Corn Dog, hidangan yang amat popular di media sosial. Ia selalunya dilihat dimana – mana sahaja apabila melayari laman sosial. Dan sekiranya terdapat di stor fizikal, pasti sahaja ramai yang beratur untuk membelinya. Namun, tahukah anda, corn dog boleh disediakan sendiri?

Ya benar! Corn dog boleh disedikan sendiri! Disini kami sediakan resepi corn dog khas buat mereka yang ingin mencubanya. Sudah pasti sekiranya anda sediakan sendiri, lebih mudah, lebih cepat dan lebih jimat. Jom kita lihat!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Shafika Bakar dan banyak perkongsian didapati terdapat di lama Facebook milik beliau.

Resepi Corn Dog

corn dog

Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Sosej
  • Mozarela block

Bahan adunan tepung:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu baking powder
  • Secubit garam
  • 1 sudu gula
  • 1 cawan susu segar

Cara – cara:

  1. Sediakan sosej dan mozarela blok. Potong panjang-panjang.
  2. Cucuk sosek dahulu kemudian cucuk mozarela.
  3. Campurkan semua bahan adunan tepung sehingga sebati.
  4. Salut pada sosej dan mozarela yang sudah dicucuk tadi.
  5. Kemudian salut pula bersama dengan breadcrumb dan goreng dengan api panas.
  6. Boleh disediakan bersama sos cili, sos blackpepper, cheese powder dan mayonis mengikut selera anda.

Resepi – resepi yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

 

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.