Rojak pastinya disukai oleh pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia ini. Rojak juga mempunyai pelbagai cara untuk disediakan dengan variasi bahan yang berbeza bagi setiap resepi.

Kuah rojak ini senang untuk disediakan oleh sesiapa sahaja dan memakan masa yang sedikit sahaja. Jika anda mempunyai masa terluang dan ingin mencuba sesuatu yang baharu jadi resepi ini sangatlah sesuai untuk anda.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Hasliza Suboh di laman sosial Facebook miliknya. Tanpa melengahkan masa, mari kita lihat bahan-bahan dan cara-cara penyediaan kuah rojak yang pastinya sedap ini.

Resepi Kuah Rojak

kuah rojak

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Segenggam lada kering*
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1 cawan kacang tanah dikisar
  • 1 cawan biskut Marie ditumbuk
  • 1 sudu jintan kasar
  • 1 sudu jintan halus
  • Air asam jawa
  • 2 sudu bijan

Cara – cara memasak:

  1. Gorengkan bahan – bahan yang bertanda (*) dengan api yang kecil, kemudian toskan.
  2. Masukkan kesemua bahan kedalam pengisar.
  3. Tambahkan air sedikit bagi memudahkan kisaran.
  4. Masukkan bahan yang sudah dikisar kedalam periuk.
  5. Tidak perlu menumis, hanya biarkan dan perasakan bersama gula, garam, serbuk perasa.
  6. Apabila sudah mendidih, masukkan bijan, kacau sehingga sebati dan boleh matikan api.
  7. Siap!

Nota: Anda juga bolehlah menambah bahan lain seperti:

  • Telur rebus
  • Tahu tempe
  • Cucur udang
  • Kentang rebus
  • Lada besar

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.