Resepi kuih talam yang mudah dan sedap. Kuih talam merupakan salah satu kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai. Selain dari rasanya yang sedap, cara membuat kuih talam ini juga sangat unik iaitu dengan menggunakan talam sebagai acuan. Kuih talam pada mulanya hanya dibuat dengan menggunakan bahan asas seperti santan dan ubi kayu atau santan dan tepung.
Seiring dengan masa yang berlalu, kuih talam telah diinovasikan menjadi pelbagai bentuk dan perasa. Disebabkan itu, terdapat pelbagai jenis kuih talam yang menjadi kegemaran ramai seperti kuih talam lapis, kuih talam cendol, kuih talam vanilla coklat yang menjadi kegemaran kanak-kanak masa kini dan banyak lagi. Jom tengok pelbagai resepi kuih talam yang dikongsikan di bawah.
Kuih talam gula merah merupakan kuih talam yang mudah untuk dijumpai di pasar. Rasa gula melaka bersama santan yang berlemak sememangnya menjadi pilihan mereka yang datang ke pasar untuk mencari kuih bagi dihidangkan ketika sarapan. Jom tengok cara membuat kuih talam ini dengan resepi yang dikongsi oleh Jalilah di laman facebook.
1)Sediakan kuali dan masukkan gula merah, gula pasir dan air.
2)Panaskan dengan api perlahan dan kacau sehingga sebati.
3)Setelah bahan sebati, ketepikan dan sejukkan.
4)Kemudian bancuh sebati bahan yang telah dipanaskan tadi dengan tepung gandum, tepung ubi, air dan air kapur.
5)Setelah sebati tapiskan.
6)Panaskan pengukus terlebih dahulu.
7)Sapukan loyang dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.
8)Tuangkan acuan tadi ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.
9)Lapkan air yang terdapat di permukaan kuih dengan tisu.
10)Gariskan lapisan bawah kuih dengan garfu.
1)Campurkan santan, tepung gandum, garam dan tepung jagung.
2)Kacau sebati kemudian tapiskan.
3)Masukkan acuan di atas lapisan bawah tadi.
4)Kukus selama 20 minit sehingga masak.
Kuih talam pandan atau dikenali sebagai kuih tepung talam sememangnya sangat popular dalam kalangan masyarakat Melayu. Rasa santan di bahagian atas yang kaya dengan rasa lemak dan masin melengkapkan rasa tepung pandan yang manis. Jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Danial Hadi di laman facebook.
1)Blend daun pandan dengan air dan tapiskan.
2)Tuang air pandan ke dalam tepung gandum, tepung ubi, santan dan garam.
3)Kacau rata dan tapiskan ke dalam bekas lain.
4)Sapu acuan dengan sedikit minyak dan tuang sesudu besar atau lebih sedikit (sudu masakan) adunan pandan kat dalam acuan lompang saiz besar.
5)Kukus selama 10 minit dengan api sederhana.
1)Masukkan semua bahan dan kacau sebati.
2)Tapis bahan yang telah dikacau.
3)Bila adunan lapisan bawah sudah masak, tuang 1 sudu besar atau lebih sedikit adunan ke dalam acuan tadi.
4)Kukus selama 15 hingga 20 minit.
5)Sejukkan kuih dan keluarkan dari acuan.
6)Potong dan letakkan ke dalam pinggan.
7)Kuih siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
Kuih talam labu merupakan salah satu variasi kuih talam yang cukup terkenal. Sering dijadikan menu berbuka puasa Ketika bulan Ramadhan kerana keunikan labu yang diganbungkan bersama acuan santan menjadikan rasa kuih talam ini cukup lembut dan unik. Resepi kuih talam labu ini dikongsi oleh Nurul Jannah di laman facebook.
1)Sediakan mangkuk dan masukkan semua bahan di atas kecuali santan masukkan sedikit sahaja dan kacau rata.
2)Setelah adunan rata dan tidak berketul, masukkan baki santan.
3)Masukkan adunan santan ke atas adunan labu. Lorekkan bahagian permukaan labu bagi membantu santan melekat.
4)Kukus selama 20 hingga 25 minit.
5)Semasa 5 minit terakhir, buka penutup periuk kukus bagi memastikan air di permukaan atas kering.
6)Angkat kuih dan biarkan sejuk.
7)Setelah sejuk, sisihkan kuih di bahagian-bahagian tepi loyang supaya kuih senang untuk dikeluarkan.
8)Potong kuih menggunakan pisau plastik.
9)Hidangkan kuih ke dalam pinggan dan kuih siap untuk dimakan. Selamat mencuba.
1)Sediakan pengukus dan kukus labu sehingga lembut.
2)Sediakan blender dan masukkan kesemua bahan di atas. Bland sehingga sebati.
3)Sediakan loyang dan oles dengan minyak masak.
4)Masukkan adunan ke dalam loyang dan pecahkan buih dengan menggunakan lidi.
5)Kukus kuih taman selama 30 minit menggunakan api sederhana.
Kuih talam tradisional ini cukup sedap. Disebabkan kuih talam ubi kayu ini banyak dibuat oleh orang Terengganu dan Kelantan, ramai yang tidak dapat mengagak resepi yang digunakan oleh orang pantai timur ini untuk menjadikan kuih talam ini sedap. Jangan risau, jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Ni Aini ini. Sangat mudah untuk diikuti.
1)Satukan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk dan kacau rata.
2)Masak semua bahan sehingga pekat.
3)Sapu loyang dengan minyak dan lapik plastik.
4)Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 8 x 8.
5)Kukus selama 25 minit.
1)Bancuh ke semua bahan diatas.
2)Tapis ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
3)Tuang adunan ke atas lapisan bawah.
4)Kukus selama 30 minit.
5)Setelah masak, sejukan kuih sebelum dipotong.
6)Kuih siap! Selamat mencuba!
Bagi mereka yang teringin untuk makan kuih talam keladi, tetapi susah untuk dijumpai, jangan risau, jom tengok resepi yang dikongsi oleh Zaleha Yusof. Resepi yang cukup simple dan mudah untuk dibuat.
1)Sediakan loyang petak 10×10 inci atau loyang bulat 10 inci.
2)Sapu minyak dan alas loyang dengan plastik.
3)Masukkan keladi rebus ke dalam loyang dan ratakan.
4)Campurkan tepung, garam dan gula. Bancuh dengan santan hingga sebati.
5)Tapis dan tuang ke dalam periuk.
6)Masak di atas api sehingga naik wap dan tuang ke dalam loyang berisi keladi tadi.
7)Kukus selama 25 minit.
1)Satukan ke semua bahan dan bancuh hingga sebati.
2)Tapis dan masukkan adunan ke dalam periuk.
3)Panaskan atas api sehingga naik wap.
4)Pastikan adunan sentiasa di kacau.
5)Bila adunan naik wap,tuang adunan ke dalam loyang keladi tadi.
6)Garis-gariskan dahulu lapisan keladi tadi menggunakan garfu supaya lapisan atas kuih melekat dengan lapisan bawah kuih.
7)Tutup loyang dengan plastik supaya permukaan kuih licin dan rata.
8)Kukus selama 20 minit dan buka plastik tadi.
9)Sambung mengukus 10 minit lagi.
10)Pastikan lap penutup kukusan setiap 10 minit untuk mengelakkan air wap jatuh ke atas kuih.
11)Tunggu sehingga kuih sejuk sebelum di potong.
12)Hidangkan kuih yang telah dipotong ke dalam pinggan dan siap!
Kalau tadi kuih talam keladi, kali ini jom tengok resepi yang lain dari yang lain iaitu kuih talam sagu. Gabungan biji sagu yang kenyal dan padat memberikan tekstur yang berlainan berbanding dengan kuih talam biasa. Resepi ini dikongsi oleh Zaleha Yusof di laman facebook.
1)Sapu loyang dengan sedikit minyak.
2)Masukkan sagu dan gula ke dalam loyang.
3)Tambahkan air separas dengan sagu, letakkan pewarna dan kacau sehingga rata.
4)Panaskan periuk kukus.
5)Kukus lapisan bawah selama 10 minit.
6)Masukkan semua bahan lapisan atas ke dalam periuk. Kacau sekejap di atas api sehingga acuan sedikit pekat.
7)Apabila lapisan sagu masak, lorekkan dengan menggunakan garfu.
8)Tuang adunan lapisan atas dan kukus selama 20 hingga 25 minit.
9)Hidangkan ke dalam pinggan dan siap!
Bagi peminat jagung, anda pastinya akan suka dengan resepi kuih talam kali ini. Menggunakan kastard jagung sebagai bahan pengganti, menjadikan aroma dan warna kuih kelihatan cantik dan menarik. Jom tengok cara membuat kuih talam ini dengan resepi yang dikongsi oleh Resepi Enak di website miliknya.
1)Sediakan blender dan masukkan ke semua bahan kecuali jagung.
2)Setelah bahan dibland sebati, tuangkan ke dalam kuali.
3)Masukkan jagung dan kacau di atas api sederhana sehingga naik wap.
4)Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.
5)Sapu loyang dengan minyak dan lapik dengan plastik.
1)Bland ke semua bahan di atas.
2)Masak sekejap di atas api.
3)Corekkan permukaan kuih lapisan bawah menggunakan garfu.
4)Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus lagi 20 minit sehingga masak. (balut tutup kukus dengan kain, supaya wap tidak menitik ke atas kuih)
5)Selamat Mencuba!
Tidak dinafikan kuih talam ini merupakan antara kuih talam yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu. Hal ini kerana lauk yang terdapat di dalam kuih talam itu boleh ditukar mengikut citarasa anda. Kebiasaannya kuih talam ini menggunakan udang kering, daging kisar ataupun udang segar sebagai lauk di dalamnya. Jom tengok resepi yang dikongsi oleh Zaleha Yusof ini.
1)Masukkan ke semua bahan ke dalam blender dan bland sehingga sebati.
2)Tapis adunan dan tuang ke dalam bekas.
3)Asingkan adunan ¼ cawan dan ketepikan.
1)Hiris halus bawang merah, bawang putih, cili merah, daun sup dan daun bawang.
2)Tumbuk udang kering sehingga halus.
3)Goreng bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan, angkat.
4)Masukkan udang kering. Setelah naik bau dan garing, masukkan udang hidup yang telah dibuang kulit diikuti dengan cili merah.
5)Letak sedikit serbuk lada sulah, gula dan garam secukup rasa. Kacau rata.
6)Bila udang sudah masak, tutup api dan masukkan bawang yang digoreng tadi bersama daun sup dan daun bawang. Kacau rata dan ketepikan.
1)Tuang adunan bahagian bawah ke dalam bekas yang disapu dengan sedikit minyak.
2)Kukus selama 15 minit.
3)Buka tudung periuk, tabur bahan lauk yang telah digoreng tadi dan ratakan.
4)Titiskan tepung yg diasing tadi sedikit demi sedikit ke atas permukaan lauk tadi untuk melekatkannya.
5)Kemudian sambung kukus selama 45 minit.
6)Biarkan adunan sejuk sebelum dipotong.
7)Hidangkan ke dalam pinggan. Selamat Mencuba!
Kuih talam koleh kacang sememangnya sangat sedap, terutamanya teksture kuih yang lembut dan aroma kacang yang cukup menaikkan selera anda. Kuih koleh kacang ini juga mempunyai rasa kacang yang sangat kuat dan digabungkan dengan rasa manis gula dan lemak yang terdapat dari santan. Kali ini resepi dikongsi oleh Zaleha Yusof di laman facebook.
1)Sediakan kuali, masukkan santan dan garam ke dalam kuali.
2)Masak dengan api perlahan sehingga menjadi tahi minyak dan bertukar warna kekuningan.
3)Tapis supaya tahi minyak tidak hitam dan tabur di atas kertas.
4)Minyaknya jangan dibuang, guna 1 1/2 sudu besar minyak untuk dimasukkan ke dalam adunan supaya berkilat.
1)Masak bahan A sehingga gula hancur dan mendidih.
2)Tapiskan menjadi 500ml (jangan sampai air gula pekat).
3)Satukan bahan B, kacau selama 40 minit dengan menggunakan api perlahan hingga sebati.
4)Setelah adunan sebati, tapiskan ke dalam kuali.
5)Masukkan bahan A ke dalam bancuhan B, kacau diatas api sederhana besar sehingga pekat dan tidak melekat di periuk (jangan terlebih pekat sangat nanti jadi kuih plastik).
6)Masukkan 1 ½ sudu besar minyak supaya berkilat.
7)Lapik loyang dengan kertas dan sapukan kertas dengan majerin.
8)Apabila acuan telah masak, tuang acuan kedalam loyang.
9)Tabur tahi minyak ketika adunan masih panas supaya tahi minyak melekat di atasnya.
Bagi anda yang pening memikirkan menu minum petang, apa kata anda cuba resepi kuih talam suji yang dikongsi oleh Niessa Chang ini. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat sikit dan mudah didapati. Jom tengok resepi di bawah.
1)Rendam bahan A selama 30 minit.
2)Satukan semua bahan B dalam bekas lain, kacau sebati dan tapis.
3)Satukan bahan A dan B ke dalam kuali.
4)Kacau adunan di atas api yang sederhana. Kacau biar sedikit likat (adunan akan nampak seperti terangkat sedikit dari periuk).
5)Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan alas plastik di atas loyang supaya senang untuk mengeluarkan kuih talam.
6)Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 25 minit.
1)Larutkan bahan A dan masak sekejap. Ketepikan biar sejuk.
2)Masukan semua bahan B dlm 1 bekas, kacau hingga sebati.
3)Satukan bahan A dan bahan B kemudian blend.
4)Kacau bahan adunan di atas api yang sederhana. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair.
5)Tuang adunan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
Pasti anda jarang mendengar mengenai kuih talam muka pulut hitam ini. Kuih talam ini merupakan salah satu dari variasi kuih talam yang baru. Walaupun begitu, kekenyalan beras pulut yang terdapat pada kuih talam ini pasti akan memberikan anda rasa yang lain dari kuih talam yang biasa. Jom tengok resepi yang dikongsi oleh Resepi Isteri Viral.
1)Pulut hitam dibersihkan dan direndam sebentar kira-kira 30 minit.
2)Rebus pulut hitam selama 1 1/2 jam.
3)Rendamkan pulut yang telah direbus ke dalam air panas lebih kurang 1 jam lagi. Kemudian toskan.
4)Rendam pulut biasa dalam air sejuk lebih kurang 1 jam juga. Kemudian toskan.
5)Gaulkan pulut hitam bersama pulut putih sehingga rata.
6)Masukkan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik. Ratakan.
7)Campurkan santan, garam dan gula. Kacau hingga sebati.
8)Masukkan santan cair yang telah sebati keatas pulut, ratakan.
9)Kukus selama 20 minit sehingga pulut kembang.
10)Apabila pulut kembang, kacaukan sedikit dan padatkan semula pulut tadi. Ketepikan.
1)Campurkan semua bahan diatas kecuali gula.
2)Kacau sebati dan tapiskan ke dalam periuk.
3)Masukkan gula dan sedikit pewarna hijau. Kacau rata.
4)Masak adunan di atas api yang perlahan sehingga naik wap.
5)Tuang adunan di atas lapisan bawah. (lapisan bawah mestilah masih panas. Kalau telah sejuk, kukuskan semula atau bancuhkan 1 sudu makan tepung jagung + 2 sudu makan air. Sapu rata diatas pulut dan kukus sebentar).
6)Tuangkan adunan hijau tadi diatas pulut.
7)Kukus semula dengan api sederhana perlahan selama 30 minit.
8)Bila telah masak, ketepikan dan sejukkan.
9)Potongkan dan sedia untuk dihidang.
Kuih talam ini sememangnya sangat unik jika dibandingkan dengan kuih talam yang lain. Kuih talam ini sememangnya dibuat mengikut warna dan rasa cendol yang sebenar. Lemak dari santan juga menjadikan kuih talam ini sedap untuk dijadikan minum petang. Resepi ini dikongsi oleh Niessa Chang di laman facebook miliknya.
1)Campurkan semua bahan kecuali cendol dan gaul hingga sebati.
2)Masak hingga adunan naik wap.
3)Setelah wap naik, masukkan cendol ke dalam adunan dan tuang kedalam loyang.
4)Kukus selama 25 minit atau hingga masak.
1)Masak gula hingga hancur dan tapis.
2)Campurkan air gula bersama bahan B.
3)Kacau rata kemudian masak hingga naik wap.
4)Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit hingga masak.
Anak-anak anda pastinya akan tertarik dengan kecantikan warna kuih talam ini. Cara membuatnya yang cukup mudah dan sedap menjadikan kuih talam ini banyak dijual di kedai-kedai makan. Kuih talam ini dikukus berlapis-lapis bagi mendapatkan lapisan Pelangi yang cantik. Jom tengok resepi dari Zaleha Yusof.
1)Campurkan semua bahan di atas dan asingkan santan suku cawan serta gula. Kacau sebati.
2)Masak santan yang diasingkan tadi bersama gula dan campurkan bersama bahan tepung tadi.
3)Agihkan adunan kepada beberapa warna yang menjadi pilihan.
4)Adunan yang berwarna memerlukan 250ml adunan manakala yang berwarna putih hanya 200ml.
5)Tuangkan adunan putih dengan adunan yang berwarna secara berselang seli.
6)Ulang proses yang sama sehingga adunan habis.
7)Kukus setiap lapisan selama 7 minit dan lapisan terakhir selama 15 minit.
8)Biarkan kuih sejuk dan potong petak-petak.
9)Hidangkan kuih ke dalam pinggan dan siap!
Selain dari resepi kuih talam, kami juga menulis mengenai resepi-resepi menarik yang lain. Jangan lupa untuk meninggalkan komen dan share resepi ini dengan rakan-rakan. Selamat mencuba!