Anda tiada idea untuk sediakan minum petang? Ingin terujakan mak mertua? Ingin membuat sagu hati untuk yang tersayang? Kali ini kami bawakan resepi kuih keria, khas buat anda yang ketandusan idea.

Resepi kuih keria ini tidaklah sukar, sesiapa sahaja boleh sediakan hidangan ini. Jadi selepas ini, bolehlah anda hidangkan kepada yang tersayang! Pasti mereka suka!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Masni Bahari dan mendapat banyak perkongsian di Facebook tau. Jom kita lihat!

Resepi Kuih Keria

kuih keria

image via Facebook  

Bahan – bahan:

  • 3 cawan ubi keledek oren (direbus dan dilenyek)
  • 1 sdb tepung beras
  • 4 sdb tepung gandum
  • Sedikit garam
  • Gula

Cara – cara memasak:

  1. Ubi yang sudah direbus perlulah dilenyek dan diletakkan garam sedikit. Biarkan sejuk.
  2. Apabila sudah sejuk, tuangkan kesemua tepung dan uli.
  3. Jika tepung masih melekat ditangan, biarkan sahaja.
  4. Kemudian, biarkan adunan sehingga setengah jam. Apabila sudah setengah jam, baru bentukkan adunan tadi.
  5. Semasa hendak bentukkan adunan, harus sapukan minyak ditangan supaya adunan tidak melekat ditangan.
  6. Apabila sudah siap, bolehlah digoreng.
  7. Gorengkan dengan api yang sederhana dan ketepikan.
  8. Ambil gula 5 sudu besar dan letakkan sedikit air kedalam periuk lain.
  9. Masak dan kacau sehingga jadi pekat dan bertali. Apabila sudah bertali bolehlah tuangkan kuih tadi dan kacau sehingga gula beku.
  10. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.