Mencari resepi kuih-muih Kelantan?

Kelantan merupakan negeri Pantai Timur yang bukan sahaja kaya dengan tarikan pelancongan, malah jenis makanan juga ada berbagai. Tidak tertakluk kepada makanan berat sahaja kerana kuih-muih mereka ada pelbagai jenis.

Jadi, adakah anda ingin mencuba resepi kuih-muih mereka? Untuk itu, berikut kami senaraikan 10 resepi kuih-muih Kelantan untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Akok

resepi kuih muih kelantan
Imej via Facebook

Sebut sahaja tentang kuih-muih Kelantan, pasti nama kuih akok akan terlintas di fikiran anda. resepi kuih ini juga agak mudah untuk dicuba. Resepi ini dikongsikan oleh Sitisarah Hamid di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 6 biji telur
  • 2 keping gula melaka besar (kalau yang kecil 3 keping)
  • 1cawan santan
  • ½ sudu kecil garam
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • ¼ cawan air

Cara-cara:

  1. Masak gula melaka dengan air.
  2. Kisar bahan di atas hingga sebati atau kacau menggunakan tangan.
  3. Bakar menggunakan pembakar kek cawan.
  4. Sedia untuk dihidang.

#2 Butir Nangka

resepi  kuih muih kelantan
Imej via Facebook

Butir nangka atau bubur butir nangka ini merupakan satu lagi kuih tradisional Kelantan. Melihat gambar pun mampu bikin terliur! Cara penyediaannya juga ringkas. Resepi ini dikongsikan oleh Kak MJ di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan-bahan doh:

  • 3 cawan tepung pulut
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1½ cawan air
  • Pewarna
  • Air untuk merebus
  • Sedikit garam
  • 2 helai daun pandan

Bahan-bahan kuah:

  • 1 kotak santan
  • Air secukupnya
  • Sehelai daun pandan
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Uli tepung pulut, tepung gandum & air sampai jadi doh.
  2.  Asingkan dan warnakan. Kemudian bentukkan saiz butir nangka kecil2.
  3. Panaskan air di dalam periuk, letak daun pandan dan sedikit garam.
  4. Bila air menggelegak masukkan butir nangka satu per satu.
  5. Bila timbul, angkat dan masukkan dlm air sejuk/ air ais.
  6. Di dalam periuk, masukkan air, gula, daun pandan & garam. Sukatan air mengikut kuah yg anda mahu.
  7. Masak air sehingga menggelegak dan gula hancur. Kemudian kecilkan api.
  8. Masukkan santan dan kacau rata.
  9. Kemudian masukkan butir nangka. Renehkan dgn api perlahan.
  10. Kacau sekali sekala dan siap untuk dihidang.

#3 Kuih Ulat Bulu

resepi kuih muih kelantan
Imej via Facebook

Melihat gambarnya, anda pasti merasakan yang kuih ulat bulu ini kelihatan comel, bukan? Rasanya juga sedap, jadi cubalah buat sendiri. Resepi ini dikongsikan oleh Siti Norazliana di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Pewarna ungu
  • Air secukupnya

Bahan lain:

  • Inti kacang merah segera (disejukkan semalaman dalam peti ais)

Cara-cara:

  1. Campur semua bahan dan uli menjadi doh.
  2. Masukkan inti ke dalam doh.
  3. Sejukkan di dalam peti ais supaya inti mengeras.
  4. Keluarkan dan rebus hingga masak.
  5. Setelah siap direbus, gaulkan bersama kelapa parut.
  6. Sedia untuk dihidang.

#4 Cek Mek Molek

resepi kuih muih kelantan
Imej via Facebook

Satu lagi kuih tradisional Kelantan yang sudah tidak asing lagi namanya – kuih cek mek molek. Kuih ini juga sangat mudah untuk dibuat. Resepi ini dikongsikan oleh di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1½ kilo ubi keledek (direbus hingga empuk)
  • 1 sudu kecil marjerin
  • 2 cawan tepung gandum
  • Gula untuk inti
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Lenyek-lenyekkan keledek.
  2. Uli keledek bersama marjerin tadi.
  3. Masukkan tepung gandum dan uli hingga tidak melekat pada tangan.
  4. Bulat-bulatkan kemudian masukkan 1 sudu kecil gula sebagai inti.
  5. Gorengkan dan sedia untuk dihidang.

#5 Badak Berendam

Tiada penerangan foto disediakan.
Imej via Facebook

Kuih badak berendam ini pasti merupakan salah satu kuih kegemaran anda, bukan? Tidak dinafikan, ianya merupakan antara kuih tradisional yang enak dan mudah dibuat. Resepi ini dikongsikan oleh Irhana Canella di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Tepung pulut
  • Air kapur
  • Pewarna hijau
  • Gula melaka (dipotong kecil)
  • Santan pekat
  • Sedikit garam
  • Sedikit tepung beras

Cara-cara:

  1. Uli tepung pulut, air kapur dan pewarna hingga menjadi doh.
  2. Bulat-bulatkan dan masukkan gula melaka sebagai inti. Susunkan bebola di dalam bekas kecil.
  3. Bancuh santan bersama tepung beras dan masukkan garam. Pastikan tekstur tidak pekat dan tidak cair.
  4. Masukkan santan ke dalam bekas kecil berisi bebola tadi.
  5. Kukus hingga masak selama 15 minit.
  6. Sedia untuk dihidang.

#6 Lompat Tikam

Kuih ini memang mudah didapati, namun tidak salah jika anda ingin mencuba resepinya sendiri. Ianya agak mudah untuk disediakan. Resepi ini dikongsikan oleh Fiezz Eyzah Thani di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahagian bawah:

  • 100 g tepung beras
  • 7-8 helai daun pandan dalam 7-8 helai (dikisar)
  • 1000 g air (dicampur dengan daun pandan yang telah dikisar)
  • Sedikit garam

Bahagian atas:

  • 100g tepung beras
  • 200g santan pekat
  • 800g air
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  1. Untuk bahagian bawah, bancuh semua bahan di atas dan kacau di atas api hingga kental.
  2. Tuangkan ke dalam bekas.
  3. Untuk bahagian atas, bancuh dan kacau bahannyai atas api hingga kental.
  4. Tuang di atas bahagian bawah yang berwarna hijau tadi.
  5. Sejukkan dan masak air gula.
  6. Tuangkan air gula di atasnya dan sedia untuk dihidang.

#7 Sira Labu

Imej via Facebook

Sira labu merupakan pencuci mulut bersira yang cukup popular di kelantan. Tak perlu jauh-jauh ke Kelantan, anda sendiri boleh mencuba resepinya. Resepi ini dikongsikan oleh Nor Liyana di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 biji labu
  • Air kapur
  • Gula melaka
  • Daun pandan
  • Secubit garam

Cara-cara:

  1. Bersihkan labu dan rendam di dalam air kapur selama 3 jam.
  2. Susunkan labu dalam perut dan masukkan daun pandan, gula melaka dan garam.
  3. Rebus hingga empuk. Jika labu nampak kering, masukkan sedikit air.
  4. Setelah labu empuk dan gula melaka tampak berkilat, sedia untuk dihidangkan.

#8 Kuih Tahi Itik

Imej via Facebook

Nama kuih ini memang unik, namun jangan risau. Rasanya memang sedap, ada rasa lemak berkrim yang cukup memuaskan hati. Resepi kuih tahi itik ini juga mudah untuk dicuba. Resepi ini dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 10 biji putih telur
  • 500 ml santan
  • 400 g gula pasir (boleh kurangkan kalau nak kurang manis)
  • 100 g tepung pulut
  • 150 g tepung beras
  • Sehelai daun pandan (dicarik)
  • Sedikit esen vanila

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan dan kacau atas api sehingga masak dan nampak sedikit berkilat. Biarkan sejuk.
  2. Bulatkan atau boleh dibentuk mengikut kesukaan sendiri.
  3. Sedia untuk dihidang.

#9 Kuih Nekbat

Imej via Facebook

Kuih ini kerap menjadi buruan ramai semasa bulan puasa. Anda tak perlu tunggu bulan puasa, buat sendiri pun boleh kerana resepi dan bahannya memang ringkas. Resepi ini dikongsikan oleh Siti Nur Zafikah di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Gula + air (mengikut kemanisan)
  • 4-5 kuntum bunga cengkih
  • Daun pandan  (disimpul)
  • Nekbat (segera)

Cara-cara:

  1. Masak air gula , letak bunga cengkih, daun pandan dan masukkan nekbat.
  2. Bila nekbat sudah kembang, matikan api.
  3. Sedia untuk dihidang.

#10 Kuih Kato

Imej via Facebook

Ini merupakan antara kuih tradisional Kelantan yang popular – kuih katun atau lebih dikenali dengan nama kuih kato. Rugi jika tak cuba kerana resepinya cukup mudah. Resepi ini dikongsikan oleh Siti Faizah Mohd Nawi di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung pulut
  • 1 cawan tpung gandum
  • Sedikit air kapur
  • Sedikit pewarna (mengikut kesukaan)
  • Sedikit minyak
  • Daun pisang / plastik untuk alas
  • Kelapa parut (dicampur dengan garam)
  • Gula melaka (dicairkan)

Cara-cara:

  1. Satukan tepung gandum dan sedikir air kapur.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli-ulikan hingga menjadi doh.
  3. Untuk warna, boleh masukkan pewarna dan pastikan warnanya tidak terlalu terang. Boleh juga gantikan dengan air daun pandan.
  4. Sapu minyak pada loyang dan alas daun pisang atau plastik. Sapu minyak pada alas juga.
  5. Letakkan adunan tepung tadi dan penyet-penyetkan.
  6. Kukus hingga masak.
  7. Gunakan garpu atau lidi untuk pastikan adunan tidak melekat.
  8. Sejukkan kemudian potong kecil sebesar ibu jari.
  9. Cairkan gula melaka untuk digunaan sebagai kuah.
  10. Sedia untuk dihidang.

Resepi Menarik Lain

Selain koleksi resepi kuih-muih Kelantan, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.