Kali ini kami bawakan kepada anda resepi rojak mee yang paling sedap dan mempunyai porsi yang besar. Oleh itu, ianya sesuai untuk dihidangkan kepada keluarga anda ataupun pada majlis keraian. Resepi rojak mee ini adalah resepi yang mudah untuk disediakan. Walaubagaimanapun, bahan – bahan yang digunakan serta caranya juga adalah banyak dan mengambil masa. Jadi, anda bolehlah jadikan penyediaan rojak mee ini sebagai aktiviti yang sihat bersama keluarga.

Resepi Rojak Mee ini mempunyai tiga hidangan utama yang perlu disediakan. Ianya adalah kuah rojak itu sendiri, cucur kelapa dan cucur kembung. Gabungan ketiga – tiga hidangan ini menghasilkan rasa yang amat unik dan lazat. Ianya pasti dapat membuat sesiapa yang merasainya teringat – ingat. Walaupun bahan – bahannya banyak, namun ianya semua mudah untuk didapati!

Resepi ini telahpun dikongsikan oleh Keroroyz Royz dan mendapat lebih ribuan perkongsian di laman Facebook milik beliau. Pasti menjadi kan? Mari kita lihat resepi ini.

Resepi Rojak Mee

Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Kuah:

  • 500g ubi keledek oren rebus hingga lembut, simpan air rebusan
  • 1/2 cawan kacang tanah, sangai buang kulit
  • 15 biji cili kering goreng hingga rangup
  • 1 biji bawang besar goreng hingga layu
  • 2 ulas bawang putih goreng hingga layu
  • 3 sudu makan udang kering digoreng
  • 2 sudu makan asam jawa bersama 1 cawan air
  • 5 sudu makan gula/gula melaka atau ikut selera
  • 2 sudu kecil garam
  • 5 keping biskut marie utk pekatkn kuah (jika perlu)

Cucur Kelapa:

  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan kelapa parut
  • 1-2 ulas bawang kecil dihiris
  • 1/2 sudu kecil yis segera
  • 1 sudu kecil garam
  • 3/4 cawan air suhu bilik

Cucur Kembung:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air suhu bilik
  • 3 sudu makan kucai dihiris
  • 1/2 biji bawang besar dihiris
  • 2 sudu makan taugeh
  • 1/2 sudu kecil yis segera
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 kiub bilis
  • Udang secukupnya utk topping

Bahan pelengkap:

  • 450g mee kuning dicelur
  • 2 keping tauhu goreng
  • 2 biji kentang direbus
  • 4 biji telur rebus belah 2-4
  • 2 keping fish cake
  • Sedikit sengkuang, timun, taugeh, daun salad
  • Cucur kembung
  • Cucur kelapa

Cara – cara memasak:

Kuah:

  1. Kisar kering kacang & udang kering.
  2. Kisar keledek bersama cili kering, bawang besar, bawang putih & biskut marie. Guna air rebusan keledek.
  3. Didalam periuk, satukan kacang, udang kering, bahan kisar keledek bersama baki air rebusan keledek.
  4. Tambah air ikut kepekatan yang dikehendaki. Didihkan kuah & kacau selalu.
  5. Perasakan kuah dengan air asam jawa, garam & gula didihkan lagi hingga nampak pekat.
  6. Hidangkan bersama cucur kelapa, cucur kembung & bahan pelengkap.

Cucur kelapa:

  1. Satukan semua bahan & masukkn air sedikit demi sedikit hingga adunan nampk kental.
  2. Perapkan adunan selama 1/2 jam baru goreng seperti cucur biasa hingga perang keemasan.

Cucur kembung:

  • Satukan kesemua bahan kering.
  • Masukan air sedikit demi sedikit & kacau sebati.
  • Masukkn bahan basah kecuali udang & kacau semuanya hingga adunan elok sebati. Perapkan selama 1/2 jam.
  • Panaskan minyak. Guna senduk besi & rendamkan senduk ke dalam kuali berisi minyak panas.
  • Masukkan adunan ke dalam senduk. Letak udang diatasnya & goreng seketika.
  • Gunakan sudu untuk menanggalkan tepung dari senduk. Goreng hingga keemasan menggunakan minyak yang sederhana panas agar masak sempurna.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.