Mencari resepi green tea?

Green tea dan matcha merupakan hasil tumbuhan yang cukup popular bukan sahaja di Asia, malah di seluruh dunia. Cara hidangannya juga bervariasi – dari minuman ke kek, semuanya ada.

Tdak hairanlah hidangan berasaskan green tea tular di negara kita beberapa tahun lepas. Jadi, berikut kami senaraikan 10 resepi green tea. Teruskan membaca!

#1 Green Tea Frappucino

resepi green tea
Imej via Facebook

Frapuccino atau frappe adalah sejenis minuman Ice Blended dan ia merupakan antara cara hidangan yang popular untuk green tea. Resepi ini dikongsikan oleh Mat Schrödinger di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 2 paket Lipton Matcha Green Tea Latte
  • Air panas
  • Susu sejuk

Cara-cara:

  1. Campurkan serbuk Matcha Green tea Latte dengan air panas. Ayakkan.
  2. Setelah diayak, masukkan susu sejuk.
  3. Campurkan hasil ayak tadi dengan susu sejuk.
  4. Sedia untuk dihidang.

#2 Muffin Green Tea

resepi green tea muffin
Imej via Facebook

Muffin green tea ini cukup sesuai dijadikan sajian untuk sesi minum petang atau hidangan untuk majlis keramaian. Resepi ini dikongsikan oleh Ika Zul di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 2½ sudu teh garam

Bahan B:

  • 1 ¾ cawan gula kastor
  • 1 cawan minyak masak
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan buttermilk (1 cawan susu krim + 1 sudu teh cuka – Kacau, biarkan selama 5 minit)

Bahan C

  • ¾ cawan air panas

Bahan D

  • 1 sudu besar serbuk matcha
  • Sedikit pewarna hijau *optional

Cara-cara:

  1. Ayak bahan A dan ketepikan.
  2. Satukan semua bahan B dan ketepikan.
  3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Kacau rata.
  4. Kemudian, masukkan bahan C. Gaul sebati.
  5. Tapis bahan D dan masukkan ke dalam adunan tadi.
  6. Masukkan adunan ke dalam cawan muffin dan bakar pada suhu 170°C selama 20 minit atau sehingga masak, bergantung kepada oven masing-masing.
  7. Sedia untuk dihidang.

#3 Biskut Mentega Matcha

matcha butter cookies - resepi green tea
Imej via Facebook

Matcha juga sesuai digunakan untuk membuat biskut mentega. Ianya bukan sahaja melazatkan, malah aroma biskut mentega yang harum memang cukup menggamit selera. Resepi ini dikongsikan oleh Danish Harraz di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 250 g mentega (dilembutkan)
  • 220 g tepung gandum
  • 60 g tepung jagung
  • 2-3 sudu teh serbuk matcha
  • 100-110 g gula aising
  • 2 sudu the esktrak vanila

Cara-cara:

  1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan serbuk matcha.
  2. Pukul ekstrak vanila, gula aising dan mentega. Gaul sebati.
  3. Masukkan bahan kering dan kaup balik sehingga rata.
  4. Masukkan ke dalam piping bag dan pipe adunan dengan muncung bintang pilihan anda.
  5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160°C selama 18-20 minit (bergantung pada suhu oven masing-masing).
  6. Biarkan biskut sejuk sedikit sebelum dialihkan ke atas cooling rack hingga sejuk sepenuhnya.
  7. Simpan dalam bekas kedap udara pada suhu bilik.
  8. Sedia untuk dihidang.

#5 Kek Hokkaido Green Tea

kek hokkaido green tea
Imej via Facebook

Kek Hokkaido merupakan jenis kek gebu yang cukup terkenal di Jepun. Ada pelbagai perisa untuk jenis kek ini dan salah satunya ialah green tea. Resepi ini dikongsikan oleh Noraziah Yazid Nor Cookies di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan 1:

  • 3 biji kuning telur gred A
  • 20 g gula kastor/gula dikisar
  • 50 g minyak jagung
  • 60 ml susu segar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 20 g tepung kastard *
  • 60 g tepung naik sendiri *
  • ½ sudu kecil serbuk penaik

Bahan 2:

  • 3 biji putih telur gred A
  • 30 g gula kastor/gula yang dikisar
  • ½ sudu kecil cream of tartar
  • Bancuhan green tea (ambil 1 sudu dan campurkan sedikit air panas)

Bahan 3:

  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 4 sudu besar gula
  • 200 ml susu segar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar mentega
  • Krim putar +
  • 1 keping keju +

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 140°C.
  2. Ayak bahan-bahan yang bertanda * dan ketepikan sebentar.
  3. Satukan kuning telur dan gula kastor di dalam mangkuk serta pukul bahan tersebut dengan pukul hingga berkrim.
  4. Tambah sedikit esen vanila dan pukul lagi.
  5. Satukan susu segar dan juga minyak jagung. Panaskan seketika hingga menjadi suam.
  6. Masukkan campuran susu dan minyak jagung tadi ke dalam mangkuk yang berisi telur kuning tadi dan pukul lagi sehingga berkrim. Ketepikan
  7. Satukan bahan 2 dan pukul ia sehingga timbul meringue atau soft peak.
  8. Kemudian, ambil adunan meringue ini dan satukan dengan adunan pertama tadi.  Gunakan teknik kaup balik dengan perlahan.
  9. Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam cawan sehingga ¾ penuh (jangan terlalu penuh_.
  10. Bakar selama 20 minit hingga bahan tadi mengembang cantik. Biarkan seketika
  11. Untuk krim kastard keju, satukan bahan 3 kecuali krim putar. Kacau sebati.
  12. Panaskan di atas dapur dan kacau hingga pekat. Angkat dan matikan api.
  13. Kacau bersama krim putar di dalam bekas.
  14. Masukkan ke dalam piping bag dan pipe di atas kek sebaai topping.
  15. Sedia untuk dihidang.

#6 Nougat Matcha Strawberi

nougat green tea
Imej via Giving Spring

Nougat merupakan sejenis pencuci mulut yang kenyal. Bagi penggemar matcha, anda juga boleh membuat nougat matcha ini yang pasti kena dengan citarasa anda. Resepi ini dikongsikan oleh Rodiah Hamidi di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Mentega
  • 90 g susu tepung
  • 30 g serbuk matcha
  • 250 g marshmallow
  • 200 g strawberi kering
  • 100 g kacang pistasio

Cara-cara:

  1. Gaul sebati 35 g mentega, susu tepung dan serbuk matcha.
  2. Cairkan mentega menggunakan api kecil.
  3. Setelah mentega cair, masukkan marshmallow.
  4. Setelah sebati, masukkan serbuk matcha. Kacau sebati.
  5. Kemudian, masukkan bahan-bahan lain.
  6. Sebelum masukkan strawberi dan pistasio, matikan api. Gaul rata.
  7. Tuang adunan ke atas mould nougat.
  8. Lapikkan bahagian atas nougat dan ratakan.
  9. Setelah bahagian atas sudah rata, sejukkan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
  10. Apabila sudah betul-betul sejuk, potong nougat ikut kesukaan anda.
  11. Sedia untuk dihidang.

#7 Makaron Matcha

resepi green tea matcha macaron
Imej via Cookpad

Makaron merupakan pencuci mulut Perancis yang manis dan mempunyai pelbagai inti. Salah satu intinya ialah matcha, memang dijamin sedap. Resepi ini dikongsikan oleh Muhammad Iman di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 117 g gula aising
  • 70 g serbuk badam
  • 53 g gula kastor
  • 2 biji telur (ambil bahagian putih sahaja)
  • Esen vanila
  • ½ sudu teh serbuk matcha

Bahan inti:

  • 55 g krim keju
  • 60 g gula aising
  • 1 sudu teh susu krim penuh
  • Sedikit serbuk matcha

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 150°C menggunakan api atas bawah.
  2. Kisarkan serbuk badam dan gula aising sehingga tekstur menjadi halus dan ayakkan.
  3. Menggunakan kelajuan maksima, pukul putih telur bersama gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
  4. Gunakan tenik kauup balik dan satukan putih telur tadi bersama bahan kering.
  5. Kemudian, masukkan serbuk matcha.
  6. Pipe ke atas acuan.
  7. Bakar selama 15-18 minit.
  8. Untuk inti, pukul krim keju, gila aising, susu dan matcha sehingga kembang.
  9. Setelah makaron siap dibakar, pipe inti pada makaron.
  10. Sedia untuk dihidang.

#8 Agar Agar Santan Green Tea

resepi green tea agar-agar
Imej via Facebook

Satu lagi resepi green tea yang cukup menggamit selera ialah agar-agar santan green tea. Menyegarkan tekak dan sangat sesuai dinikmati semasa minum petang. Resepi ini dikongsikan oleh Sara Vee di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 paket agar agar (20g)
  • 1¼ liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 biji telur
  • Gula (ikut kemanisan yang diingini)
  • 1 cawan air bancuhan green tea (1 sudu besar green tea)

Cara-cara:

  1. Masak agar agar dengan air sehingga sebati.
  2. Masukkan bancuhan green tea.
  3. Menggunakan bekas yang lain, pecahkan telur dan campurkan santan. Pukul perlahan.
  4. Masukkan gula.
  5. Didihkan sebentar, kemudian tuang ke dalam bekas.
  6. Sejukkan di dalam peti sejuk.
  7. Sedia untuk dihidang.

#9 Tiramisu Green Tea

tiramisu green tea - resepi green tea
Imej via Facebook

Ada penggemar tiramisu di sini? Tiramusi merupakan kek lembut berkrim dan ianya juga sesuai menggunakan green tea sebagai perisa. Resepi ini dikongsikan oleh Noorlynn Izani di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur gred B *
  • ¾ cawan gula halus*
  • 1 sudu besar ovalet*
  • 1 sudu kecil esen vanila*
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 2 sachet serbuk green tea latte
  • Sedikit pewarna hijau
  • ¼ cawan santan
  • ¼ cawan minyak

Bahan topping:

  • ½ cawan krim keju
  • 1 cawan krim putar bukan tenusu
  • ¼ ketul mentega
  • 3 sudu besar gula aising

Cara-cara:

  1. Panaskan oven.
  2. Masukkan kesemua bahan bertanda * ke dalam pemukul dan pukul hingga gebu.
  3. Masukkan tepung, serbuk penaik dan green tea.
  4. Pukul sebati dan masukkan pewarna hijau.
  5. Masukkan santan dan pukul lagi.
  6. Setelah siap dipukul, matikan pemukul dan masukkan minyak sedikit demi sedikit sambal kaup balik adunan (boleh juga kacau dengan laju hingga sebati).
  7. Isikan adunan ke dalam loyang 9×9 bakar selama lebih kurang 45 ke 50 minit pada suhu 180°C.
  8. Untuk topping, pukul krim putar hingga kental. Ketepikan.
  9. Menggunakan bekas berasingan, pukul sebati krim keju, mentega dan gula aising.
  10. Campurkan adunan langkah 8 dan 9, kemudian gaul sebati.
  11. Hiaskan krim di atas kek dan taburkan serbuk matcha pada bahagian atas kek.
  12. Sedia untuk dihidang.

#10 Puding Green Tea

puding green tea
Imej via Facebook

Puding green tea juga adalah hidangan berasaskan green tea yang wajib anda cuba. Cara penyediannya mudah dan bahan-bahannya ringkas. Resepi ini dikongsikan oleh Novelis Affieyza Ishak di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus agar-agar tali
  • Air
  • 4-5 sudu besar serbuk green tea
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat (boleh tambah gula jika kurang manis)
  • Secubit garam

Cara-cara:

  1. Rendam serbuk green tea dengan air panas.
  2. Masak agar-agar dengan air sehingga larut.
  3. Kemudian, masukkan air rendaman green tea tadi.
  4. Kacau sebati dan masukkan susu cair, susu pekat, gula serta garam.
  5. Setelah mendidih dan rasa sudah sesuai, matikan api.
  6. Tuang agar-agar ke dalam bekas kemudian tabur cincau yang sudah dipotong atau dicincang.
  7. Biarkan suam sebelum disejukkan di dalam ke dalam peti sejuk.
  8. Sedia untuk dihidang.

Resepi Menarik Lain

Selain koleksi resepi green tea, kami juga ada menulis tentang koleksi resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.