Di negara Hungary, Langos merupakan “street food” yang amat popular. Rupanya bulat seperti pizza mini, nipis di bahagian tengah dan tebal di bahagian luar. Ianya boleh diletakkan bersama variasi inti mengikut kepada selera anda. Anda juga boleh menyediakan hidangan fusion dengan menggabungkan Langos bersama sambal kegemaran anda.

Tahukah anda, cara pembuatan Langos amat mudah? Walaupun ianya berasal daripada Hungary, bahan – bahannya mudah didapati disekitar kita. Ianya juga kena dengan tekak orang Malaysia. Sesuai untuk dijadikan hidangan minum petang bersama keluarga.

Resepi ini telah pun dikongsikan oleh Sai Aliyas dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Apa tunggu lagi, jom tengok!

Resepi Langos

langos

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 250g tepung gandum
  • 2/3 cawan susu (air susu ye)
  • 2ts yis (separuh paket mauripan)
  • 1tsp gula
  • 1tsp garam
  • 2tbs minyak masak

Cara – cara memasak:

  1. Satukan kesemua bahan sehingga sebati dan menjadi doh.
  2. Ulikan doh seperti bentuk pizza.
  3. Apabila sudah kembang, ambil doh sebesar penumbuk kecil.
  4. Leperkan dengan tangan dan lebarkan doh.
  5. Pastikan bahagian tengah doh nipis dan tebal ditepi.
  6. Gorengkan dengan api sederhana.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.