakan roti

Imej via Facebook

Wanpaku Sandwich merupakan sandwich Jepun yang viral sejak akhir-akhir ini. Resepinya juga mudah, jadi anda wajib cuba sendiri. Resepi ini dikongsikan oleh Nurasykin Ali di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Roti
  • Mayonis
  • Dressing Roasted Sesame
  • Tuna
  • Kepingan keju
  • Roti
  • Tomato ceri
  • Telur puyuh
  • Salad
  • Lobak
  • Mentega / marjerin

Cara-cara:

  1. Sapukan roti dengan mentega /  marjerin.
  2. Bancuh tuna bersama Dressing Roasted Sesame.
  3. Letakkan sekeping keju di atas roti, diikuti dengan salad dan tuna.
  4. Susun telur puyuh, tomato dan lobak di atas roti.
  5. Tutup dengan sekeping lagi roti.
  6. Sapukan mentega pada roti tadi.
  7. Ulang langkah 1-6.
  8. Setelah itu, belah sandwich di bahagian tengah (menjadi dua bahagian).
  9. Sedia untuk dihidang.

#4 Tuna Mini Quiche

mini quiche

Imej via Facebook

Quiche merupakan tart Perancis yang lembut di dalam dan rangup di luar. Anda boleh menyediakannya dengan menggunakan roti sahaja, tak perlu tepung! Resepi ini dikongsikan oleh Liza Hafeeza Haris di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 12 keping roti gardenia (dilenyek dan dipotong bulat)
  • 1 tin tuna cili pedas
  • 1 cawan keju Cheddar parut
  • marjerin
  • 5 biji telur
  • 1½ cawan susu segar @ susu cair
  • Sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara:

  1. Campurkan telur, susu segar / susu cair dan serbuk lada hitam. Kacau rata dan ketepikan.
  2. Sapu marjerin pada pan muffin.
  3. Tekan roti yang dilenyek tadi dan masukkan dalam bekas muffin.
  4. Letakkan keju dan tuna pada roti.
  5. Tuangkan bahan pada langkah (1) di atas roti.
  6. Letakkan keju Cheddar lagi dan taburkan serbuk oregano di atasnya.
  7. Bakar pada suhu 180°C selama 25 minit.

#5 Bengkang Roti

Imej via Facebook

Kuih Bengkang merupakan antara kuih tradisiona; kegemaran ramai. Fakta menarik – anda boleh membuatnya menggunakan roti sahaja! Resepi ini dikongsikan oleh Nis Hanis di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Sebungkus roti
  • Biskut 4 segi
  • 1 biji telur ayam (dipukul)
  • Susu tepung / ½ kotak kecil susu krim penuh
  • Sedikit santan
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Rendam roti dan biskut. Setelah kembang, toskan dan simpan air rendaman roti.
  2. Mula lenyek roti tadi. Terpulang atas masing2 nak tesktur kasar atau halus.
  3. Boleh masukkan telur ayam tadi.
  4. Masukkan susu dan santan. Kalau tekstur agak kering, boleh masukkan air rendaman roti tadi. Pastikan air tidak terlalu banyak.
  5.  Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Sapukan majerin/mentega pada loyang. Pastikan tak terlalu banyak bagi mengelakkan berminyak.
  7. Bakar 180°C selama 30-40minit.
  8. Cucuk dengan lidi untuk mengetahui jika bengkang sudah masak. Tekstur bengkak tidak akan melekat pada lidi jika ia sudah masak.

#6 Puding Roti Karamel

puding roti

Imej via Facebook

Puding roti karamel – satu nama hidangan yang pasti boleh buat sesiapa sahaja terliur bila terdengar namanya. Ianya juga mudah untuk dibuat. Resepi ini dikongsi oleh Fadilah Wahida di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 6 sudu gula (masuk dlm kuali masak smpai gula hancur n jd perang…guna api slow…pastu tuang dalam loyang

Puding :

  • 5 keping roti (carik2 kan)
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 ½ cawan susu cair
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
    (Kisar semua bahan puding)

Cara-cara:

  1. Untuk karamel, masukkan gula dalam kuali dan masak menggunakan api perlahan hingga gula hancur dan bertukar perang.
  2. Tuang karamel dalam loyang.
  3. Tuangkan bahan puding yang dikisar ke dalam loyang berisi karamel tadi.
  4. Kukus selama 20 minit.
  5. Setelah masak, terbalikkan di atas pinggan dan masukkan ke dalam peti sejuk.
  6. Setelah sejuk, potong dan sedia untuk dihidang.

#6 Lasagna Daging

resepi menggunakan roti

Imej via Facebook

Lasagna merupakan pasta Itali yang sangat terkenal. Ianya didatangkan dalam kepingan lasagna, namun anda juga boleh menggantikannya dengan roti. Resepi ini dikongsikan oleh Azlina Soid di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan inti:

  • 1 paket daging kisar (1paket)
  • 1 tin sos pasta
  • 1 biji bawang besar dicincang
  • 5 ulas bawang putih dicincang
  • Serbuk lada hitam
  • Garam

Bahan sos putih:

  • 5 sudu besar mentega
  • 3 sudu tepung gandum
  • 500 ml susu segar
  • 2 keping keju

Cara-cara:

  1. Untuk bahan inti, tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau.
  2. Masukkan daging kisar dan masak hingga empuk.
  3. Masukkan sos pasta.
  4. Perasakan dengan garam & serbuk lada hitam.
  5. Siap dan ketepikan.
  6. Untuk sos putih, cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.
  7. Menggunakan api perlahan, sentiasa kacau dan pastikan tidak berketul.
  8. Masukkan susu & keju, Kacau sebati hingga keju cair dan sos menjadi pekat.
  9. Ketepikan sos putih.
  10. Gelek roti hingga nipis. Celup dengan susu dan susun dalam loyang.
  11. Susun selang seli – lasagna, inti diikuti dengan sos putih.
  12. Buat berlapis dan pastikan lapisan atas sekali ialah  sos putih.
  13. Tabur dengan keju pilihan di atas sos putih.
  14.  Bakar pada suhu 150°C selama 30-40 minit, atau sehingga bahagian atas bertukar perang.

#7 Pizza Roti

resepi menggunakan roti

Imej via Facebook

Mahu membuat piza menggunakan resepi ringkas? Cubalah roti piza yang menggunakan roti sebagai bahan utamanya. Resepi ini dikongsikan oleh Butik Schanteq di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Roti
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Sosej
  • Keju Mozarella
  • Sayur campur

Cara-cara:

  1. Susun roti di atas loyang.
  2. Sapukan sos tomato dan sos cili pada roti.
  3. Letakkan sayur campur, sosej dan diikuti dengan keju pada roti.
  4. Sapukan mayonis pada roti.
  5. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 150°C selama 20 minit.

#8 Puding Roti Marble

Selalunya kita lihat kek marble sahaja, kali ini anda boleh cuba puding roti marble. Resepi ini dikongsikan oleh Nor Azian Iskandar di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 4 keping roti
  • ½ cawan gula pasir
  •  3 cawan air
  •  2 biji telur
  •  10 g serbuk agar agar
  • ½ tin susu pekat manis
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila
  •  2 sudu besar marjerin
  •  2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara:

  1. Masak serbuk agar agar dan gula dengan 2 cawan air.
  2. Kisar 1 cawan air bersama telur, susu pekat manis, susu cair, roti & esen vanila.
  3. Masukkan bahan kisar ke dalam air yang dimasak bersama gula dan serbuk agar agar tadi.
  4. Kacau sehingga tekstur menjadi pekat. Kemudian, masukkan marjerin.
  5.  Setelah masak, bahagikan kepada 2 bahagian.
  6. Masukkan adunan selang seli, sesenduk demi sesenduk.
  7. Simpan dalam peti sejuk.

#9 Biskut Kering

resepi menggunakan roti

Imej via Facebook

Tahukah anda yang ada sesetengah orang di negeri Utara memanggil biskut sebagai roti? Namun, tidak mustahil untuk kita membuat roti menjadi biskut kerana ada resepinya. Resepi ini dikongsikan oleh Raja Ema di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Roti (kuantiti terpulang)
  • Marjerin/planta
  • Gula

Cara-cara:

  1. Potong roti kepada empat.
  2. Cairkan marjerin/planta dan sapukan pada roti tadi.
  3. Taburkan gula di atas roti.
  4. Susun roti rapat-rapat di atas loyang.
  5. Menggunakan api atas bawah, bakar pada suhu 180°C selama ±20 minit. Bakar lebih lama jika mahu lebih garing mengikut ketuhar masing-masing.

#10 Cucur roti

cucur roti

Imej via Facebook

Satu lagi resepi menggunakan roti yang sesuai dinikmati bersama keluarga ialah cucur roti. Ianya rangup di luar dan lembut di dalam. Resepi ini dikongsikan oleh Jalilah JJ di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 5 keping roti
  • 2 batang sosej
  • 1 biji bawang merah kecil ( dipotong dadu)
  • 1 inci lobak (dipotong dadu)
  • 2 biji telur
  • Secubit serbuk aya
  • Secubit garam
  • Isi ayam (dicincang)
  • Daun bawang dihiris
  • 1 batang lada merah ( dipotong dadu)

Cara-cara:

  1. Siat atau koyak-koyakkan kepingan roti.
  2. Masukkan sosej, bawang dan lobak.
  3. Masukkan telur dan perasakan dengan serbuk ayam dan garam.
  4. Tambah daun bawang dan isi ayam.
  5. Gaul semua bahan dan gumpalkan menjadi bebola kecil.
  6. Panaskan minyak dan goreng menggunakan api perlahan hingga cucur bertukar keperangan.

Resepi Menarik Lain

Selain koleksi resepi menggunakan roti, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.