Kastard Buah Segar, salah sebuah hidangan pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai orang. Ianya amat sesuai untuk kesemua lapisan umur. Dengan rasanya yang berlemak daripada susu dan manis masam buah, pasti sahaja menguji deria rasa sesiapa yang menikmatinya.

Cara pembuatan kastard buah segar amatlah mudah, semudah 1, 2, 3! Ianya boleh disediakan dalam masa yang singkat, menjadikan ia salah sebuah resepi yang sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu.

Kastard buah segar juga mempunyai bahan yang mudah untuk didapati, boleh sahaja anda menggunakan bahan yang sudah ada di rumah! Resepi ini telah dikongsikan oleh Nur Lyanti Net Saadun di laman Facebook milik beliau. Jom kita lihat.

Resepi Kastard Buah Segar

kastard buah segar

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 tin buah – buahan campuran
  • 1 tin buah laici
  • Nata de Coco
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air
  • 3 sudu besar tepung kastard (dibancuh dengan air masak dan tapisan, disukat 1 tin)
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu pekat
  • Secubit garam halus
  • 2 penutup esen vanilla
  • 1 penutup pewarna kuning

Cara – cara masakan:

  1. Campurkan susu cair, air, susu pekat, gula pasir, secubit garam, pewarna kuning, esen vanilla dan kacau sehingga mendidih.
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan bancuhan tepung kastard yang dibancuh menggunakan air masak dan matikan api.
  3. Kacau perlahan – lahan sehingga kelihatan pekat menggunakan hand whisk supaya kastard tidak melekat pada dasar periuk.
  4. Apabila sebati, biarkan kuah kastard sejuk.
  5. Apabila sudah betul – betul sejuk, tuangkan kuah kastard tadi kedalam bekas yang berisi buah segar seperti strawberi, epal merah, laici, anggur dan lain lain.
  6. Untuk hiasan, boleh taburkan biji selasih dan kismis campuran.
  7. Untuk lagi sedap, boleh masukkan ketulan ais atau sejukkan pencuci mulut didalam peti ais sebelum dihidangkan.
kastard buah segar

image via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi ini, ada lagi variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan artikel ini bersama rakan – rakan anda!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.