Kuih Cara ialah kuih tradisional Malaysia yang sangat disukai orang ramai. Kuih Cara Manis selain rasa manis kuih itu sendiri, ia juga sangat sedap, gurih lembut di lidah, sehingga budak-budak pun sangat menyukai kuih ini. Kuih cara terbuat daripada tepung gandum yang digaul dengan air dan daun pandan.

Kuih Cara sangat sesuai untuk juadah harian. Apalagi untuk acara kenduri, kuih ini paling dicari kerana sangat sesuai untuk dijadikan kuih pencuci mulut. Aroma pandan daripada kuih cara sangat merangsang selera. Kuih Cara terdapat dalam berbagai macam jenis, rasa dan bentuk yang menarik.

Anda boleh membuat kuih cara di rumah, tidak perlu pergi bazar atau kedai tepi jalan. Untuk anda yang tidak boleh memakan makanan manis, anda boleh mengurangkan kadar gula dalam adunan kuih cara ini. Step membuatnya sangat simple dan tidak memakan masa.

Anda mencari resepi kuih cara yang sangat senang namun sedap dan lazat? sekarang kami akan kongsikan kepada anda resepi kuih cara manis yang dikongsikan oleh Affisah Husin di facebook. Resepi ini mendapat perkongsian sebanyak 1.6K. Sila baca dan praktikkan resepi ini..

Resepi Kuih Cara Manis

Resepi Kuih Cara Manis

Imej via facebook

Bahan yang Digunakan

  • Daun Pandan (kalau tidak ada daun pandan boleh menggunakan perisa pandan)
  • 2 cawan air
  • 1 kotak santan 200 ml
  • 2 biji telur
  • 3 cawan gandum
  • Sedikit garam
  • Gula secukupnya

Cara Membuat Kuih Cara Manis

1. Potong daun pandan dan blender dengan 2 cawan air, Tapiskan.

2. Masukkan telur 2 biji, 1 kotak santan ,3 cawan gandum, sedikit garam dan air tapisan pandan tadi.

3. Blender sekali lagi. tapiskan.

4. Panaskan acuan dangan api slow ya. Lepas tu sapu minyak jangan bagi minyak bertakung dalam acuan cara tu pulak.

5. Boleh tuang bahan tadi jangan bagi limpah ruah pulak. 1-2 minit boleh masuk gula dan tutup.

6. Bakar lebih kurang 4-5 minit. Tak perlu terbalikkan ya.

7. Siap jangan terus dingap dalam mulut kang melecur mulut tuu hehehe.

resepi kuih cara manis

Imej via facebook

Macam mana? sangat senang bukan? selamat mencuba…

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Kuih Cara Manis ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya..

 

Penulis: Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.