Selain lauk ayam dan daging, ikan juga merupakan makanan yang kaya dengan protein. Ianya juga ada berbagai jenis – dari ikan siakap, keli, jenahak, patin dan yang antara yang terkenal ialah ikan bawal.
Apa kata anda cuba memasak ikan bawal? Ada variasi jenis masakan yang boleh dicuba. Jadi, berikut kami senaraikan 15 resepi ikan bawal buat anda.
Fried Fish with Light Soy Sauce and Ginger
Resepi bawal ala-ala hotel ini sangat mudah untuk dimasak tetapi mempunyai rasa yang pasti menambat selera ramai. Merupakan masakan Cina, jika anda mahukan kelainan, cuba resepi ikan goreng dengan kicap cair dan halia ini. Jom ikuti resepi milik Marina Ismail.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
¼ cawan light soy sauce
3 inci halia (hiris sederhana & hiris lagi seperti batang mancis)
1 sudu teh brown sugar
Daun bawang (Bahagian pangkal, potong lebih kurang 1.5 inci)
Daun bawang (Bahagian atas, hiris untuk hiasan)
Timun (Hiris tipis. Guna peeler lebih mudah)
Cili padi
Minyak bijan (lupa nak letak dalam gambar flatlay)
Sedikit air panas
Sedikit garam
Cara memasak:
1. Hiris halia, tidak terlalu nipis, hiris lagi hingga jadi macam batang mancis, lepas tu goreng sekejap dan ketepikan.
2. Lumurkan Ikan dengan garam dan goreng hingga garing.
3. Gunakan minyak yang sama untuk goreng ikan.
4. Goreng ikan hingga garing, dah masak angkat dan ketepikan.
5. Keluarkan sedikit minyak dari kuali dan masukkan ke dalam kuali lain.
6. Masukkan bancuhan light soy sauce, minyak bijan, brown sugar, air panas, daun bawang dan cili padi.
7. Masak dan biarkan mendidih sekejap.
8. Curahkan sos atas ikan, taburkan daun bawang yang curly tadi dan dan halia goreng atas ikan. Settle!
Tips buat hiasan daun bawang :
Nak buat hiasan daun bawang supaya curly mudah saja. Setelah potong dalam 1 inci, belahkan lagi halus-halus guna pisau yang tajam. Rendam dalam air ais selama 4-5 minit. Angkat toskan.
#2 Bawal Sos Tiram Lada Hitam
Nurul Ateekah pula berkongsi resepi Ikan bawal sos tiram lada hitam. Jika anda mahu menu yang mempunyai rasa masam dan sedikit pedas, anda memang perlu cuba resepi ini. Pasti bertambah nasi.
Bahan-bahan:
Ikan bawal (saiz sederhana 3/4 ekor)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
4 ulas bawang putih (dicincang atau dihiris)
1 batang serai (dihiris tipis)
2 biji cili merah (dihiris tipis)
2 biji cili hijau (dihiris tipis)
Cili padi (jika suka pedas)
1 biji tomato (dipotong dadu)
Serbuk lada hitam(1 sudu teh)
Sos tiram (3 sudu besar)
Sos ikan (1 sudu besar)
Minyak untuk menumis
Secukup rasa
Cara memasak:
1. Ikan digoreng dahulu.
2. Tumis bawang putih sehingga kekuningan.
3. Masukkan bawang merah, serai, cili merah, cili hijau dan masak sehingga naik bau.
4. Masukkn sos tiram, lada hitam dan air masak setengah cawan.
5. Masak sehingga pekat dan perasakan dengan sedikit garam, Knorr dan gula.
6. Sedia untuk dihidang makan bersama nasi panas.
#3 Asam Pedas Ikan Bawal
Pasti ramai yang tak tahu bahawa ikan bawal juga sedap dimasak asam pedas. Untuk resepi kali ini, Rindiani Liana menggunakan bawal emas. Paling unik, menu ini ditambah dengan rebung. Memang kaw!
Bahan-bahan:
Ikan bawal mas
10/15 tangkai cili kering*
1 sudu kecil beras*
1 sudu kecil lada hitam*
2 btg serai
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 inci belacan
4 biji bwg merah kecil
3 biji bwg putih
Rebung
Garam
Air asam jawa
Cara memasak:
1. Rendam bahan-bahan bertanda * dalam air panas sampai semuanya kembang.
2. Kisar semua bahan-bahan yang direndam didalam air panas tadi bersama serai, halia, kunyit hidup, belacan, bawang merah dan bawang putih.
3. Masukkan terus dalam periuk. Kalau pekat letak air sedikit. Masuk air asam jawa.
4. Apabila kuah dah mendidih masukkan ikan dan rebung. Perasakan dengan garam.
5. Siap.
#4 Ikan Bawal Goreng Berlada
Rossuhaidah Ramli pula berkongsi resepi bawal goreng berlada. Menu ini sangat sesuai bagi penggemar makanan pedas. Cukup mudah, hanya memerlukan beberapa minit untuk menyiapkannya.
Bahan-bahan:
2 ekor ikan bawal
5 biji cili masak / cili merah besar
3 genggam cili api
2 labu bawang merah besar
3 ulas bawang putih
Cara memasak:
1. Goreng dan ketepikan.
2. Semua bahan diatas dikisar sederhana.
3. Kemudian panaskan minyak dan tumis sampai betul-betul kering.
4. Masukkan perasa, garam serta sedikit gula. Tambah sedikit air supaya nampak bersambal.
5. Letak sambal di atas ikan. Boleh juga di hias dengan hirisan bawang besar yang dipotong bulat.
#5 Bawal Emas Stim Susu
Lain pula resepi milik Nazhatulkhasma Khalid yang memasak bawal emas stim susu. Walaupun menggunakan banyak bahan, namun resepinya cukup mudah untuk dibuat. Rasanya sedikit masam dan berlemak.
Bahan A:
1 ekor bawal emas (kelar)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1/2 sudu teh perasa @ boleh ganti dengan 1/2 ketul kiub ayam
Secubit garam
Bahan B:
6 biji bawang putih (cincang/tumbuk)
3 biji cili kecil (hiris halus)
1 inci halia (hiris nipis,sebahagiannya digoreng)
Bahan C:
1/4 cawan susu full cream
2 biji limau nipis (ambil perahan)
1 pokok daun ketumbar (hiris)
Cara memasak:
Lumur ikan dengan bahan A. Perap sekejap.
2. Letakkan bahan B di bawah, di dalam dan di atas ikan.
3. Perahkan limau nipis atas ikan. Kukus selama 10-15 minit. Bergantung pada saiz ikan.
4. Goreng sebahagian halia sehingga garing.
5. Buka penutup pengukus, siramkan ikan dengan susu, taburkan halia garing dan daun ketumbar. Kukus lagi selama 5-10 minit.
6. Siap, siram2 ikan dengan kuah. Sedia dihidangkan.
#6 Kari Ikan Bawal ala Mamak
Siapa sahaja tidak sukakan kari ikan? Tambahan pula ala Mamak, memang pekat dan sedap. Cubalah resepi kari ikan bawal ala Mamak ini! Resepi ini dikongsikan oleh Ana Mariana Ismail di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Seekor ikan bawal emas bersaiz besar
2 paket kecil serbuk kari (dibancuh bersama sedikit air untuk dijadikan pes)
Air asam jawa secukupnya
Bawang merah
Bawang putih (dimayang halus)
Halba campur
Daun kari
Bendi
Tomato
Cili padi atau cili hijau besar
Minyak masak (kuantiti banyak)
Cara-cara:
Panaskan minyak, kemudian tumis bawang merah, bawang putih, halba campur & daun kari hingga naik bau.
Masukkan pes kari dan tunggu hingga pecah minyak. Kacau sekali sekala supaya rempah tidak berketul.
Setelah itu, masukkan air asam jawa.
Biarkan mendidih, kemudian masukkan ikan. Masak sehingga ikan menjadi lembut.
Perasakan bersama garam atau perencah.
Masukkan cili padi dan bendi. Yang terakhir, masukkan tomato.
#7 Bawal Masam Manis
Sesetengah ikan memang sedap dibuat masam manis, tambahan pula ikan bawal. Memang enak dimakan bersama nasi putih panas, jadi anda wajib cuba resepinya. Resepi ini dikongsikan oleh Siti Hajar Mohd Idris di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan Bawal
1/2 labu bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang besar (dikisar)
3 sudu besar cili giling
1/2 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 biji epal hijau granny Smith (dipotong dadu)
1/2 biji capsicum merah (dipotong dadu kecil)
1/2 biji capsicum kuning (dipotong dadu kecil)
Tomato (dipotong dadu kecil)
Daun kucai (hiasan)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
Perencah Maggie Cukup Rasa
serbuk kunyit
sedikit garam
Minyak dan air
Cara-cara:
Panaskan minyak
Gaulkan ikan bersama dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
Goreng dan ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bawang besar yang dipotong dadu hingga layu.
Tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan cili giling dan masak hingga pecah minyak.
Satukan semua sos kedalam mangkuk dan masukkan air mengikut kepekatan yang diinginkan.
Masukkan campuran sos tadi ke dalam bahan tumisan.
Tambah perencah.
Masukkan epal hijau, capsicum dan daun kucai. Gaul sebati.
Masukkan ikan bawal yang telah digoreng dan gaul sekejap.
#8 Bawal Masak Sos Pedas
Kepada pembaca yang gemarkan makanan pedas, inilah dia resepi yang patut anda cuba. Mudah dan dijamin sedap! Resepi ini dikongsikan oleh Muhamad Fadzul Ilahi Azhar di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar cili kisar
4-5 sudu besar sos cili
2-3 sudu besar sos tomato
Sedikit air
Bawang hiris
Tomato (potong 6)
Cili padi (jumlah ikut kepedasan)
Gula
Garam
Perencah
Cara-cara:
Gorengkan ikan bawal.
Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia dan cili kisar bersama.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi.
Masukkan sos, cili padi dan garam aji dan gula.
Bila ianya mula kelihatan kering, masukkan sedikit air.
Biarkan menidih dan masukkan bawang hiris dan tomato.
Masukkan ikan yang digoreng.
#9 Bawal Bakar
Ikan bakar merupakan makanan yang cukup digemari orang kita. Walaupun tidak ke kedai makan, anda boleh menyediakan ikan bakar yang enak di rumah dengan mencuba resepi ini. Resepi ini dikongsikan oleh Mohd Faisel Ab Halim di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Ikan bawal
Daun pisang
1 inci lengkuas
1 inci halia
2 btg serai
3-4 ulas bwg putih
Serbuk kunyit
1 labu kecik bawang besar atau bawang merah
2 senduk cili kering kisar
Lada hitam *optional
Belacan *optional
Cara-cara:
Kisar semua bahan kecuali ikan dan daun pisang hingga sebati.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
Masukkan garam gula dan perasa secukupnya. Masak hingga garing dan ketepikan.
Letakkan ikan di atas daun pisang.
Lumurkan pes pada ikan dan balut ikan.
Panaskan kuali leper atau non stick.
Bakar sebelah bahagian dahulu, kemudian terbalikkan. Bakar hingga masak.
Hias mengikut kesukaan.
#10 Bawal Goreng Cili
Satu lagi resepi ikan bawal pedas yang boleh dicuba sendiri di rumah. Ianya juga mudah dan resepinya ringkas. Resepi ini dikongsikan oleh Masni Bahari di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Ikan bawal
Bawang besar
Bawang putih
Cili hidup
Cili padi
Serak (dititik)
Tomato (dibelah 4)
Cuka
Gula
Garam
Serbuk perasa *optional
Cara-cara:
Lumur ikan bersama garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
Kisarkan bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili hidup.
Menggunakan minyak ikan goreng tadi, tumis bahan kisar.
Tambahkan serai yang dititik.
Masukkan garam, gula dan cuka.
Tumis sehingga kering.
Masukkan ikan, tomato dan bawang hiris.
#11 Bawal Emas Stim Halia
Untuk menu yang lebih sihat, apa kata anda cuba bawal yang dikukus bersama halia? Bukan sahaja menyihatkan, malah menyelerakan! Resepi ini dikongsi oleh Norhamidah Abdul Hamid di laman Facebook.
Letakkan serai yang dititik bersama hirisan limau di atas ikan.
Kukus selama 20 minit
#12 Kengsom Bawal
Bagi yang tidak tahu kengsom ini merupakan cara masakan Thai, ala-ala asam pedas. Jika inginkan kelainan citarasa, cubalah buat sendiri! Resepi ini dikongsi oleh Nurhashima Ariffin di laman Facebook.
Bahan-bahan:
10 tangkai cili kering(basuh, rebus, bilas dan buang biji)
2 biji bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
Sedikit belacan (Bahan di atas dikisar)
Daun kesom
Air (3 cawan)
1 batang bunga kantan (dihiris)
3 asam keping
1 sudu minyak masak
Garam gula dan perasa
Cara-cara:
Masukkan air.
Masukkan bahan yang dikisar tadi bersama asam keping bunga kantan daun kesom dan 1 sudu minyak.
Didihkan dahulu, kemudian masukkan ikan bawal.
Masak dalam 5 minit.
#13 Bawal Goreng Halia
Tadi, kita ada bawal stim halia, Kali ini, apa kata anda cuba bawal goreng halia pula? Rangup di luar, namun lembut isinya dan berempah rasanya. Resepi ini dikongsikan oleh Norsharmiza Ashikin di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bawang besar (dimayang halus)
1 labu bawang putih
Halia
Cili padi
Ikan bawal
Cara-cara:
Goreng ikan bawal, kelar sedikit supaya lebih garing. Ketepikan.
Goreng halia hingga ia menjadi rangup dan ringan.
Menggunakan minyak gorengan halia, tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga garing.
Taburkan bahan gorengan ke atas ikan bawal.
#14 Bawal Masak Taucu
Ikan memang sedap dibuat taucu, tambahan pula ikan bawal. Anda boleh menyediakannya sendiri di rumah kerana resepinya mudah. Resepi ini dikongsi oleh Siti Fatimah di laman Facebook.
Bahan-bahan:
lkan bawal (digoreng)
Taucu 1 sudu besar
4 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
air asam jawa
pati ayam
1 biji bawang besar
6 biji cili padi dan cili merah
Daun bawang (hiasan)
Sedikit garam dan gula
Cara-cara:
Tumbuk halia, bawang kecil dan bawang putih bersama taucu yang telah dibasuh.
Tumus bahan tumbuk sehingga kekuningan.
Masukkan air asam jawa bersama garam, gula dan kiub pati ayam.
Bila sudah mula kering, masukkan ikan bersama bawang besar, cili padi cili merah.
Hiaskan dengan daun bawang.
#15 Ikan Bawal Masak Cuka
Sukakan masakan yang sedikit masam, namun masih boleh dinikmati dengan penuh selera? Apa kata anda cuba resepi ikan bawal masak cuka ini. Resepi ini dikongsi oleh Leesa Alif di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bawang besar
Ikan bawal (digoreng)
Halia
Bawang putih
1 sudu teh halba
Jintan manis (ditumbuk halus)
Sedikit serbuk kunyit
Cuka
Gula dan garam
Perencah *optional
Sedikit air
Timun (dipotong)
Cili (dipotong)
Cara-cara:
Tumis bawang besar, bawang putih dan halia. Setelah bawang layu,
Masukkan halba, jintan manis dan serbuk kunyit. Tumis hingga naik bau.
Tambah sedikit air.
Masukkan cuka, garam dan gula mengikut citarasa.
Bila air mula mendidih, masukkan ikan yang digoreng. Biar mendidih lagi.
Bila rasa masam, manis dan masin mula seimbang, masukkan timun dan cili.
Resepi Menarik Lain
Selain koleksi resepi ikan bawal, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!