Mencari idea menu makan malam?

Makan malam merupakan waktu yang sesuai untuk anda bersantai bersama keluarga atau sahabat handai. Hidangan yang dinikmati seharusnya menjanjikan kekenyangan di samping keenakan.

Jadi, masih tercari-cari idea menu makan malam? Jangan risau, berikut kami senaraikan 10 menu makan malam untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Siakap Kengsom

menu makan malam
Imej via Facebook

Bagi yang tidak tahu, kengsom merupakan asam pedas ala Thai. Rasanya yang seimbang membuatkan hidangan ini digemari ramai. Resepi ini dikongsikan oleh Zaimah Zakaria di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Siakap / kerapu
  • Air asam jawa secukup rasa
  • 1 biji limau nipis (diambil air)
  • Nanas yang masak
  • Kangkung

Bahan kisar:

  • 2 biji cili merah (dibuang biji )
  • 15 biji cili api 15 biji
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 inci belacan

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama nanas. Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan air asam jawa.
  3. Perasakan dengan gula dan garam.
  4. Masukkan ikan.
  5. Setelah ikan masak, masukkan kangkung dan perahan limau nipis.
  6. Sedia untuk dihidang.

#2 Udang Butter

Imej via Facebook

Hidangan ini seringkali kita jumpa di restoran – udang mentega. Anda juga boleh mencuba resepinya sendiri di rumah. Resepi ini dikongsikan oleh Rafidah Jamal di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 14-15 ekor udang
  • 3 biji bawang putih
  • 4-5 biji cili
  • Daun kari
  • 1 sudu mentega
  • ¼ cawan susu segar
  • Garam

Bahan sarang telur:

  • 2-3 biji telur kuning (dipukul dan boleh letak sedikit garam)
  • 1 sudu mentega
  • 1 cawan minyak masak

Cara-cara:

  1. Goreng udang yang disalut dengan garam dan kunyit. Goreng sekejap sahaja, kemudian ketepikan.
  2. Menggunakan kuali lain, panaskan mentega dan tumis bawang putih dan cili.
  3. Apabila naik bau, masukkan daun kari.
  4. Setelah kelihatan garing, masukkan susu segar dan garam.
  5. Masukkan udang yang digoreng tadi dan gaul rata.
  6. Setelah kelihatan agak kering, boleh angkat.
  7. Untuk sarang telur, panaskan minyak dan masukkan mentega dan terus pusingkan minyak dalam bentuk bulatan sehala dengan menggunakan senduk berbentuk bulat.
  8. Putarkan laju tetapi pastikan minyak tidak melimah ruah.
  9. Sambil putar, masukkan telur kuning sedikit demi sedikit. Tarik tinggi telur tersebut dari atas.
  10. Setelah berbuih, tapiskan.
  11. Taburkan sarang telur atas udang.
  12. Sedia untuk dihidang.

#3 Pad Kra Pao

menu makan malam
Imej via Facebook

Pad kra pao ini merupakan hidangan Thai yang cukup sesuai dijadikan menu makan malam. Cara penyediannya agak mudah, rugi jika anda tak cuba. Resepi ini dikongsikan oleh Fateen Najihah di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Ayam cincang
  • Segenggam daun basil
  • 2-3 biji telur ayam
  • 4-5 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili padi (ikut selera anda)
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Sos ikan
  • Garam
  • Gula
  • Kiub pati ayam

Cara-cara:

  1. Tumbuk cili dan bawang putih, kemudian tumis dalam kuali.
  2. Masukkan ayam dan gaulkan.
  3. Tuang semua, sos tiram, sos ikan/sotong, kiub pati ayam, dan perasa.
  4. Tambah sedikit air, kalau nak berkuah boleh letak banyak.
  5. Akhir sekali, letak daun basil, sekejap sahaja kemudian padamkan api.
  6. Letakkan telur di atas pinggan, kemudian kambus telur dengan ayam.
  7. Sedia untuk dihidang.

#4 Ayam Lemon

menu makan malam
Imej via Facebook

Hidangan ayam lemon ini kerap disajikan di restoran atau di hotel. Ingin buat sendiri di rumah? Cubalah, kerana resepinya juga mudah untuk dicuba! Resepi ini dikongsikan oleh Mohamad Firdaus di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 500 g isi ayam (dipotong dadu)
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Lada sulah
  • Tepung jagung

Bahan sos:

  • 1 biji lemon (dihiris dan dibuang biji)
  • 1 cawan air
  • 1 kiub pati ayam
  • 5 sudu besar gula
  • Sedikit pewarna kuning kunyit

Cara-cara:

  1. Perap isi ayam bersama bawang putih dan tambahkan lada sulah.
  2. Salutkan dengan tepung jagung dan gorengkan. Ketepikan.
  3. Untuk sos, campurkan semua bahan dalam kuali dan hidupkan api dapur.
  4. Setelah sebati, masukkan tepung jagung untuk pekatkan sos.
  5. Siramkan sos atas ayam yang digoreng tadi.
  6. Sedia untuk dihidang.

#5 Lala Masak Pedas

menu makan malam
Imej via Facebook

Jika anda sukakan makanan pedas, anda wajib cuba resepi lala masak pedas ini. Cara penyediaannya cukup mudah dan mengambil masa yang sekejap untuk disiapkan. Resepi ini dikongsikan oleh Cik Puan Sarah di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Lala
  • Cili merah besar
  • Cili padi merah (boleh ditambah mengikut kesukaan)
  • Serai
  • Bawang merah
  • Perencah
  • Daun limau *optional
  • Sos tiram

Cara-cara:

  1. Kisarkan bawang merah, cili merah dan cili api.
  2. Panaskan minyak, kemudian tumis serai.
  3. Masukkan bahan kisar tadi dan kacaukan.
  4. Masukkan sos tiram.
  5. Perasakan dengan perencah.
  6. Setelah air nampak kering, masukkan lala dan kacau serata.
  7. Setelah lala terbuka dan kering, boleh angkat.
  8. Sedia untuk dihidang.

#6 Tofu Masak Sos Tiram

menu makan malam
Imej via Facebook

Kedengaran ringkas sahaja hidangan ini, namun keenakkannya pasti akan mengujakan ramai. Bukan sahaja sedap, malah mengenyangkan! Resepi ini dikongsikan oleh Tieng Tieng di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 petak tofu lembut (dikukus 10 minit)
  • 2 ulas bawang putih cincang
  • ½ sudu besar udang kering (cuci & tumbuk/kisar kering)
  • 1 ½ sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 100 ml air
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit daun bawang
  • Sedikit bawang goreng

Cara-cara:

  1. Keluarkan tauhu lembut dari pengukus dan keringkan air berlebihan di sekelilingnya menggunakan tisu dapur.
  2. Tumiskan udang kering sehingga kelihatan sedikit keemasan, kemudian masukkan bawang putih dan tumis sehingga layu.
  3. Masukkan sos tiram dan kacau rata.
  4. Larutkan tepung jagung dengan air, kemudia tuangkan ke dalam tumisan sos tiram tadi. Kacau sebati.
  5. Biarkan berbuih sekejap dengan api kecil sehingga agak pekat, kemudian boleh tuangkan di atas tauhu lembut tadi.
  6. Hiaskan dengan bawang goreng dan daun bawang.
  7. Sedia untuk dihidang.

#7 Salmon Garlic Butter Sauce

Imej via Facebook

Ini merupakan hidangan yang kaya dengan rasa berlemak dan berempah – salmon garlic butter sauce. Ianya diinspirasikan daripada menu salmon di Ikea, memang sedap. Resepi ini dikongsikan oleh Irabella Munira di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Ikan salmon

Bahan perapan salmon:

  • Garam
  • Lada hitam
  • Bawang putih (dicincang halus) / garlic powder

Bahan sos:

  • Mentega
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu tepung gandum
  • Secubit lada hitam
  • Secubit parsley
  • Kiub pati ayam
  • Susu

Cara-cara:

  1. Perapkan salmon dengan bahan perapan, kemudian panggang hingga masak.
  2. Untuk sos, campurkan semua bahan dan masakkan.
  3. Tuangkan sos ke atas salmon yang dipanggang tadi.
  4. Sedia untuk dihidang.

#8 Chili Crab

menu makan malam
Imej via Facebook

Resepi ketam bercili ini sebenarnya diinspirakan daripada chili crab yang terkenal di Singapura. Anda juga boleh cuba resepinya sendiri di rumah. Resepi ini dikongsikan oleh Fara Amirullah di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  •  2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan cili kisar:

  • 15 tangkai cili kering 
  • 5 tangkai  cili api merah
  • Sedikit belacan
    (Kisar dan asingkan)

Bahan lain:

  • 2 sudu sos cili 
  • ketam
  • 2 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos seafood
  • 1 biji telur
  • Lada hitam
  • Lada sulah
  • Tepung jagung

Cara-cara:

  1. Kisar dan asingkan bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Tumis bahan kisar tadi.
  3. Setelah naik bau, masukkan cili kisar.
  4. Tumis hingga cili masak dan masukkan sos.
  5. Tambahkan lada hitam dan lada sulah.
  6. Masukkan air mengikut kepekatan kuah yang diingini. Kemudian, masukkan ketam.
  7. Tutup kuali dan besarkan api. Masak selama 5-7 minit untuk memastikan ketam masak sepenuhnya.
  8. Setelah ketam masak, masukkan telur yang dipukul.
  9. Kacau supaya ia sebati. Pastikan langkah 7 & 8 dilakukan secara cepat.
  10. Sedia untuk dihidang.

#9 Garlic Butter Grilled Steak & Shrimp

Imej via Facebook

Ada penggemar stik di sini? Stik juga sesuai dinikmati sebagai menu makan malam. Ianya juicy dan lembut isinya. Resepi ini dikongsikan oleh Lina Thomas di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 3 sudu besar mentega (suhu bilik)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu besar daun pasli segar (dicincang)
  • 1 sudu besar olive oil
  • 2 keping halal choice Strip Loin Steak atau New York Steak (Porterhouse Steak)
  • Garam dan lada hitam secukupnya
  • 250 g udang (dibersihkan, buang kulit, kepala dan ekor)
  • 8 batang asparagus

Cara-cara:

  1. Untuk garlic butter, satukan mentega, bawang putih dan daun parsli. Ketepikan.
  2. Panaskan kuali panggangan di atas api besar. Griskan dengan sedikit minyak masak.
  3. Keringkan stik dengan tisu. Lumur stik dengan minyak zaitun, garam dan lada hitam.
  4. Bakar stik selama 5 minit setiap belah atau sehingga masak.
  5. Bakar asparagus bersama stik dan balikkan sampai masak.
  6. Sapu separuh garlic butter tadi ke seluruh stik. Pindahkan stik ke pinggan dan rehatkan selama 5 minit.
  7. Sementara itu, cairkan mentega yang separuh lagi. Ketepikan
  8. Lumurkan udang dengan garam dan lada hitam.
  9. Menggunakan api sederhana besar, bakar udang selama 5 minit.
  10. Balik balikkan dan bakar sampai masak.
  11.  Tuangkan mentega cair ke atas udang dan angkat.
  12. Sedia untuk dihidang.

#10 Sotong Bakar Thai

Imej via Facebook

Kebanyakan restoran Thai ada menyediakan hidangan sotong bakar Thai ini. Anda juga boleh mencuba resepinya sendiri. Resepi ini dikongsikan oleh Fadhilah Esa di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Sotong bersai besar
  • Segenggam isi udang
  • 1 biji telur

Bahan sos:

  • 5 ulas cili kecil
  • 4 sudu gula
  • secubit garam
  • 3 sudu cuka makan
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • Sedikit air
  • Hirisan daun ketumbar

Bahan kisar untuk inti:

  • 1 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 hirisan halia

Cara-cara:

  1. Untuk inti, hancurkan isi udang & gaul dgn telur & bahan kisar.
  2. Sumbat inti tadi dalam sotong. Ambil lidi atau apa sahaja yang boleh cucuk untuk tutup sotong & kepala bersatu.
  3. Bakar sotong tadi kemudian setelah masak, potong sotong sedikit (namun pastikan ianya tidak terbelah).
  4. Untuk sos, tumis semua bahan sos.
  5. Masak sehingga mendidih kuahnya dan taburkan hirisan daun ketumbar.
  6. Curah sos tadi di atas sotong dan perahkan limau nipis.
  7. Sedia untuk dihidang.

Resepi Menarik Lain

Selain koleksi resepi menu makan malam, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.