Churros adalah salah satu snek yang berasal daripada Spain dan Portugal. Rasanya rangup dan kosong didalam, amat enak untuk dimakan bersama dengan sos strawberi ataupun coklat. Churros kini menjadi amat popular di sekitar Malaysia, dan boleh didapati di gerai – gerai.

Namun kini, anda boleh mencuba sendiri untuk membuat churros kerana cara pembuatannya agak mudah dan bahan – bahannya juga senang untuk didapati. Bolehlah anda hidangkan ini semasa minum petang ataupun kepada tetamu anda. Pasti sahaja mereka terpegun kerana hidangan yang anda hidangkan unik dan sedap.

Tahukah anda, resepi churros yang kami bawakan kali ini telah mendapat banyak perkongsian di Facebook. Resepi ini telah dikongsikan oleh Nurul Sani. Tanpa membuang masa, jom kita tengok!

Resepi Churros Bersalut Sos Coklat

churros

image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan – bahan untuk membuat churros:

  • 1 cwn air*
  • 1 sudu gula*
  • sedikit asen vanila*
  • 1 sudu marjerin/butter
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 biji telur
  • gula castor (salut churros)

Bahan – bahan untuk membuat sos coklat:

  • bar coklat
  • susu cair
  • mentega

Cara – cara memasak:

Cara – cara memasak churros:

  1. Satukan dan masakkan bahan bertanda * sampai gula larut.
  2. Masukkan marjerin sampai cair.
  3. Masukkan tepung kacau sampai sebati dan jangan berketul. Tutup api.
  4. Masukkan telur. Kacau sehingga sebati.
  5. Masuk adunan dalam piping.
  6. Apabila sudah piping, bolehlah digoreng.
  7. Toskan minyak dan salutkan bersama gula castor.

Cara – cara memasak sos coklat:

  1. Double boil kan coklat bar.
  2. Apabila sudah cair, masukkn susu sejat dan kacau sehingga sebati
  3. Masukkan marjerin.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi churros ini, terdapat beberapa lagi resepi yang pastinya anda boleh cuba. Jangan lupa juga ya untuk kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan dan kenalan anda!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.