Karipap Kentang Daging, salah sebuah juadah yang amat lazat. Lagi – lagi jika disediakan sendiri. Pasti sahaja penuh intinya. Sekali gigit, penuh di mulut!

Kali ini, kami bawakan resepi karipap kentang daging buat anda semua. Jadi, bolehlah anda hidangkan kepada keluarga anda. Pasti  mereka makan bertambah – tambah. Tak cukup satu!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Hamidah Hamid dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom scroll down!

Resepi Karipap Kentang Daging

 

karipap kentang daging

image via Facebook 

Bahan – bahan:

Kulit karipap:

  • 1 kg tepung
  • 1/2 cawan minyak
  • 2 sdb marjerin
  • 2 sdk garam halus
  • 2 sdb air kapur
  • Air sejuk

Inti karipap:

  • 3 sdb serbuk kari
  • Cili (dikisar)*
  • Kentang (dipotong dadu, direbus sehingga empuk dan ditapis)
  • 2 labu bawang besar (dipotong dadu)*
  • 3 ulas bawang putih (dihiris nipis)*
  • Daun sup (dipotong halus)
  • Daging (dipotong kecil – kecil)

Cara – cara memasak:

Kulit karipap:

  1. Panaskan minyak masak bersama marjerin. Gaulkan didalam tepung menggunakan sudip.
  2. Larutkan garam halus bersama sejuk dan masukkan kedalam adunan.
  3. Masukkan air kapur dan gaul sehingga rata.
  4. Masukkan air sejuk dari peti ais sehingga menjadi doh.
  5. Rehatkan sebentar dan bolehlah mencanai.
  6. Masukkan inti dan goreng.
  7. Siap!

Inti karipap:

  1. Tumiskan bahan bertanda (*) sehingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kari yang telah dilarutkan didalam air sedikit.
  3. Apabila sudah wangi, masukkan daging sehingga empuk.
  4. Masukkan kentang dan gaul mesra.
  5. Letakkan garam dan serbuk perasa.
  6. Letakkan daun sup.
  7. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.