Anda tercari-cari resepi pasta yang enak dan berbagai cara?
Pasta merupakan makanan Itali yang sangat popular. Ada berbagai jenis pasta yang boleh didapati – fetuccini, makaroni, penne, spaghetti dan lasagna merupakan antara jenisnya.
Pasta juga enak dinikmati tidak kira waktu. Jika berkelapangan, bolehlah anda membuatnya. Untuk itu, berikut kami senaraikan 10 resepi pasta buat anda.
#1 Spaghetti Carbonara
Spaghetti carbonara memang disukai ramai. Rasanya lemak dan berkrim dan jika anda pandai membuatnya, ianya tidak menjadi muak. Jadi, cubalah resepi ini! Resepi ini dikongsi oleh Zila Rahim di laman Facebook.
Bahan-bahan:
spaghetti
sos Prego carbonara
bawang putih (ditumbuk)
bawang holland (dipotong dadu)
sedikit lada hitam (ditumbuk halus)
sedikit garam
susu penuh krim
bebola daging
sosej
Cara masakan:
Tumis bawang putih dan bawang holland bersama sedikit minyak.
Masukkan lada hitam.
Masukkan sos Prego carbonara dan susu penuh krim.
Tambah sedikit garam dan air.
Masukkan meatball dan sosej.
#2 Aglio Olio Seafood
Bagi pembaca yang sukakan makanan laut, anda boleh mencuba resepi pasta Aglio Olio Seafood. Anda boleh tambah apa-apa sahaja makanan laut untuk resepi ini. Resepi ini dikongsi oleh Lina Kasmani di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1 kg makanan laut
500 g spaghetti
3 ulas bawang putih (dicincang)
3 sudu besar serbuk oregano
3 sudu besar serbuk parsley
3 sudu besar serbuk chili (kalau tak mahu pedas, tak perlu tambah)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam (tumbuk)
1 kiub pati ayam
2 sudu sos seafood (optional)
Minyak ikut keperluan
Brokoli
Lobak
Tomato ceri
Cara-cara:
Rebus spaghetti sehingga masak dan toskan.
Rebus makanan laut selama 3-4 minit, tak perlu tambah air. Tos dan simpan air rebusan (pastikan tidak overcook).
Menggunakan api perlahan, tumis bawang putih yang dicincang.
Masukkan serbuk parsley, serbuk cili, serbuk oregano, kiub pati ayam, sos seafood dan lada hitam. Gaul sebati.
Masukkan 1 cawan air rebusan makanan laut (kurangkan sukatan jika tidak mahu basah).
Masukkan sayur-sayuran dan spaghetti. Gaul rata.
Tambahkan makanan laut yang direbus.
#3 Makaroni Goreng
Boleh dikatakan makaroni goreng ini merupakan satu resepi pasta yang kena dengan citarasa orang kita. Ianya bukan sahaja sedap, malah mengenyangkan. Resepi ini dikongsi oleh Noor Khadijah di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1 paket makaroni kimball
1 labu bawang hollad (dicincang)
2 labu bawang putih (dicincang)
1 paket sosej
1 paket bebola ikan
1 paket daging burger (dicincang dadu)
1 tin sos Kimball tradisional
4 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tomato
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan serbuk cili
4 sudu makan rempah kari
4 sudu makan lada hitam
4 sudu makan oregano
4 sudu makan kicap lemak manis
1 paket cendawan
1paket sayur campur kecik
1 tangkai daun ketumbar
4 sudu makan gula
1 sudu kecil garam
2 sudu makan perencah
1 kiub ayam
Hiasan:
keju parmesan
daun parsley
Cara-cara:
Goreng daging burger, bebola ikan dan sosej. Ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama, masukkan bawang besar. Tumis sehingga kuning.
Masukkan bawang putih. Pastikan cepat-cepat tambah air rebusan makaroni untuk mengelakkan hangus.
Setelah bawang putih menguning, masukkan serbuk kari dan serbuk cili.
Masukkan air rebusan makaroni sedikit.
Setelah itu, masukkan semua sos.
Setelah mendidih, masukkan daging burger, bebola ikan dan sosej yang digoreng tadi.
Perasakan bersama gula, garam, perencah dan kiub ayam.
Masukkan sayur campur dan cendawan.
Akhir sekali, masukkan makaroni. Kacau sebati.
#4 Lasagna
Pening memikirkan makanan apa untuk disediakan kepada anak-anak? Cubalah resepi lasagna yang tidak pedas namun masih sedap ini. Resepi ini dikongsikan oleh Su Sunnah di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan lasagna:
kepingan lasagna
keju mozarella parut
Bahan sos merah:
1 botol sos spaghetti
1 botol sos tomato/tomato puri
400 g daging kisar / 500 g ayam cincang
1 biji bawang holland (dicincang halus)
6 ulas bawang putih (diketuk hancur)
Bahan sos putih:
mentega / marjerin
2 sudu tepung gandum
1 liter susu penuh krim
1 tin kecil sos carbonara Prego
Cara-cara:
Untuk lasagna, rendam kepingan lasagna melebihi 5 jam supaya ianya lembut. Pastikan tidak bertindih dikhuatiri melekat.
Untuk sos merah, cairkan mentega / marjerin dan masukkan bawang putih. Tumis hingga naik bau.
Masukkan bawang cincang dan tumis sebentar.
Kemudian, masukkan daging kisar atau ayam cincang. Masak sehingga air kering.
Masukkan sos tomato / tomato puri. Kacau rata dan masukkan sos spaghetti.
Tambahkan serbuk oregano.
Perasakan bersama garam dan gula atau perencah.
Untuk sos putih pula, cairkan marjerin atau mentega.
Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga tidak berketul.
Masukkan susu krim penuh dan sentiasa kacau.
Setelah agak mendidih, masukkan sos carbonara Prego.
Kacau rata hingga betul-betul mendidih. Perasakan bersama gula dan garam.
Setelah sos siap, susun kepingan lasagna di dasar loyang.
Tuang rata sos merah sehingga memenuhi semua ruang loyang dan salut kepingan lasagna. Lapis nipis sahaja.
Di atas lapisan sos merah, tuang sos putih. Lapis nipis sahaja.
Kemudian, lapis kepingan lasagna.
Ulang langkah 13-16.
Pada lapisan teratas, banyakkan jumlah sos putih. Tabur penuh keju mozarella.
Bakar pada suhu 200°C selama 45 minit atau sehingga keju kelihatan garing dan mencair sepenuhnya.
#5 Spaghetti Bolognese
Selain spaghetti carbonara dan aglio olio, spaghetti bolognese juga merupakan antara hidangan pasta yang terkenal. Anda juga boleh membuatnya sendiri di rumah. Resepi ini dikongsikan oleh Syikin Gilis di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1 paket spaghetti ( saiz kecil)
1 tin cendawan
1 botol sos spaghetti ( cendawan)
Daging kisar
Sosej (dipotong kecil)
Bebola ikan (dipotong dadu)
Isi ayam (dipotong kecil)
5 ulas bawang putih (diketuk)
Separuh bawang besar (dipotong dadu)
Oregano
Minyak untuk menumis
Cara-cara:
Rebus spaghetti 10-15 bersama satu sudu planta / marjerin dan sedikit garam. Tapis dan ketepikan.
Masukkan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga sedikit garing dan naik bau.
Masukkan sos spaghetti dan tambah separuh botol air. Kemudian masukkan cendawan dan sedikit oregano.
Biarkan seketika dan masak sekitar 20 minit menggunakan api sederhana sehingga warna bertukar kerahan sedikit.
Pastikan tekstur kuah menjadi sedikit pekat. Tambahkan 3-4 sudu gula dan sedikit garam.
Siap dan sedia dihidang. Taburkan sedikit oregano di atas spaghetti.
#6 Meatball Mac and Cheese
Mac and Cheese merupakan makanan Barat yang sangat sedap dan popular. Ianya juga boleh dibuat sendiri dan diolah mengikut citarasa anda, rugi tak cuba tau! Resepi ini dikongsi oleh Adinie Syahadinie di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Makaroni (direbus)
Bebola daging
Lada benggala
Bawang holland (dipotong dadu)
Tomato (dipotong dadu)
Sos pasta mac & cheese
2 keping kepingan keju
½ paket Perencah Berlada Hitam Maggie
2 sudu besar mentega
½ tin susu cair
Cara-cara:
Rebus makaroni dan toskan.
Goreng bebola daging.
Cairkan mentega dalam kuali dan tums bawang holland hingga naik bau.
Masukkan lada benggala dan masak tomato sebentar.
Masukkan Perencah Berlada Hitam dan kacau rata. Masukkan sedikit air.
Masukkan sos pasta mac & cheese, susu cair dan bebola daging. Kacau sebati.
Akhirnya, masukkan kepingan keju dan kacau hingga pekat. Tutup api.
Tuang bahan ke dalam loyang
Susun keju di bahagian atas dan tambahkan sos keju.
Bakar pada suhu 180°C selama 15 minit.
#7 Spagheti Benzema
Bagi yang biasa ke restoran Murni Discovery, anda pasti menggemari Spaghetti Benzema mereka. Anda juga boleh mencuba resepi ala spaghetti tersebut di rumah. Resepi ini dikongsikan oleh Siti Nurain Azmi di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Spaghetti
Minyak zaitun
1 biji kecil bawang holland (cincang)
4 ulas garlic (cincang)
3 biji cili api (cincang)
½ biji lada besar hijau
3 keping cendawan butang
Udang (dibeku)
Cold cut @ ham ayam (potong kecil)
Daging (hiris halus)
Serbuk lada hitam
Perasa
Cara-cara:
Celur spaghetti.
Tumis bawang holland, bawang putih & cili api.
Setelah naik bau, masukkan cendawan & lada besar hijau. Kacau.
Masukkan daging yang dihiris.
Kemudian, masukkan udang & ham ayam.
Apabila semua bahan sudah agak masak dan layu, masukkan spaghetti yang sudah dicelur.
Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
#8 Spaghetti Arab
Spaghetti memang berasal dari Itali, namun ianya juga mempunyai versi Arab – spaghetti bakar! Ianya berkeju dan sangat mengenyangkan jadi anda wajib cuba. Resepi ini dikongsi oleh Habibah Badar Bajrai di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan A:
500gm Tubular spaghetti @ macaroni direbus
Bahan B:
800gm-1kg daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang daun ketumbar (daun sup juga boleh) (dihiris)
2 batang cili hijau (dipotong bulat) *optional
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk ketumbar & serbuk jintan putih
Bahan C:
2 cawan susu tepung
5 sudu makan tepung gandum (tambah jika ingin lebih pekat)
200 g mentega
1 sudu besar lada putih di tumbuk
1.5 liter air
Garam secukup rasa
Bahan D:
2 biji tomato potong bulat *optional
2 biji telur rebus di potong bulat *optional
Sedikit parsley/oregano/mixed herbs
Cara-cara:
Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
Goreng daging tanpa minyak.
Masukkan bahan kisar, serbuk ketumbar dan serbuk jintan.
Bila daging sudah empuk, masukkan garam, daun ketumbar dan hirisan lada.
Menggunakan periuk lain, masukkan semua bahan C dalam periuk, kacau dan biar mendidih. Tutup api.
Untuk melapis – ambil ¾ dari bahan C dan gaulkan bersama spaghetti (bahan A).
Ambil separuh spaghetti yang bergaul ini dan masukkan dalam mangkuk Pyrex.
Letakkan daging cincang dan susun tomato serta telur.
Masukkan separuh lagi spaghetti dan tuang baki sos tadi.
Tabur parsley / oregano / mixed herbs.
Bakar pada suhu 180°C sehingga sos kelihatan garing
#9 Salted Egg Spaghetti
Makanan yang dimasak menggunakan telur masin kini menjadi kegemaran ramai. Jadi, anda boleh cuba Salted Egg Spagheeti yang mudah resepinya ini. Resepi ini dikongsikan oleh Ainin Sofieya di laman Facebook.
Bahan-bahan:
3-4 ulas Bawang putih (ditumbuk)
Cili padi
3 biji telur masin (direbus dan ambil kuning sahaja)
200ml Heavy cream atau Susu segar
Mentega
Daun kari
Tomato ceri
Karot, brokoli (sayur mengikut citarasa)
250 g spaghetti
Udang, ayam, sotong (lauk mengikut citarasa)
Cara-cara:
Rebus spaghetti dan toskan.
Cairkan butter dan masukkan lauk. Goreng menggunakan mentega sahaja hingga masak.
Angkat lauk dan ketepikan.
Menggunakan mentega tadi, tumis bawang putih dan daun kari.
Perasakan dengan gula dan garam.
Masukkan tomato ceri.
Campur telur masin bahagian kuning bersama susu dan masukkan ke dalam bahan masakan tadi.
Masukkan lauk, sayur dan akhir sekali, spaghetti.
#10 Baked Rigatoni with Beef
Anda mungkin jarang terdengar pasta jenis rigatoni, namun tidak salah untuk mencubanya. Mana tahu anda akan berminat dengan rasanya? Resepi ini dikongsikan oleh Lina Thomas di laman Facebook.
Bahan-bahan:
2½ cawan rigatoni pasta (atau pasta pilihan)
500 g (1 lb) daging lembu kisar
24 oz sos pasta tomato basil
1½ cawan keju mozzarella
¼ cawan keju Parmesan (diparut)
Daun basil segar, jika perlu
Cara-cara:
Panaskan oven hingga 189°C (350 °F).
Sembur loyang pembakar atau kaserolberukuran 11×7-inch (2-quart) dengan cooking spray.
Masak pasta seperti yang diarahkan pada pakej.
Sementara itu, masak daging lembu kisar di atas api sederhana selama 5-7 minit. kacau sekali-sekala sehingga masak.
Tapis daging untuk membuang airnya.
Masukkan daging ke dalam kuali kembali.
Masukkan pasta yang telah dimasak bersama sos pasta dan 1 cawan keju mozzarella. Kacau sebati.
Tuangkan ke dalam loyang atau kaserol.
Taburkan dengan baki ½ cawan mozzarella keju dan ¼ cawan keju Parmesan.
Bakar selama 20 minit. Taburkan daun basil segar setelah bakar.
Resepi Menarik Lain
Selain koleksi resepi pasta, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!