Kali ini kami bawakan resepi kobis gulung kukus yang amat lazat serta sihat. Ianya amat baik untuk disediakan kepada anak anak terutamanya jika hendak mengenalkan sayuran dalam makanan mereka.

Rasanya amat menyelerakan serta cara pembuatannya juga tidaklah susah. Selain itu, ianya merupakan pendekatan yang baik buat mereka yang ingin menjalani hidup yang lebih sihat. Makanan sihat juga sedap tau!

Resepi kali ini dikongsikan oleh Siti Zanariah Khalit dan telah mendapat banyak perkongsian di laman Facebook milik beliau.

Resepi Kobis Gulung Kukus

Resepi Kobis Gulung Kukus

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 7 helai daun kobis – cuci bersih dan kukus  (terpulang nak banyak mana)

Bahan inti:

  • Kepingan dada ayam – potong dadu (kalau guna isi udang,potong udang kecil-kecil)
  • Lobak merah – potong mancis
  • Cendawan butang – potong dadu
  • 1 biji telur
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Lada sulah (saya guna ajishio)
  • Sedikit tepung gandum (sekadar untuk melekatkan inti)

Bahan sos:

  • 2 biji cili merah
  •  1 biji cili hijau
  •  4 ulas bawang putih
  •  Gula,garam dan serbuk perasa secukupnya
  •  1 sudu besar tepung ubi + sedikit air

Cara penyediaannya:

  1. Gaul semua bahan inti dan ketepikan.
  2. Kisar bahan sos dengan sedikit air. Masak dengan api sederhana, kemudian masukkan bancuhan tepung ubi. Padamkan api dan ketepikan.
  3. Ambil helaian kobis yang sudah dikukus. Masukkan inti kemudian digulung kemas. Tujuan dikukus supaya kobis lembut dan senang digulung.
  4. Kukus kobis berinti tadi. Anggaran 10 minit atau sehingga ayam benar-benar masak.
  5. Bila sudah masak, masukkan sos. Kukus semula anggaran 3 hingga 4 minit. Selepas dikukus, sos akan cair sebab akan bercampur dengan air dari kobis tadi. Sedia untuk dinikmati.

P/s : Kalau tak mahu kukus kobis bersama sos. Boleh hidang asing-asing. Sedap juga. Tapi saya suka kukus sekali supaya sos serap dalam kobis tadi.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .