Resepi Ayam Kung Pao berasal daripada sebuah daerah di China yang bernama Sichuan. Ianya merupakan hidangan stir-fry yang berasaskan ayam dan kacang, digabungkan bersama dengan sayur-sayuran dan sos.

Ayam Kung Pao tidaklah sukar untuk disediakan, ianya juga tidak mengambil masa yang lama. Bahan – bahannya juga mudah untuk didapati. Sekiranya anda menginginkan juadah yang lain daripada yang lain, resepi ini khas buat anda.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Hasliza Abu Hassan dan terdapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!

Resepi Ayam Kung Pao

Resepi Ayam Kung Pao

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Cashew nut/peanut

Bahan 1:

  • 2 sudu kicap manis
  • 1 sudu kicap masin
  • 1 sudu kicap cair
  • 1 sudu cuka (saya guna apple cider vinegar)
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu minyak bijan
  • Bancuhan air tepung jagung (1 sudu tepung jagung + 1/2 cawan air)

Bahan Tumis:

  • 1/2 inci halia – cincang
  • 3 ulas bawang putih – cincang
  • Daun bawang bahagian putih sahaja – hiris
  • 5 tangkai cili kering, potong seinci-seinci dan rendam

Cara penyediaannya:

  1. Goreng cashew nut dan ketepikan.
  2. Ayam potong dadu, gaul dengan kicap cair, campur sedikit garam, serbuk lada hitam atau putih dan tepung jagung. Ketepikan.
  3. Campurkan bahan 1 dalam mangkuk dan ketepikan. Kacau sikit supaya gula hancur.
  4. Tumis bahan tumis satu persatu mengikut urutan. Apabila sudah wangi, masukkan air bancuhan kicap atau tepung jagung tadi.
  5. Masukkan juga ayam dan cashew nut. Gaul-gaulkan sehingga menyaluti ayam dan kuah menjadi pekat.
  6. Tutup api dan tabur daun bawang yang dipotong seinci-seinci, Gaul lagi.
  7. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.