Terdapat pelbagai variasi laksa yang boleh didapati di Malaysia. Setiap kita pastinya mempunyai laksa kegemaran dari negeri-negeri yang tersendiri.

Pada hari ini, kita akan berkongsi resepi laksa yang berasal dari negeri utara iaitu laksa Kedah. Bolehlah anda masak untuk seisi keluarga nanti.

Resepi laksa dari negeri Kedah ini telah dikongsikan oleh Nur Fatihah di laman sosial Facebook dan telah mendapat banyak like dan perkongsian.

Resepi Laksa Kedah

laksa kedah

image via Facebook

Bahan – bahan masakan:

  • Laksa (rebus sehingga lembut, lebih elok direndam terlebih dahulu supaya cepat masak)

Bahan Utama kuah laksa:

  • 1 1/2 kg ikan kembung/ temenung
  • Seekor ikan kayu

Bahan – bahan kisar kuah laksa:

  • 6 – 7 biji bawang merah *
  • 2 senduk cili kisar *
  • Belacan sebesar ibu jari kaki atau 1 sudu besar *
  • 25 keeping asam keping
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Garam

Cara – cara memasak:

Cara pertama:

  1. Rebuskan ikan temenung dan ikan kayu dengan air sehingga ikan tenggelam.
  2. Letakkan 10 keping asam keeping.
  3. Masak sehingga menggelegak, kemudian tutup api.
  4. Asingkan air dan ikan.
  5. Apabila sudah sejuk,, asingkan isi ikan dari tulang.
  6. Kisarkan isi ikan bersama air rebusan.
  7. Selepas kisar isi ikan, kisarkan tulang ikan dan air rebusan sehingga hancur. Tapis dan ambil airnya sahaja.
  8. Ketepikan.

Cara kedua:

  1. Masukkan kesemua bahan yang bertanda * kedalam pengisar.
  2. Kisarkan sehingga lumat.

Cara memasak kuah laksa:

  1. Panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar.
  2. Masakkan sehingga pecah minyak dan sedikir garing.
  3. Kemudian, masukkan isi ikan yang telah dikisar dan air tulang ikan yang sudah ditapis.
  4. Masukkan sekali baki air rebusan ikan bersama asam keping. (Boleh tambah air lagi mengikut kepada kepekatan yang dikehendaki.)
  5. Biarkan mendidih dengan api sederhana.
  6. Setelah mendidih, masukkan daun kesum dan bunga kantan. (Batang bunga kantan pun boleh juga dimasukkan sekali, diketuk seperti ketuk serai.)
  7. Perasakan bersama garam.
  8. Biarkan mendidih.
  9. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.